Tak faham laa...
Kenapa saya selalu macam ni..
Mood swings?
Entah lah.
Kadang2 saya ok
Kadang2 saya rasa tak ok.
Bukan pasal redha atau tidak, bukan soal iman tebal atau masih jahil.
Bukan, bukan, bukan sekali kali...
Ni soal hati yg berbolak balik.
Mungkin bila kita terlalu byk simpan, pendam dan mengumpul,
ini jadi nya....
Ada kala bila dah sendat sgt kampit duka itu, mula lah tiris..
Mula la rasa stress
Mula la depress
Tapi acap kali nya saya berjaya kawal hati.
Pujuk hati, byk2 istiqfar...
Solat sunat, nangis depan Dia, mohon, minta...
Allah hu.
Rasa negatif itu berlalu begitu saja.
Tenang semula perasaan yg berkecamuk.
Lega.
Tak dinafikan, ada kala segalanya damai
SaĆ½a happy seadanya.
Think positive
Menerima segala nya dgn redha.
Pasrah.
Banyak bahagia lain yg boleh saya bilang
tanpa perlu pikir sangat pasal ujian2 yg melanda.
Dalam susah sentiasa ada senangnya..
Alhamdullilah.
Tapi hari ni, waktu ni jam ni, nak cerita sikit.
Nak shara saja, mana tau lega nanti..
Pagi ni, dari kermarin, bawak ke tak leh tidor mlm tadi..
Mood saya ke laut.
Saya rasa hidup ini hanya menyusahkan saya.
Saya rasa mcm dah tak tertanggung dah ..
Rasa mati itu lebih baik.
Rasa semua orang mempergunakan saya
Tidak ada siapa yg ambik peduli perasaan saya.
Tidak ada sesiapa yg cuba menoleh kearah saya dan memahami payahnya saya.
Asyik saya saja yg fikir pasal orang lain, urus dan permudahkan urusan orang lain
Tapi apa yg saya dapat?
Apa?
Terasa amat tidak dihargai...
Haduhhh...Tak tertanggung!
Cukup!
Dah dah dahhhhhh!
Nak teriak guling2 rasanya..
Di mana nak ku bawa perasaan dan hati ini?
Hari ni itu yg saya rasa.
Awak nak cakap apa cakap lah.
Saya tak kata saya betul.
Saya hanya suarakan apa yg saya rasa.
Saya pun tahu saya tak bagus rasa macam tu.
Tapi tu ikhlas dari hati saya waktu ni.
Jap lagi bila masuk waktu subuh
Selepas saya mengadap Dia pencipta saya, lain cerita lah.
Mungkin mood saya berubah..
Selalunya macam tu lah.
Kerana hanya Dia yg memahami saya
Hanya Dia yg tahu segalanya.
Astaqfirullahilazim.
No comments:
Post a Comment