Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 13, 2019

Serabut perot

Sabar.
Itu saja lah yg mampu saya buat.
Sabar, adalah tu penyelesaian nya.
Jangan risau, Tuhan ada.
Ayat nak sedapkan hati macam tu lah.
Sebenarnya kadang kadang saya dah tak reti nak sabar.
Dah penat bersabar
Tak mau sabar dah...
Tapi kalau tak mau sabar, apa boleh saya buat?
Apa pilihan yg saya ada?
Apa?
Nak tak nak kena sabar jugak...
Orang kata saya seorang yg kuat.
Kuat apa nya?
Tak kuat, jauh dari kuat.
Orang nampak saya sentiasa senyum.
Orang tak nampak saya menangis sampai kebas kepala,
sampai bengkak mata, sampai serak suara...
Menangis tak kan depan orang kan?
Orang tengok saya sentiasa tenang..
Orang tak tengok saya waktu saya mengamok,
meracau dan menggelupur sorang sorang bila dah tak dapat kawal emosi.
Semua tu sorang sorang, tak siapa tau.
Kenapa macam tu?
Kerana saya seorang yg lemah, yg byk kekurangan, yg tak mampu nak bendung perasaan.
Saya perlu bebaskan emosi dibelakang tabir supaya bila saya
berhadapan dengan orang lain, saya nampak tak apa apa.
Alah, macam pelakon la...melakonkan watak gitu.
Rupanya saya setanding artis lah.
Primadona? Yes!
Sebenarnya saya boleh dan mampu menipu semua orang tapi
Tak boleh menipu diri sendiri...
Hani....kesian awak laa....
Kena tanggung segalanya sendiri.
Ya lah ye lah....
Dah nasib kita macam ni..
Rasa nak tiok wehhhhhh...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...