Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 8, 2019

Ogos ni..

Balik dari Singapore Along demam panas.
Pergi hospital terus kena admitted.
Denggi katanya.
Anak cucu kat Ampang sakit mata, bengkak2 mata.
Sian Farah
Sian Arman
Sian lisha
Anis pun terjebak sama, sian Anis.
Seisi rumah dapat mc.
Menantu yang masih dalam pantang pulak kena jangkitan virus.
Ke campak? Entah lah kena gi klinik to confirm.
Ja kat rumah ni tak sihat.
Warded kerana fittings n bleedings.
Mummy?
Banyak sakitnya mummy ni tapi bila orang lain sakit,
sakit mummy boleh letak tepi dulu.
Mummy berulang alik ke hospital melawat dan urus anak di wad
dgn bekalan pain killers.
Sekejap hubungi yg kat ampang bertanya khabar.
Sekejap hubungi yg kat bachok ni nak tau perkembangan,
sakit ke lagi atau dah sembuh...
Dengar khabar cucu yg sorang lagi kat kb ni demam.
Tak sempat ziarah pun, takper daddy dan nenek belah sana ada.
Nenek belah sini dah sarat sgt dgn segala macam sakit di sini.
Sorry Iyaad, get well soon k.
Kenapa lah Ogos ni Ogos yg sinonim dgn sakit?
Baru awal Ogos, belum pertengahan Ogos pun.
Harap2 pengakhiran Ogos nanti keadaan makin tenang.
Sakit berubah kesembuhan
Kalut berubah tenang
Kerisauan berkurangan.
InsyaAllah.
Mummy baru sudah solat subuh.
Menadah tangan kepada Nya, mohon kesembuhan semua anak cucu menantu.
Pohon juga afiah buat diri sendiri untuk urus orang lain yg tak sihat.
Kenapa laa macam dirancang, sakit serentak semua anak negeri ku.
Bukan tak redha tapi nak tergelak juga bila di fikir fikir.
Bulan penuh ubat ubatan dan keluar masuk hospital.
Orang lain sibuk nak raya korban,
Kita sibuk cara ni, tak serupa orang!
Tak payah fikirlah.
Tak cukup sel otak kalau nak fikir pun.
Tuhan ada perancangan Nya yg tersendiri.
Kita?
Redha saja lah dan ikhtiar cari kesembuhan.
Kan?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...