Ini lah realiti
Baki usia semakin menipis
Masa depan sudah kurang makna.
Tak perlu dah kejar dunia.
Hidup sekadar kerana masih ada sisa nyawa.
Tak harapkan apa apa
Tak ada benda yang boleh merawat sepi hati tua
Anak menantu dan cucu hanyalah pameran bahagia yang menjadi tirai
menutupi kesunyian hati ibu tua
Kawan kawan masih ramai, masih sekali sekala menghabiskan masa bersama.
Tapi hakikatnya tidak ada yg terkesan di hati.
Sepi tetap sepi.
Hidup hanya menuju mati
Menunggu dipanggil untuk pulang ke ribaan Illahi.
No comments:
Post a Comment