Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 12, 2018

Nak khidmat runner. Help me.

Selagi pergerakan saya terbatas selagi itu lah saya terpaksa menyusahkan orang lain untuk bantu saya menyelesaikan urusan harian saya.
Tambah2 urusan yg memerlukan saya keluar.
Berjela senarai kerja yg tertangguh.
Nak tak nak....
Kena keluar juga rasanya.
Ikut hati yg masih tak berapa nak pulih lagi ni memanglah tak nak keluar.
Nak duduk diam2 di penjuru paling sunyi, nak layan rajuk hati.
Kalau ada lubang cacing rasa nak bertapa dlm tu.
Kalau boleh tak nak jengok ke luar pintu pun..
Entah kenapa rasa macam tak nak jumpa orang.
Malas nak jawap soalan2 yg saya dah agak orang akan tanya.
Tak mau bercerita tentang duka saya.
Nak tanggung segalanya sendiri, simpan dalam diri.
Tapi apa daya saya...
Walau hati masih dlm fasa berkabung,
Saya perlu cari penyelesaian untuk kehendak2 harian yg perlu di bereskan.
Macam mana ya.....
Kalau ada runner kan best.
Kalau saya minta runner yg buat semua kerja2 luar saya tentu selesai masaalah.
Runner adalah org yg kita bayar utk khidmat mereka.
Saya selesa begitu.
Saya taknak khidmat free walau ramai yg tawarkan.
Susah bila terhutang budi dan tak mau menyusahkan orang  juga.
Problem nya nak cari runner tu kat mana?
Ada ke?
Tolong lah, ada tak yg tau macam mana nak hubungi runner .
Please.....

2 comments:

Aerill Hassan said...

singgah dan follow sini :)

https://aerillhassan.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Hani,
Kalau ditempat saya,fb merupakan tempat mencari apa yg dihajati. Ada delivery,ada runner,ada mcm2 perkhidmatan diiklankan. Pilih saja fb grup yg mana sesuai. Tapi kena hati2 sbb bukan semua perkhidmatan memuaskan dan value for money.
Semoga dipermudahkan urusan .Salam syawal .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...