Tau tau mereka dah jadi dewasa.
Baru semalam rasanya mereka menumpang di rahim saya.
Baru sangat rasanya mereka berkongsi nyawa dgn saya.
Tapak kaki mereka yg sebesar 2 jari dah lebih besar dari tapak kaki saya sekarang ni..
Tangan2 yg saya pimpin ini dah mula memimpin tangan saya.
Dulu,kini dan selamanya,
doa saya untuk mereka tidak pernah putus.
Semoga kehidupan mereka lebih baik dari kehidupan saya..
Semoga masa depan mereka lebih damai dan diberkati..
Semoga Tuhan tanamkan keimanan di hati mereka dan mereka mampu heret saya ke syurga.
Mereka lah baka saya, keturunan saya.
Kalau pun huduh di mata orang, terbaik di mata saya.
Syukur Alhamdullilah kerana Tuhan pinjamkan mereka untuk berada di dalam hati saya...
Akhir kalam,
Last but not least...
Dia, puteri saya...
Bidadari syurga saya yg tertangguh..
Sungguh saya tidak mampu kongsi foto2 dia..
Sama ada foto keriangan dia sewaktu kanak2 atau
foto cantiknya dia sewaktu remaja atau
bahagia nya dia di hari persandingan dia atau
apa2 pun mengenai dia....
Tak sanggup mummy ni Ja,
Mengingat kembali harum semerbak kasih sayang itu amat perit.
Rindu itu menyakitkan...
Maka Ja, mummy simpan cerita kita di dalam hati mummy,
bukan untuk dikongsi..
Tak sanggup membelek helaian kenangan bersama mu.
Diam lah sayang, rehat lah dipembaringan mu.
Diam lah di sudut hati mummy yg paling dalam.
Selamanya...
2 comments:
Semoga akak terus kuat menguruskan Bidadari Syurga itu, lama akk tak ceri pasal dia, semoga semuanya baik-baik saja.
Di bulan pnuh berkat ini.. sy turut mendoakn puan terus kuat menguruskan keluarga dan juga ja.. puan adlh insan dan ibu yg paling hebat.. salam
Post a Comment