Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 31, 2018

Silap pilih tarikh

Hujan pulak dah
Rosak program
Niat hari ni nak renovate taman saya tu
Dah siap gitau askar2 dan hulubalang.
Dah asah pedang pisau
Tunggu semboyan untuk mula sahaja.
Dengar juga cerita viral pasal kemungkinan taufan.
Ribut petir katanya bermula hari ni.
Jangan laaa......
Please God, jauhi la bala bancana tu dari kami.
Bila celik mata pagi ni dengar bunyi hujan,
terdetik juga dlm hati,betul kot ramalan cuaca tu.
Jadinya..
Agak2 boleh berperang dalam taman tak ni hari ni?
Ke kena cancel?
Nampak gaya bila askar hulubalang saja datang nanti,
X leh buat apa apa.
Takper, kita minum kopi.
Cicah biskut cap ping pong.
Rehat santai dulu di sini sambil tgok langit.
Kalau cerah, kita mula.
Kalau langit terus tiris, kita KIV.
Kita merancang tapi
Tuhan menentukan.

Ni rupa taman saya yg sekarang.
Sakit mata memandang
Just wait n see
Lepas upgrade nanti,
Mesti lebih baik dari ini.
Hahaha...entah2 makin bersepah!

Sunday, December 30, 2018

Lenguh kaki ku, semut2 jari tu...

Tempat saya jauh di belakang.
Cari dinding.
Tiang pun tak per.
Buat sandar badan.
Lagi pun senang nak luruskan kaki bila lenguh.
Jangan kecam saya.
Dah saya tak boleh bersila lama2 nak buat macam mana.
Terpaksa sekali sekala tukar posisi lipat kaki.
Bukan boleh duk dekat2, berhimpit himpit dgn orang lain.
Kat belakang ada geng.
Geng sakit lutut
Geng sakit urat
Geng tak berapa baik kesihatan fisikal.
Ada yg duk atas kerusi.
Tapi saya masih mampu duk kat bawah.
Maka saya buat apa yg saya mampu.
Dah boleh hadir majlis ilmu pun saya dah syukur dah.
Boleh sama2 ngaji quran, sama2 dgr bacaan hadis
Seronok sangat boleh pijak masjid.
Tak semua orang si beri peluang begini tau.
Kalau tanpa izin dari Tuhan, tak sampai saya di sini hari ni.
Terima kasih Tuhan.
Di hujung usia, saya berkesempatan belajar lagi.
Syukur sangat sangat.

Saturday, December 29, 2018

Sabtu berapa haribulan nih?

Sejak pencen ni
Lupa tarikh
Lupa hari.
Tau malam berganti siang
Siang berganti malam.
Rutin yg sama hari hari.
Kalau nak banding dgn orang lain,
hidup saya ni memang tak menarik langsung.
Tak ada yg indah indah nak share.
Tapi saya bahagia cara saya.
Syukur seadanya.
Masa saya 90% kat rumah.
Buat apa yg patut.(sekali sekala keluar juga)
Cari kerja, reka kerja.
Komitment di rumah byk.
Tanggung jawap tergalas di bahu sarat..
Tugasan wajib dan sunat.
Hari ni sabtu ya?
Hari 'spring cleaning'
Salah satu hari yg saya gemar.
Ok, jom saya dah ready.
Dah masuk uniform jadi bibik dan hang kebun.
Jommmmm.....

Friday, December 28, 2018

Berani ke cakap?

Dah lama duk fikir.
Duk kaji, duk timbang tara.
Rasa2 dah sampai masa untuk bertindak.
Bila usia dah senja,
Malas dah nak live a complicated life.
Nak rutin yg biasa biasa saja.
Go to hell people that makes my life difficult.
I really mean this.
Tak perlu dah saya duk jaga hati org,
Sedangkan hati saya sentiasa terluka.
Apa tanggapan dia pasal keputusan saya ni doesnt matter anymore.
What matter is my life.
Fikir hanya utk diri sendiri,
Kebahagian dan ketenangan hidup diri sendiri.
Dah lama sgt seksa diri, anyiaya diri sendiri.
Dah dah laaa....
Selama ni duk pikir pasal perasaan orang,
Orang tak pikir pun pasal kita.
Eh, meh sini nak cakap...
Perhubungan sesama manusia ni,
tak kira lah hubungan keluarga atau persahabatan,
perlu dua hala k.
perlu komitmen..
Cuba ambik peduli perasaan orang,
Menghargai usaha orang, masa orang dan perhatian orang.
Jangan kita nak orang sentiasa ada sedangkan awak tu sentiasa unavailable.
Kecuali awak perlu apa apa baru muncul.
Jangan mempergunakan orang, tak baik tau..
Dah lama sangat saya duk perhatikan...
Its just not right.
So not right.
So now....
I dont want to waste my time n life any longer.
U do what you please as long as it doesnt involve me.
Stay away n let me move on.
Yes, u used to be such a nice person before.
Before I saw your true colours.
I did not hate you.
I just dont want you to be part of my life any longer.
Memories remain, what to do, they cant be deleted.
We used to know each other well but now
We are strangers.
I do not know you.
And you do not know me too.
Thats it.
As simple as that.
Lets move on with our own life.
God bless you.


Wahhh...lega!
Boleh luah perasaan terbuku walau hanya di blog.
Depan2 takut sbb kena jaga hati orang lain juga.
Perhubungan antara manusia ni bagai kulit ketupat.
Dianyam kemas, tarik satu bahgian, terburai bahagian lain.
Jadinya...
Sampai mati pun dia tak kan tau yg saya dah tak selesa sgt dgn cara dia
Biarlah...itulah saya, samseng kampung dusun.
Kadang2..
Diam itu lebih baik dari berkata kata.
Kannnnn....

Thursday, December 27, 2018

Ayoyooooooo...!

Takoooot.
Lepas mengemas dalam rumah saya turun ke laman.
Niat nak mengemas di luar rumah pulak la.
Mood rajin terbantut tiba tiba.
Cer tengok apa ada dalam foto ni.
Mana tuan baju yg ditanggalkan tu?
Masih ada berdekatan kah?
Ke masuk dalam rumah?
Jangannnnnnn......!
Nak buat macam mana ni?
Geli nya...
Tak cukup kaki saya lari masuk rumah.
Tutup semua pintu dan tingkap
Entah bila la dia datang bersalin kulit di situ.
Sangkar kucing yg di sandar di tepi pintu sliding jadi mangsa.
Entah2 dia masih ada berdekatan.
Takooooooot!!!

Mendera perabot

Itu kerja saya.
Memang tak habis2 dera perabut.
Kalau perabot di rumah saya boleh bercakap,
dah sah2 dia orang gi ngadu kat polis.
Mereka kena deraclagi.
Saya ni,
pantang tengok perabut rehat.
Duk diam kat satu2 tempat lama sikit.
Mula rasa nak alih ke sudut lain.
Nak heret , nak tolak, nak tarik.
Ubah kedudukan.
Takcperlu perabot baru.
Nak situasi baru saja.
Tukar susun atur.
Rasa puas.
Maka seharian saya bekerja.
Kalau yg screw longgar, terus tercabut dah
Kalau yg goyang akan tambah goyang.
Kerusi, meja, apa saja yg boleh saya alih saya alih.
Last last....taraaaaa....dah siap.
Ubat sakit urat mana a?
Mlm ni sah la lenguh urat tulang saya.
Sebagaimana lenguhnya sendi2 perabut2 di rumah saya.
Sakit2 pun x per,
This is happiness.
BEFORE

AFTER

Tuesday, December 25, 2018

Untuk mereka

Masa ku hari ni
Untuk mereka
Khas buat mereka.
Melayan yg berdua ni adalah bahagia buat ku
Cucu,
Semoga senyum sentiasa di wajah mu
Semoga tenang dan redha di hati mu
Semoga kamu baik baik sahaja
Semuga Tuhan lindungi kamu dari segala luka.
Cucu,
Nenek ada.
Nenek ada.
Ramai yg berdiri di belakang kamu
U r never alone.
Will never b alone, insyaAllah.



Jatuh cinta


Semenjak jatuh cinta,
hari hari tak ada kerja lain.
Mesti nak tengok, nak belai nak dekat.
Mabuk dan memabukkan.
Kaktus ku
Cinta hati baru ku
Siang terkenang, malam teringat.
Aku tak peduli apa cakap orang.
Cantik di mata ku sudah cukup buat ku.
Hodoh di mata orang tidak mengapa.
Puas.
Suka sangat.
Penawar hati.
Membahagiakan.
Lepas ni tak tau lah jatuh cinta dgn apa pula.
Jangan dgn manusia dah.
Itu cari penyakit namanya.

Sunday, December 23, 2018

Ahad..hari ni

Sepatutnya saya ke masjid utk solat tasbih
Ada kelas tafsir quran jugak
Tapi kena tukar plan.
Cucu in the house.
Bukan selalu dia orang datang.
Nak tinggal separuh hari rasa tak sedap pulak.
Takper cucu, just for both of you, grandmummy will b here.
Lat us enjoy the time together today.
Nak buat apa yer...pikir dulu.
Kita cabut rumput? X best
Kita masak2? Imaad jer suka.
Boy tak suka.
Kita ke kedai MrDIY?
Yes! Imaad suka.
Boy suka.
Grandmummy of course laa.., suka sgt2.
So lets go there ...

Sabtu

Jumpa kawan lama kat majlis kenduri arwah.
Macam biasa lah, bila jumpa kawan lama kenangan lama memenuhi udara.
40 years ago we were classmates.
Now we are the neneks.


Jumaat

Ziarah kubur day.
Suka.
Dapat melegakan kusut resah bila ziarah pusara.
Dapat mengadu
Bercerita
Walau tau bukan dia dgr pun.
Saya jer.
Terapi minda.
Sedekah doa
Cabut rumput
Bagi stray cats makan
Tgok orang lain yg turut menziarahi pusara
Rasa kehilangan yg serupa
Rindu yg sama.
Sib baik panas, kalau hujan kena kiv dulu ziarah ni.
Ok, bye ...see u again next friday.

Khamis

Pasar tani day.
Wajib
Lepas kecpasar tani saya ke MRSM peng chepa.
Anak nak settle urusan pembayaran asrama.
Lepas tu kita org gi window shopping
Penat!
Lapar!
Balik singgah umah mak.
Lama x pergi umah mak.
3 hari tu lama tau!
Mak sihat?
Sihat alhamdullilah.
Mak, Anis nak mula mengaji quran dgn mak, boleh jer kan?
Ok, tq Mak.

Rabu

Hari ngaji quran dan baca kitab di masjid.
Tua2 ni pengisian masa kena seimbang kannn
Ada geng
Tu yg best.
Ustaz pun lawak habis
Tak ngantuk
Cepat jer masa berlalu.
InsyaAllah setiap rabu di sini lah saya nanti.

Selasa

Lupa dah.
Apa aktiviti hari selasa.
Kalut dgn taman mini saya tu kot.
Ya la, sah!
Selasa baru ni berkebun pagi ke petang
Semangat membara
Jiwa merdeka
X leh share foto
Sbb finas tak lulus.
Foto berkebun kena edit dulu baru boleh share.
Kalau saya rajin edit nanti saya share.
Not a promise.

Opssss...dah 6 hari?

Laaaaahai.
Lupa nak update blog.
Buzy sangat.
Jap, kita update berjemaah k.

Tuesday, December 18, 2018

Mommy's cactus.

Baru ni saya ada update pasal hobby baru saya.
Nak kumpul kaktus.
Proses mengumpul kaktus berjalan lancar.
Ada yg adik beradik saya sedekahkan
Ada yg kawan2 bagi.
Ada yg beli.
Dah byk jugak lah koleksi saya ni.
Tadi saya siapkan sudut kaktus.
Di tepi tangga dekat pintu masuk utama.
Kira bawah porch, tak kena hujan.
Terlindung panas terik jugak.
Kalau boleh nak buat sudut yg cantik,
mcm yg saya tgok bila google di internet
Tapi saya tak ada modal nak buat secantik itu.
Maka saya guna bahan apa yg dah ada.
Kumpul, bersihkan dan atur.
Jadi lah.
Sikit2 dulu hias
Nanti ada rezeki boleh tambah baik.
Saya dah cukup happy dah.
Puas
Good job Hani!
Memang lah kena puji diri sendiri.
Orang lain x puji pun tak apa.
Huduh di mata orang cantik di mata saya cukup lah.
Ok, done for today.
Nanti kalau ada lagi kekawan atau sedara mara nak sedekah kaktus,
saya terima dengan tangan terbuka.
Kecil tapak tangan, airport pengkalan cepa saya tadah.
Thank you soooooooo much!


Sunday, December 16, 2018

Posing jangan tak posing





Nasib baik tak banjir

Kami jumpa lagi
Dalam hujan lebat
Tak kira,
Hujan pun hujan lah
Tak membantutkan semangat nak jumpa kawan.
Best la hari ni...
Kami tak hirau orang sekeliling dah.
Bising
Posing bukan main
Makcik2...
Bawak bertenang.
Bising tul suara kami
Mujur hujan menelan gelak hilai tawa.
Happiness is in the air....

Kenduri

Makan makan
Ternak body
Tapi sebenarnya tang makan tu soal kedua
Yang lagi penting jumpa kawan2
Gelak2
Happy
Tahniah buat tuan rumah menerima menantu baru.
Tahniah buat pengantin
Semoga kekal ke anak cucu.

Luv it luv it luv it

Breakfast dgn bekas guru di sekolah menengah.
Jumpa kawan2 yg dah lama menghilang jugak
Semua dah mak nenek
 Happy sangat2
Happening tau
 Banyak nak bercerita dan dgr cerita
Wajah2 lama ada di wajah terkini
Senyuman itu tak berubah
Suara itu
Jelingan itu

Cikgu kami dah berusia
Kami pun dah tua semestinya lah cikgu lagi tua.
Dulu kami usia belasan
Cgu baru tamat degree
Handsome giler dia masa muda dulu

Terima kasih cgu kerana nak jumpa semula dgn kami bekas anak murid cikgu.

Mak nenek day out.

Panjang langkah.
Dari keluar breakfast dgn kawan2, melarat sampai ke Rantau panjang.
Ish ish ish....
Mak nenek ni kalau sekali sekala terlepas,
Ngalahkan orang muda muda..
Heran tu,
Bila byk berjalan kaki ronda kawasan beli belah tak pulak sakit tumit
Lutut eluk jer...
Tak de pening2 ke, sakit urat ke....
Sihat walafiat semua nya.
Betul lah kan,
Penawar sakit situ sini adalah shopping.
Jom.....

Tuesday, December 11, 2018

Tidor lebih baik dari berkata kata

Hujan
Otak masuk air
Mata mengantuk dan kepala cari bantal.
Takleh update apa apa
Sekadar ini saja.
Sekian, terima kasih

Monday, December 10, 2018

Nak cari kaktus, nak cari kaktus....

Hobby baru
Niat nya nak cuba hobby tanpa modal duit,
bermodalkan ihsan dan kasih sayang saja.
Jugak bermodalkan peluh dan tenaga.
Boleh ke?
Cuba dulu mana tau berjaya

Saya nak tanam kaktus
Dalam proses mencari dan mengumpul.
Nak buat sudut khas, nak buat ala2 taman mini kaktus
First step first
Cari kaktus.
Cari bukan beli.
Mintak dgn kekawan dan sedara.
Buat muka sepuluh sen
Beg if u must.
Kalau beli x aci sbb ni taman kasih sayang.
Kalau nak beli, sehari pun dah penuh sarat, taknak macam tu.
Nak kumpul dari sumber lain.
Nak mintak dari yg sudi memberi...
Yg menyokong dan ambik peduli.
Pakar2 kaktus boleh bagi runding cara.
Kira sokongan moral dah tu..I need that too.
Yang beri kaktus tu beri kasih sayang sebenarnya.
Priceless!
Harga budi dan kasih sayang.
Yg tak ternilai.
Wait n see...
Banyak ke sedikit kasih sayang yg akan saya terima.
Tunggu.
Sabar.
Nak kaktus larrrrr....
Mintak laaarrr
Nak laaaa...
Kena praktis skill merayu nih.
Nak cari kaktus, nak cari kaktus.....
Wish me luck k.
(Dalam foto ni dah ada sedikit yg kakak saya hulurkan kelmarin. Tq kak.)

Musim ini

Cerita kelmarin tapi hari ni baru nak update.
Musim kenduri.
Musim pakai cantik cantik
Musim manjakan perut
Musim jumpa long lost people
Musim riang ria




Satu lagi musim yg terlupa nak sebut tadi.
MUSIM TERNAK LEMAK.
Hati2 u ols......
Fast on the lips, stick on your hips.
Selamat pengantin baru
Kekal ke anak cucu.

Tuesday, December 4, 2018

Rain rain go away...come again another day.

Bila musim hujan...
Untungnya... tak payah siram pokok.
Pokok subur.
Ruginya...rumput cepat panjang
Tinggi rumput dari pokok bunga.
Jap tadi hujan reda.
Saya cepat2 ke taman sekangkang kera saya tu.
Potong rumput, cabut rumput...
Cuba kemaskan mana yg berselerak.
Sedap sikit mata memandang.
Oleh kerana hujan, bunga byk berguguran
Ada tu tak berbunga langsung kerana tak cukup mentari.
Taman tak cantik musim hujan begini.
Suram jer walau pokok menghijau.
Hang kebun pun suram jugak.
Sejuk malas nak basahkan jari belai pokok.
Musim hujan musim segalanya basah.
Hati pun basah.
Lenjun
Ish, malas dah cerita pasal hati.
Muak.
Hujan turun lagi..
Nak lari masuk dalam rumah ke nak main hujan?
Cer teka.

Sunday, December 2, 2018

Ku lihat pelangi

Hari ni mood pulih sedikit
Ubati hati sendiri.
Susah payah cuba untuk selamatkan hati.
Tak boleh jeruk rasa lama lama sgt.
Mendera hati sendiri tu.
Jadi hari ni aku ajar bibir untuk cuba senyum.
Senyumm, tak perlu kata apa apa.
Aku turun ke laman.
Hujan tak menghalang ku untuk menikmati suasana pagi.
Dah penat dlm taman aku bersiap siap utk keluar.
Sebelum zohor aku lepak rumah mak.
Sembang2 kosong, terapi hati.
Dah pulang ke rumah lepas solat zohor, aku cuba lelapkan mata.
Tak pernah2 tidor waktu tu tapi cuba.
Tak berjaya.
Mata tertutup tapi minda merayau rayau.
Tiba tiba satu wajah hinggap di benak fikiran.
Satu suara, satu kelibat senyum dan tawa.
Aduhhh...aku rindu dia.
Rindukan segalanya mengenai dia.
Di mana dia sekarang?
Sudah tidak ada kah nama ku dalam ingatan dia?
Agaknya dia dah lupakan aku seratus peratus.
Ya lah, aku bukan orang penting dlm kehidupan dia.
Sekadar persinggahan hati semusim cuma.
Rindu bukan bermaksud aku perlukan dia hadir.
Bukan, bukan begitu.
Sekadar teringat saja.
Terbayang sejarah dgn dia, bersama dia.
Tu saja.
Apa apa pun hari ni hingga ke saat ini aku bersyukur.
Aku baik baik saja.
Pelangi petang menemani sepi.

Saturday, December 1, 2018

Hanya Tuhan tempat mengadu

Berkecil hati.
Air mata jadi teman setia.
Kadang kadang tidak perlu jelaskan kenapa
Biar ku pendam segala duka.
Cukup lah ku ukir senyum seperti biasa.
Aku tak apa apa, bukan tak biasa terluka.
Semoga dapat ku ubati hati sendiri.
Sabar lah hani.
Cuba.
InsyaAllah, sedang mencuba.

Thursday, November 29, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Hari yg nyaman

Sedap
Beli yg dah siap kupas dan dah di potong.
Riba sebekas
Sambil tgok tv
Kalau hari hari macam ni kan best.
Bebas stress
Otak damai.

Monday, November 26, 2018

God help me.

Moody
Ada hari saya ok.
Ada hari saya sangat tak ok.
Hari ni salah satu hari mood saya x comei.
X ok
Dari celik mata sebelum subuh sampai la ni
masih rasa macam nak teriak guling2...
Nak duk di bucu dinding diam2 sorang2
Sulking like a baby.
Betul, itu lah yg saya rasa.
Tak ada kaitan dgn sesiapa pun.
Tak ada sesiapa pun usik hati saya.
Its just me!
Waktu2 begini otak jadi tak cerdik.
Hati rapuh dan rasa down n alone.
Dalam kepala asyik duk ulang tayang segala
duka yg pernah hinggap..
Segala kecewa
Segala mimpi yg musnah
Terbayang setiap wajah yg pernah menyakiti
Wajah2 yang dirindui...
Wajah2 yg tidak mau ku temui lagi.
Terbayang waktu ketawa yg menjadi tangis
Gelak yg bertukar getar isak.
Dan...
Airmata lah yg menjadi teman.
Memang segala duka dan luka akan sentiasa menjadi milik saya
Sampai bila bila, selamanya.
Jangan menilai saya jika tidak pernah berada didalam kasut saya.
Please no.
Just bear with me until my mood swing subsides..
I'm just a human being that had been torn to pieces.
Shreaded.
I need time to heal.
Bear with me...
Please bear with me.

Sunday, November 25, 2018

Cerita hari ni

Pagi2 saya dah keluar
Byk benda nak di settle
Hulu hilir memandu sorang2.
Biasa sgt bersaorangan ni
Dah selesa begini.
Tgahari balik rumah tengok2 ada tamu menanti.
Dah lama agaknya dia menunggu.
Sembang2 sekejap mereka mintak diri.
Nak ke rumah imam yg uzur kata mereka.
Jom lah, saya join sekali.
Mujur ada teman,
Kalau sorang2 tak selesa juga.
Kami jalan kaki macam itik pulang petang.
Rumah imam tu dekat saja.
Kami tekan loceng berkali kali
Tak siapa menjawap atau menjengok ke pagar
Salam juga telah kami hulur.
Tiga org wanita 'tua' tercegat di pagar.
Sorang berjubah, dua lagi pakai baju kurung.
Lama jugak la kami tercegat di luar.
Kereta lalu lalang dgn pemandunya menoleh ke arah kami.
Tiba2 kami tergelak...
Tau apa dalam kepala kami?
Kami ni dah macam orang yg datang mintak derma atau mintak sedekah.
Tercegat di luar pagar...
Sebijik serupa dgn yg selalu datang ke rumah kami mintak derma.
Agaknya apa perasaan peminta sedekah bila tekan loceng dan tuan rumah tak keluar2?
Kami ni at last tuan rumah bukak juga gate.
Tuan rumah pun heran kenapa kami gelak sama sendiri.
Sebenarnya bukan lucu tapi kami tak sangka yg hari ni kami akan berada dalam situasi begini.
Sekarang saya tau.
Harga diri seorang peminta sedekah.
Sebab itu lah islam tidak menggalakkan meminta minta

Saturday, November 24, 2018

Selamat datang tetamu ku.

Ramai pulak tamu yg singgah hari ni.
Pagi ada tamu, petang pun ada.
Kalau tau ramai nak singgah, dah tentu saya masak macam2.
Boleh makan ramai2,seronok.
Tapi saya frust sungguh sbb mampu hidang air dan kueh tunjuk sahaja.
Tak sempat nak masak pun.
Saya sebenarnya lebih suka kalau tetamu beritau lebih awal nak datang.
Senang saya nak sedia menu yg sepatutnya.
Boleh saya sedia awal2 ramuan,
Gi pasar awal2.
Nanti dah siap masak, tamu dtg saya x gelabah.
Kalau tamu dtg tiba2 tanpa gitau awal,
saya terkilan.
Bila sembang pun x leh fokus sbb dlm kepala duk berkira kita..
Nak jamu apa ?
Apa ada dlm peti ais?
Apa ada kat dapur?
Ke tak ada apa benda?
Hish! Ganggu mood nak membawang.
Alih2 masuk dapur buat teh bujang.
Serba x kena saya di buat nya.
Saya paling suka bila saya dapat masak
Tamu makan sampai licin.
Rasa puas.
Hmm....esuk ada tamu tak?
Agak2 ada tak?
Give me a call k.

Friday, November 23, 2018

Saya hanya menunggu giliran.

Pagi ni tak hujan.
Matahari dah mula memanjat langit
Saya di sini seperti pagi pagi lain nya
Datang menghampiri dia
Dekat dgn dia
Di sini saya ada dia
Menanti hadir nya saya
Sepi menipis bila berada di sini.

 Embun menyapa kaki
Basah jubah saya
Kasut pun basah
Mata pun basah
Hati lenjun
Setiap kali menziarahi dia,
inilah masaalah saya.
Embun masuk mata.

Memutih bunga rumput
Cantik.
Pusara dihiasi kemuncup
Sinar mentari menyapu duka
Assalamualaikum wahai ahli kubur.
Semoga damai lah kamu..
Luas pembaringan mu
Harum ruang mu
Dan
Semoga malaikat berlembut dgn mu
Mengasihani mu
Tenteram lah kamu di sini
Saya datang bawa doa dan rindu

Sudah agak panas mentari di dahi
Saya mau pulang.
Sebelum terlupa, Anis kirim salam dan doa.
Anis pesan supaya beritau papa yg dia demam.
Dah 3 hari beguk, sakit nak menelan.

Selamat tinggal wahai ahli kubur.
Esuk2 saya datang lagi.

Wednesday, November 21, 2018

Hati berkata kata tanpa persetujuan minda

Sim ra alif ba wau ta
Serabut
Betul ke saya eja tu?
Saya tak celik jawi.
Main hentam jer.

Ya, serabut.
Sangat2 serabut.
Hari ni rasa nak lari masuk batu belah batu bertangkup
Telan lah aku....makan lah aku..

Bila segala benda perlu di galas di bahu sendiri
Menjunjung tanggung jawap yg berbukit
Hati pecah.
Pedih
Payah

Tuhan, aku hanya nak habiskan sisa usia yg sedikit
Bantulah aku melangkah ke depan.
Sokonglah aku bila ku jatuh
Tegakkan ku bila aku condong.
Atau
Tamatkan saja riwayat hidup ku di sini, di saat ini.
Aku tau Kau menduga manusia sesuai dgn kemampuan nya.
Tapi aku dah rasa tak mampu sangat.
Allah hu...

Tuesday, November 20, 2018

Ketenangan

Dah 3 round.
Berpeluh peluh
Berjaya.
Rasa seronok dapat keluarkan peluh.
Rehat jap.
Duduk di buai.
Tengok keliling
Perhati orang lain
Kaji
Nilai
Senyum sorang sorang.
Best jugak bersaorangan nih
Bebas
Tak perlu jaga hati org lain
Org lain x perlu jaga hati saya.
Comfortable being alone n loving it.
Harap2 bahagia ini berpanjangan, dirahmati Tuhan.
Tak mau ubah apa apa, biarkan begini selamanya.
Aku dgn dunia ku, susah senang ku...
Tawa dan tangis ku...
Segalanya pengalaman yg mematangkan ku.
Alhamdullilah syukur ya Allah.
Fain namaal usri yusra
Inna maal usri yusra..

Monday, November 19, 2018

Tak sedar diri

Kami geng PI- private investigation
Tak ada orang upah kami, sendiri cari kes.
Tak ada kerja cari kerja.
Kerja kami skodeng orang tu
Jadi spy menyepai.
Ni adalah mangsa kami yg terkini.
Dah lama kami duk ikuti perkembangan dia
Secara rahsia.Shyyyyy....!
Tak, dia bukan artis, org biasa biasa saja.
Orang yg dah jadi warga emas.
Seronok ikuti jejak dia ni.
Kenapa?
Kerana dia lah raja menipu.
Orang yg nampak jahat menipu tu tak jahat sebenarnya.
Ni, org yg menipu tapi nampak baik, ni yg betul2 jahat.
Tu pasal kami fokus pada kehidupan dia.
Nak tgok sampai bila dia mampu menipu.
Agaknya dlm kubur pun nak menipu lagi.
Dia punya tipu, dasyat tau.
Tipu anak bini
Tipu kawan2
Tipu ppuan2 dahi licin.
Tipu semua org yg dia mampu tipu.
Kami gelar dia ulat bulu yg tak jadi rerama.
Sampai ke akhir tetap ulat bulu.
Nak tgok wajah dia?
Jap nak share...
Ni...
Ready?








Sunday, November 18, 2018

Rezeki

Alhamdullilah murah rezeki saya hari ni.
Ada kawan bagi kura2 sepasang untuk cucu saya.
Inni cakap untuk cucu saya bukan untuk saya.
Hahaha...takper, ingatan tu yg penting.
Terima kasih, suka nya saya.
Ada jugak kawan yg prihatin.
Cucu mesti gembira ni.
Rezeki ke2 pula dtg dari kawan berbangsa cina.
Kawan lama.
Saya ke kedai dia sbb ada hal nak bincang.
Borak punya borak, dia tunjuk pokok2 yg dia bela.
Cantik2 belaka.
Masa saya nak balik dia hulur anak2 pokok buat saya.
Murah hatinya dia.
Tanpa kita mintak.
Dia tau saya suka berkebun.
Dia tau nak gembirakan hati seorang kawan lama.
Terima kasih both of you (Yang Garden)
Deep from my heart, tq.
Rezeki ke3.
Ni rare, amat rare.
Saya ke Atm 7e nak keluarkan duit.
Lepas tu belek2 roti wholemeal.
Beratur belakang sorang wanita.
Mesti mak datin ni sbb nampak gaya dah boleh agak
Dia beli panadol, hulur duit rm50.
Agaknya dia segan sbb x ada duit lebih kecil.
Siap dia bayarkan roti dan sardin saya.
Sedangkan jumlah saya lebih byk dari jumlah yg dia beli.
Semoga Tuhan murahkan rezeki puan,
tingkatkan keimanan puan,
panjangkan usia puan.
Aminnnnn.
Tuhan ku,
Hanya engkau yang mampu murahkan rezeki ku hari ni, esuk dan bila saja Engkau mahu.
Alhamdullilah, Englau sentiasa mengawasi langkah ku..
Maha mendengar dan melihat.
Aku bersyukur atas nikmat dari Mu Tuhan.

Saturday, November 17, 2018

Pagi yg cerah tanpa mendung

Dari niat nak turun ke taman untuk trim pokok,
terjebak dgn mengemas dan membaik pulih suasana dalam taman.
Maka mula lah misi ubah kedudukan pasu bunga dan menanam semula.
Tarik pasu ke situ, heret pasu ke sini.
Punggah yg kiri letak belah kanan.
Tukar kedudukan.
Susun, atur dan perhatikan dgn mata macam helang.
Tak puas hati ubah lagi
Dan lagi
Dan lagi
Dah rasa cantik di mata baru boleh berhenti.
Lega!
Cuma satu masaalah.
PENAT
Penat giler!
Sakit urat dawai ku.
Kalau gi gim pun tak penat macam ni.
Berpeluh peluh.
Walau apa pun,
yang pasti hati manyak cenang woiii...
Tengok ubah suai pokok bunga rasa tenang minda.
Terapi buat hati
Ni saya duk update blog setelah masuk rumah dan mandi.
Nak rehat sebelum masak lunch.
Tido jap.

Friday, November 16, 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...