Dunia saya kecil sahaja.
Saya, rumah saya, keluarga saya, kucing saya, kawan2 rapat seorang dua.
Itu sahaja.
Itu pasal lah blog saya ni tak menarik macam blog orang lain.
Saya hanya tulis tajuk berkaitan ni saja.
N3 di blog saya alih2 pasal anak cucu
Takpun pasal kucing, pasal kawan2 tu..
Selebihnya pasal saya lah.
Bukan menarik pun cerita pasal saya ni
Nak bilang harta benda pun saya tak ada
Saya hanya orang biasa biasa.
Nak ulas pasal kecantikan dan penjagaan badan,
saya bukan cantik pun, jauh lagi nak lawa bergaya.
Nak sohor pasal mewah kasih sayang?
Saya ni hanya menumpang di pinggir hati orang,
Dari kecik sampai tua hanya menumpang.
Perjalanan hidup saya yg tak serupa orang ni saya catat di blog.
Bukan saya kesal dan tak redha dgn kehidupan ni,
tulis sekadar perkongsian suka dan duka saya
Kalau orang suka baca, saya amat hargai nya.
Kalau tak suka tak apa, saya tak kisah.
Saya berblog bukan untuk dptkan populariti pun.
Saya tau dunia saya membosankan bagi orang lain.
Saya tak bercuti luar negara mau pun dlm negara
Saya tak aktif di dunia luar.
Saya buta politik
Saya jahil bab2 berkaitan agama
Saya tak tau perkembangan hiburan terkini.
Saya ni contoh terbaik kalau nak banding dengan perumpamaan
KATAK BAWAH TEMPURUNG.
Ya betul, macam tu lah saya.
Saya hanya ikuti berita trkini melalui media masa.
Baca dan kadang tak letak dlm fikiran.
Berita apa pun berlalu bagai angin.
Kalau ada berita yg lucu saya gelak sorang2
Yang sedih boleh saja mencengkam kerongkong saya diam2
Yg pelik saya baca dan tengok ulang2 kali.
Saya layan juga movie2 lama sebagai hiburan.
Tu pun layan cerita yg tidak byk perlu fikir.
Tak nak bazirkan sel otak duk fikir, biar pengarah filem jer fikir.
Hiburan saja sambil minum kopi cicah biskut cap ping pong.
Mudah kan hidup saya ni?
Bila terlalu banyak kepayahan hidup,
Pengalaman mengajar saya untuk cuba memudahkan ...
Ubat hati sendiri dgn cara sendiri.
Bahagia cara saya.
Dunia saya sangat2 sempit.
Saya tak perlu semakkan ruang sempit ini dgn
kehadiran orang yg menyesakkan dada.
Yang tidak membantu melapangkan minda saya.
Orang yg begitu saya awal2 dah jauhi, cuba jauhi.
Tak apalah dunia saya tak ramai penghuni..
Saya pilih kualiti dari kuantiti.
Demi menjaga hati sendiri.
Ya lah, kalau kita tak jaga hati kita, ketenteraman hidup kita,
Siapa yg nak jaga?
Kannnnn..?
Apa2 pun, terima kasih Tuhan.
Dalam susah ada senang.
InsyaAllah.
Dunia saya kecil tapi saya bahagia seadanya.
No comments:
Post a Comment