Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 30, 2018

Panadol mana?

Rasa tak sihat
Bukan demam
Tapi tak sihat.
Rasa mcm berat kepala
Berdebar debar
Jantung macam berdegup dalam tekak
Kencang
Nak tidor pun bukan boleh lelap
Sekejap bangun.
Sekejap tidor balik
Tak tau lah kenapa
Entah entah nak mati tak?
Ish, jangan lah.
Anak2 nak bergantung pada siapa kalau saya tak ada?
Jangan la ajal maut menghampiri lagi
Harap2 panjang umur lagi
Sehingga anak2 boleh berdikari.
Itu perancangan saya lah,
Perancangan Tuhan kita tak tau.
Wallah hu alam.

Siapa nak kek?

Sabtu datang lagi.
Seronok hari Sabtu.
Kalau sabtu rakyat ramai di sini
Helper pagi2 dah datang
Tukang kebun
Nurse kalau sabtu bawa anak dia sekali.
Riuh, seronok.
Anak menantu pun ada, weekend kann.
Best ramai ramai gini...
Masak masak
Makan makan.
Rumah bau harum bila helper mop lantai
Menusuk hati
Tenteram.
Basah pokok2 bunga di laman
Rumput dalam pasu sudah dicabut
Sampah dah dibuang
Laman disapu bersih.
Ah, leganya kalau Sabtu.
Kalau hari hari hari sabtu kan best.
Bau harum kek coklat dlm oven.
Haduhh...
Inilah sisa bahagia yg masih ada
Syukur alhamdullilah.

Friday, June 29, 2018

This is hani

Jumaat
Seperti Jumaat2 yg sebelumnya.
Kehidupan diteruskan seadanya.
Sama
Rutin yg serupa
Sampai mati pun macam ni
Meneruskan tuntutan kehidupan yg biasa2.
Tak ada hari yg lebih bahagia
Tak ada hari yg lebih duka
Sama
Hati pun masih sama
Naik turun ledakan emosi itu biasa
Lumrah dan naluri manuasia.
Kadang2 hati penuh syukur dan redha
Menerima ketetapan takdir
Bersyukur atas sisa bahagia yg masih ada
Wajah pun tak kelat
Hati pun tak ketat
Tapi....
Kadang2 hati menderhaka
Keluh kesal resah parah
Membilang duka
Tangisan teman setia
Menjeruk rasa.
Allah hu....
Kerana saya manusia biasa maka maafkan saya.
Untuk memakai topeng kuat itu amat payah.
Sekali sekala wajah sebenar mengintai di sebalik watak gagah.
Wajah seorg perempuan yg rosak hatinya
Yang calar emosinya
Itu lah wajah Hani yg sebenar.
Yang sebenar benar.
Maaf lah
Maaf lah
Maaf lah..



Tuesday, June 26, 2018

Jawap la cepattttt

Waiting for someone to wassup.
Waiting
Waiting
Waiting
I hate waiting.
Still waiting
Waiting
Waiting
Cepat laaaaarrrrrr.....
Pleaseeee....
Campak hset ni ke luar tingkap baru tau!
Baru padan muka
Padan muka saya.

Monday, June 25, 2018

Pasu bunga tu berat betul la..

Kerja keras
Angkat pasu bunga yg besar2 tu
Saya lah yg angkat, siapa lagi?
Ubah kedudukan pokok2 tu
Angkat, heret..usaha hingga jaya.
Haduhhhhh
Lepas mandi duk depan tv baru rasa sakit2
Sakitnya belakang ku
Senaknya urat pinggul ku
Lenguhnya kaki ku
Tu laaa.......
Dah tau tua, paksa diri buat kerja berat juga
Dah tau usia dah usang eluk duk diam2.
Ok lah, ni  ak duk diam dah ni..
Jom tgok tv drama korea.
Berangan sekejap
Oh my Kim Tannn...
Terperasan muda la pulak.


Sunday, June 24, 2018

Loceng pagar berbunyi lagi..

Pagi pagi
Mood dah rosak
Semenjak kebelakangan ni
Ada saja orang datang bawa berita sakit hati.
Seperti menambah garam di luka yg belum sembuh
Kadang tu rasa macam tidak adil.
Senang senang jer segala masaalah kita yg kena selesaikan.
Macam la kita ni tak cukup terbeban dgn masaalah yg sedia ada
Macam la kita ni problem solver.
Noooo.....No!
Tapi apa nak buat, nak tak nak kena cuba selesaikan juga.
Serabut pegrut la weiiii.......

Saturday, June 23, 2018

Best hujan begini

Hujan lebat.
Astro meragam.
Dah tu nak buat apa?
Layan fikiran.
Banyak nya yg bermain di kepala.
Salah satu nya...
Persoalan ...
Boleh ke saya melangkah tanpa tersungkur nanti?
Kalau tersungkur mampu ke saya bangun semula dan terus ke depan?
Hadoiii....
Senak kepala otak.
Tak pasal pasal.
Ni lah jadinya kalau tak ada kerja.
Hujan masih lebat
Teringat lagu Sudirman

Hujan yg turun bagaikan mutiara....


Friday, June 22, 2018

Nak mula langkah ke depan.

Dah dah dahhhh!!!
Jangan pandang belakang.
Fokus ke depan.
Saya seperti di persimpangan jalan
Perlu ambik jalan mana, kiri ke kanan..
Tak tau...
Terpulang pada keadaan.
Buat masa ni dalam batu jemala patek ni hanya satu.
Nak teruskan hidup dengan langkah baru.
Misi dan visi sudah berubah.
Perlu berubah demi baki usia.
Saya nak cuba jadi kuat
Demi anak2 yg masih perlukan saya.
Saya yakin Tuhan sentiasa bantu saya berdiri sendiri.
Rancang sendiri, urus sendiri dan selesaikan apa jua masaalah sendiri.
InsyaAllah boleh.
Saya perlu bahagiakan hati saya sendiri
Buat apa yg saya suka
Tak perlu untuk puaskan hati orang lain, janji hati saya terbela.
Being alone is when you have total right of yourself.
Nak makan apa, nak pakai apa, nak pergi mana..
Nak naik ke langit dan terjun turun pun tak apa
Asal jgn menyusahkan orang lain dah.
Asal tidak bertentangan dgn hukum agama
Asal tidak merbahayakan diri dan anak2.
Kannn?
Hari ni saya duk tilik keliling rumah..
Terasa macam rumah ni terlalu besar utk saya.
Bila dah besar tu maksudnya terlalu byk ruang yg menyimpan sepi.
Boleh ke saya terus di sini?
Rasa macam nak gi duk pondok belajar agama lh.
Tapi sekali sekala anak2 balik macam mana pulak?
Ya tak yer, kalau anak2 semua dah berkeluarga lain lah.
Ke patut saya pindah duk rumah saya yg lebih kecik?
Uish, apa2 saja lah saya ni...
Duk di mana pun x ada masaalah sebenarnya.
Bukan rumah yg jadi masaalah nya.
Cara nak hidup selepas ni yg kena fikir baik2.
Ubah cara ke arah yg lebih baik, tu lebih penting.
Ya Rahman, ya Rahim...
Tuhan itu pemurah dan penyayang.
Adalah tu perancangan Tuhan buat saya..
Rahsia Tuhan.

Thursday, June 21, 2018

Vacuum dah lama rehat.

Agak2 hari ni ada tamu lagi tak?
Agak2 ada yg singgah tak?
Kalau dah tak ada yg singgah,
boleh la saya start mengemas rumah
Dah seminggu musim raya ramai yg turun naik rumah ni,
Dah mcm kapal pecah segenap ruang.
Kemas gitu gitu aje, let it be....
Tak sabar nak spring cleaning again.
Saya ni suka mengemas.
Pantang ada peluang mengemas
Projek mengemas tak pernah tamat
Ada saja tempat nak di susun atur semula
Bahagia bila boleh mengemas
Anak2 menantu tau perangai makbonda ni
Arwah suami cakap kalau saya tak heret perabut, tak ubah kedudukan perabot..
Itu tanda saya demam!
Ok, kita wait n see hari ni ada siapa2 singgah berkunjung tak..
By noon kalau x ada tamu, Yes! Boleh mula....
Lalalalala.....


Wednesday, June 20, 2018

Tunggu apa hani?

Ternanti nanti
Tertunggu tunggu
Dari pagi sampai ke zohor
Dari zohor sampai ke magrib.
Dari siang sampai ke malam.
Mata sentiasa melirik ke arah jam
Telinga duk nanti suara dari hset
Sekejap ke pintu sekejap ke tingkap
Mengintai intai kehadiran.
Apa yg saya tunggu sebenarnya?
Kehadiran siapa yg saya cari?
Entahlah, tak tau kenapa..
Hati macam tak senang duduk.
Macam ada kepulangan yg bakal tiba
Sedangkan sedia tahu yg pergi tak akan kembali.
Mungkin saya sedang bermimpi
Menunggu sedar
Menunggu tamatnya mimpi ngeri ini.
Astaqfirullah...
Macam mana saya nak beritau pada hati
Ini lah realiti.
Nak tak nak, ini lah jalan hidup saya.
Kadang kadang hati menerima dgn redha
Kadang kadang hati jadi macam budak kecik yg meraung bila ibu nak ke pasar.
Nak ikutttt.....nak ikutttt....
Takut duk sorang soranggggg...
Guling guling..berpeel.
Bestnya kalau jadi budak kecik..
Tak perlu sorok emosi..
Tak perlu berlakon kuat mcm superwoman!
Mata asyik berkaca, superwomen hapa nya?

Mereka pujuk hati saya.

Dah sebulan.
Baru sebulan.
Saya ok jer.
Masih memikul tanggung jawap yg ditinggalkan buat saya
Berat jugak tapi insyaAllah boleh.
Ya saya makan secukupnya.
Ramai yg pesan suruh saya jaga pemakanan
Perlu sentiasa sihat demi anak2
Demi Ja.
Demi masa depan saya juga.
Kalau sakit siapa nak jaga?
Kalau terlantar siapa nak urus?
Kannn?
Ada yg komen pasal saya terkurus dari biasa.
Tu sebab puasa baru ni.
Please jgn risau, I am ok.
Nak tergelak juga,
Raya baru ni walau saya tak buat persiapan apa2,
Tau2 penuh meja menu macam2...
Bertuahlah saya atas keperihatinan worih waroh.
Tak pernah2 dapat hadiah pakaian dan tudung sebyk ni
Tak kira lah atas dasar simpati atau kesiankan saya
Atau pun atas dasar apa....
Saya happy sangat2 dgn semua pemberian tu..
Tq deep from my heart.



Tuesday, June 19, 2018

Sekejap saja riuh suara ...

Semua dah balik semula ke daerah cari makan ke?
Dah sunyi sepi kah kampung halaman?
Dah tak sesak ke jalan2 raya di kampung?
Selipar kasut di tangga hanya tinggal milik orang tua.
Di jemuran cadar, tuala dan sarung bantal belum kering
Di luar pagar,
Sampah berlonggok belum di kutip oleh lori sampah.
Sampah itu sisa kenangan berkumpul baka keturunan.
Walau sudah terikat dalam plastik hitam,
Kenangan bersama tetap melekat di fikiran.
Selamat tinggal hari hari bahagia bersua muka.
Selamat datang angin sepi menyapu pipi.
Seorang ibu tua di jendela
Mengeluh sambil menunggu berita
Sudah sampaikah mereka?
Dah dekat mana sekarang?
Dah dekat ke?
Kereta meragam ke?
Budak2 ok tak?
Selagi belum terima wassup ' Kami dah selamat sampai'
Selagi itu hati ibu tak keruan.

Monday, June 18, 2018

Syawal ke4

Dah 4 Syawal.
Tetamu yg singgah masih belum surut.
Alhamdullilah.
Masih ramai yg prihatin, yg ambik peduli.
Yang dah pernah singgah waktu hari kematian dulu pun ada yg singgah lagi
Menjenguk saya, bertanya khabar saya dan keluarga.
Terima kasih
Saya hargai perhatian yg diberi
Hanya Tuhan yg mampu membalas budi jasa baik sanak saudara, ingatan teman taulan dan sokongan emosi dari semua.
Rupanya ramai yg sentiasa ada dibelakang saya
Menongkat saya andai saya rebah,
Menegakkan saya bila saya condong
Ramai
Teramat ramai.
Terharu bila pelbagai pesan dan nasihat singgah di telinga.
Hani kena kuat tau...
Jaga diri, jaga kesihatan...
Bertabah lah hani...redha
Kalau ada apa2 call ya..
Kalau perlu bantuan cakap jer
Jgn risau kami ada
Jgn sedih sedih, pandang ke depan.
Macam macam....
Ni yg buat saya rasa nak menangis nih.
Terharu sangat sangat.
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan mereka dalam kehidupan saya.
Tidak apa lah kalau pun saya miskin harta
Sebenarnya saya kaya...
Kaya sokongan dan perhatian.
Alhamdullilah.


True


Sunday, June 17, 2018

I am not alone.

People stop by
Familiar faces
Relatives
In laws
Roots
Friends
Aquantances
Neighbours
Everybody trying to understand
They do.
Indeed they do.
Thank you for the support.
Their love warms this frozen self.
Thnaks again all of you.


Friday, June 15, 2018

Takbir dan tangis

Pagi ini
Cuba makan sarapan
Ketupat rendang
Tak leh nak telan
Tersekat di kerongkong
Tangisan menjerut selera
Sabar Hani sabar
Demi anak2 ...
Gema takbir memenuhi hati
Sayu hanya Tuhan yg tahu.
Ja masih diam begini
Tidak mengerti kah?
Atau tersimpan pilu dlm hati
Allah hu...
Anak anak...
Nanti lepas solat singgah pusara papa
Papa menunggu ...
Beraya lah sekadarnya anak anak..
Bahagiakan hati kamu..
Terubat hati mummy tgok anak menantu
cuba simpan duka dan pamir gembira
Di pagi Aidilfitri ini
Airmata derhaka.
Dah pesan jangan tumpah
Tapi tetap banjir juga...



Thursday, June 14, 2018

Cuba



Tak ada bau raya pun.


Hari ni terakhir puasa Ramadhan.
Esuk dah raya, bagi orang lain!
Bagi kami, tidak ada sambutan raya.
Oleh kerana esuk kami tak beraya, maka hari ni kami tak buzy.
Relax jer.
Pertama kali dlm hidup saya, saya tak buat persiapan raya.
Baju baru ada tapi terlipat kemas tidak akan dipakai.
Cukuplah berjubah hitam saja esuk.
Kepada yg beraya tu saya ucapkan selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Jangan pedulikan saya, saya tak apa apa.
Saya redha. Famili saya redha.
Esuk saya akan pesan pada diri sendiri
Jangan tumpahkan air mata.
Cuba simpan tangisan.
Raya tak baik menangis!
Ingat tu hani!

Wednesday, June 13, 2018

Duk fikir benda sama..over n over again

Saya buzy hari ni.
Buzy melayan hati.
Maaf, minda bercelaru.
Kena pejam mata dulu
Tidor
Mimpi yg indah indah
Esuk hadapi segalanya sekali lagi
Good night.

Tuesday, June 12, 2018

Nak khidmat runner. Help me.

Selagi pergerakan saya terbatas selagi itu lah saya terpaksa menyusahkan orang lain untuk bantu saya menyelesaikan urusan harian saya.
Tambah2 urusan yg memerlukan saya keluar.
Berjela senarai kerja yg tertangguh.
Nak tak nak....
Kena keluar juga rasanya.
Ikut hati yg masih tak berapa nak pulih lagi ni memanglah tak nak keluar.
Nak duduk diam2 di penjuru paling sunyi, nak layan rajuk hati.
Kalau ada lubang cacing rasa nak bertapa dlm tu.
Kalau boleh tak nak jengok ke luar pintu pun..
Entah kenapa rasa macam tak nak jumpa orang.
Malas nak jawap soalan2 yg saya dah agak orang akan tanya.
Tak mau bercerita tentang duka saya.
Nak tanggung segalanya sendiri, simpan dalam diri.
Tapi apa daya saya...
Walau hati masih dlm fasa berkabung,
Saya perlu cari penyelesaian untuk kehendak2 harian yg perlu di bereskan.
Macam mana ya.....
Kalau ada runner kan best.
Kalau saya minta runner yg buat semua kerja2 luar saya tentu selesai masaalah.
Runner adalah org yg kita bayar utk khidmat mereka.
Saya selesa begitu.
Saya taknak khidmat free walau ramai yg tawarkan.
Susah bila terhutang budi dan tak mau menyusahkan orang  juga.
Problem nya nak cari runner tu kat mana?
Ada ke?
Tolong lah, ada tak yg tau macam mana nak hubungi runner .
Please.....

Sunday, June 10, 2018

His sleeping beauty, Ja.

Ja
Do u miss papa?
Do u know that papa is no more here with us?
Do u know that he passed away on the same date that u delivered your 2nd child?
5 years after.
Ja,
Do u miss his voice reciting the verses of alQuran every morning by your side.
Do u miss his jokes that he shared with you whether you can hear him or not it didnt matter to him.
Ja,
Remember when you were a little girl..
You were his daughter that never grown up.
You were always on his lap and he was always there for you.
Ja
Remember that days when he broke your heart and you were so furious?
He admitted his mistakes and asked you for forgiveness.
He put aside his ego for your sake.
People make mistakes Ja, and I know you forgave him years back.
Ja
Now I need to talk.
I need a shoulder to cry on
He is not here but you are
I turn to you.

Ja,
Seing you lying there not saying a word makes me wonder
Do you miss him Ja?
Do you?

Saturday, June 9, 2018

Kan dah cakap saya x beraya

Tahun ni...
X suka dengar lagu raya
X suka bau biskut raya
X nak tengok baju raya yg tailor baru hantar
X nak pasang lampu lip lap lip lap
X nak terima ucapan selamat beraya.

X nak x nak x nakkkkkkk!

Cepatlah berlalu musim beraya.
Kan dah cakap kami tak beraya, jgn duk pandai2 nak buat ulasan itu ini.
Mata yg memandang dan mulut yg membawang
Tak seberat bahu yg memikul dan hati yg menanggung.

Dah. Jgn tanya banyak banyak.
Usah nak pujuk hati saya.
Saya tunggu nak nangis saja ni, baik jgn kata apa2.



Melihat orang lain bersuka ria...


Seminggu lagi nak raya.
Tapi kami tak sambut raya tahun ni.
Bagi org islam yg akan sambut raya, ni lah masa paling sibuk.
Bagi orang macam saya, tak ada bezanya hari ni dari kelmarin.
Tidak ada persiapan.
Tidak ada sambutan.
Kami masih lagi dalam fasa berkabung.
Belum pun sebulan dia tinggalkan kami
Saya masih dalam edah balu yg kematian suami.
Saya tak beraya tahun ni.
Kami tak beraya.
Anak2 pun faham dan mereka pun tak nak raya.
Cukuplah sekadar solat sunat aidilfitri dan ke pusara.
Erti aidilfitri bagi kami tahun ni hanyalah
berakhir nya Ramadhan dan bermula nya Syawal.
Tidak ada kemeriahan.
Tidak ada rumah terbuka.
Balang kuih kami hanya berisi air mata.
Kunjung mengunjung juga tidak ada
Kami hanya akan mengunjungi pusara dia.
Kalau kebiasaan nya di hari raya,
Anak2 diberi duit raya oleh papa mereka
Kali ni anak2 yg akan menghulurkan bacaan yassin
Dan doa sejahtera buat papa di sana.
Dam dam dum!!
Bunyi mercun menjerut rasa
Menyesakkan dada
Meruntun hati
Sebak dan isak
menanti datangnya Aidilfitri.


Friday, June 8, 2018

Belajar benda baru secara terpaksa

Malam tadi hujan lebat.
Kolam ikan yg saya dah buang air tu kembali terisi.
Nampak gaya nya hari ni pun masih belum boleh cuci kolam tu.
Tunggu kosong betul2 dulu.
Pam air rosak, sempat pam 2/3 kolam jer.
Campur air hujan malam tadi dah jadi separuh penuh kembali.
Hadoiii...macam mana ni...
Ini bab kolam ni bukan urusan saya.
Tak pernah tau dan ambik tau.
Tak suka betul la.
Kena galas benda2 sunat macam ni pulak la
Macam la tak cukup lagi kerja sunat lain nak di urus.
Ok ok...tak nak merungut, x baik!
Pikul jer la Hani, selagi mampu.
Selain ni, marin, tukang baiki rumah datang.
Mintak duit..
Seminggu sekali dtg ambil segala mcm bayaran yg berkaitan.
Ni pun satu hal jugak.
Saya tak tau apa perjanjian dia dgn arwah.
Berapa kos semuanya, berapa yg dah di bayar dan sebagainya.
Jadi saya hanya ikut saja apa pinta tukang tu.
Bayar saja lah..
Tak reti sungguh la nak urus benda2 mcm ni.
Buntu saya dibuat nya.
Saya hanya berdoa semoga Tuhan kelilingi saya dgn orang2 yg tidak akan ambik kesempatan di atas kebodohan saya.
Jangan lah ada yg memperbodohkan saya yg dah sedia bodoh ni.
Bantu saya, selesaikan urusan saya dgn mudah.
InsyaAllah.

Allah knows

Yesterday Thursday 7th june.
No N3 for yesterday.
Mood x comei marin tu.
Otak sesak.

Wednesday, June 6, 2018

Alone at last.

☆☆☆☆Hadoii, benjol la kepala saya terantuk di pintu kabinet ni..
Cer tgok benjol tak..

☆☆☆☆☆Laa...sampah semalam masih kat situ, apasal tak letak kat luar? Kan kucing dah koyakkan plastik sampah tu..habis berterabur dah..

☆☆☆☆☆Kimi ni dah kul brapa ni tak gi kerja lagi? Awak remind dia tak, suruh gi kerja awal sikit?

☆☆☆☆☆☆Awak tengok tak berita prime time tadi? Tgok tak kes eksiden yg saya cerita tadi tu.

☆☆☆☆Meh la temankan Ja sekejap, saya nak jemur pakaian dan sapu laman jap.

☆☆☆☆☆Ikan ni sedap masak apa..awak nak masak tempoyak ke asam pedas?

Sekarang saya diam.
Sekarang saya tak perlu cakap apa2
Tempat ngadu dan bercerita dah tak ada.
Dia pernah kata, saya ni kalau tak membebel tu maknanya demam la tu.
Sekarang saya tak membebel...
Saya tak demam.
Sumpah saya sihat.
Cuma tak ada siapa dah nak dgr apa yg saya nak cakap.
Hilang tempat kongsi bodoh saya
Saya hilang kawan sebenarnya.
Hilang teman bercerita.



Tuesday, June 5, 2018

Bersahur dgn airmata.

Patah sayap bertongkat dagu
Jentayu
Aku lah jentayu itu
Jentayu tua
Jentayu yg patah segala anggota
Jentayu yg sudah penat memujuk rasa
Jentayu yg gagal mencari bahagia
Jentayu ini,
Mahu pulang.
Mau pusing ke belakang dan undur..
Mau kembali menetap dalam rahim ibu
Mak, jangan lahirkan aku
Dunia ini terlalu melukakan ku
Aku sentiasa takut di sini.
Bawalah aku pulang ke dunia angan2
Tidur kan aku
Dunia mimpi lebih indah sebenarnya.
Tersedar dari pertengahan mimpi dan terasa
seperti tidak adilnya realiti ini.
Maaf, pagi2 buta Jentayu merapu.
Sahur dulu lah,
Sumbat makanan ke kerongkong yg masih merantai selera.
Bukan makan tapi paksa telan.
Huhuhuhuhuuuu.....!

Wahai jentayu yg sudah penat terbang.
Diam lah kau di penjuru duka itu
Banyakkan lah berzikir
Sujud lah ke bumi kerana langit mendengar rintihan mu.
Pohon lah....pinta lah...
Tuhan ada.




Monday, June 4, 2018

Pertama kali keluar semenjak dia tiada.

Sepatutnya saya tak keluar rumah.
Sepatutnya saya berkabung.
Saya dalam edah, masih baru sgt lagi.
Tapi dah terpaksa.
Niat saya baik.
Urus soal bayaran kereta2 tu
Saya ke bank, ke tabung haji jugak.
Draw duit, byk nak guna duit sehari dua ni.
Dah selesai urusan, saya balik rumah.
Tiba didepan pagar dan bila lihat ke dalam kawasan rumah,
rasa terjerut leher dgn tangisan.
Rumah ini dan penghuni nya...
Segala yg ada didalam nya..
Semuanya dah jadi tanggung jawap saya.
Macam mana kalau paip bocor?
Macam mana kalau aircon tak sejuk?
Macam mana kalau sliding door ketat?
1000 macam mana.
Di bahu ini lah segalanya akan berpaut.
Allah hu...
Saya tekan remote pagar
Pintu pagar terbuka perlahan dan
saya masuk kedalam mulut naga.
Ya, itu yg saya rasa, masuk kedalam daerah duka lara.
Seperti mau undur keluar dan lari.
Takut sangat2 untuk teruskan kehidupan.
Tapi saya harus hadapi kenyataan.
Cuba tabah selagi boleh.
InsyaAllah boleh.

Sunday, June 3, 2018

Masih begini

Perancangan Tuhan
Ketentuan Tuhan
Redha saja lah.
Bukan mudah nak biasakan diri dengan rutin yg berlainan
Jadual hidup yg baru.
Kena belajar buat benda yg tak pernah buat
Kena tinggalkan setengah tugasan yg dah tidak lagi releven
Bukan berubah seratus peratus.
Ada yg kekal seperti dulu.
Mujurlah saya dari dulu sudah terbiasa buat sendiri byk perkara
Sudah lama saya galas byk perkara berkaitan anak anak.
Tugas mengurus keluarga tu dah di bahu saya sekia  lama.
Sekarang saya hanya teruskan saja.
Yang terasa hanya bila saya kehilangan penasihat.
Kehilangan kuasa melarang .
Apa pun yg saya buat sekarang saya kena timbang tara sendiri.
Harap2 saya waras untuk buat yg terbaik untuk anak2.
Bila di fikir fikir...
Saya hanya hidup untuk anak anak.
Untuk saya dah tak ada apa pun.
Segalanya dah tamat kecuali degup jantung.
Redha saja lah yang nasib saya tak sebaik nasib orang lain.
Redha.
Pesan berkali kali pada diri.
Sabar dan redha.

Saturday, June 2, 2018

Dah nuzul Quran rupanya...

Dah senja
Senyap sunyi rumah.
Bukan tak ada orang, ada.
Sorang dua duk tgok tv, ke tv tgok dia orang tak tau lah.
Sorang lagi duk ngadap laptop.
Ada yg keluar ke bazar Ramadhan.
Ada yg terkial kial kat dapur sorang2.
Dah bancuh air la tu..
Saya di sini temankan Ja
Sambil singgah jengok rakan blog.
Dah ngadap blog tu saya update N3 sekali lagi.
Dua N3 hari ni.
Saya ok jer hari ni.
Mujur ramai hari ni.
Rupanya byk beza duk sorang2 atau duk ramai2.
Duk sorang laju otak ulang tayang cerita lama.
Bila ramai, tak sempat otak nak ulang siar benda sama.
Terima kasih kepada yg snetiasa singgah...
Bersama kamu semua, sepi tak berani mendekati.


Quran merah tak berusik.

Pagi pagi dah penat..
Hari ni hari menebas segala semak samun.
Cantas segala pokok yg tak perlu.
Terang benderang sekeliling rumah.
Puas.
Lega.
Otak tenteram.
Sekarang dah mandi dan nak tgok tv jap.
Lepas ni nak ngaji.
Ngaji dan nangis lagi dan lagi.
Tak tau kenapa, bila buka quran,
Bila mula bacaan..
Byk yg bermain dalam kepala.
Emosi berbaur sedih, marah, terkilan, kesal..
Kenapa awak tinggalkan saya ?
Saya nak kongsi hari tua dgn siapa lagi?
Sampai hati awakkkk....
Sampai hati awak tinggalkan saya mengaji sorang2.
Awak kata Ramadhan ni awak nak khatam lebih dulu dari saya.
Tapi awak sempat baca 2 juz saja.
Tengok quran awak kaku di penjuru meja.
Tanda muka surat bacaan terakhir awak tidak saya usik.
Takper lah, saya saja lah yg teruskan baca quran sorang2.
Nanti saya hadiahkan doa buat awak.
Semoga tenanglah di sana.
Maaf, sekali sekala otak jadi tak betul.
Astaqfirullahilazim...
Jom ngaji!


Friday, June 1, 2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...