Pagi2 keluar ke masjid, ada kelas bahasa arab.
Balik dari masjid terus ke pasar.
Sampai rumah masak cepat2 sebab dah dekat nak zohor, nasi mak belum hantar lagi.
Siap masak bergegas ke rumah mak.
Mak beritau yg dia nak ke rumah kakak untuk tgok persiapan majlis pernikanan anak.
Saya balik rumah sekejap untuk tukar baju sebab baju yg saya pakai ni dari masjid,ke pasar dan masak ni dah lenjun, berpeluh dan busyukk.
Bergegas balik mandi, tukar baju dan solat.
Selepas tu baru kami ke rumah kakak pulak.
Berjam jugak duk rumah kakak.
Balik rumah tgok jam dah lewat dah.
Cepat2 angkat pakaian di jemuran, lipat dan bereskan kerja rumah pulak.
Teringat perut belum di isi dari pagi lagi.
Teringat tu sebab perut dah signal, bernyanyi nyanyi pulak dia.
Nak makan dah tak sempat sebab kul 4 nurse yg urus anak saya dah nak balik.
Saya dah nak masuk shift urus anak saya.
Takper lah nanti makan sambil urus dia.
Kepala dah rasa berat.
Mata dah mengantuk.
Tunggu azan asar kalu pun nak pejam mata kejap.
Nasib baik anak saya tidor, sempat la makan sekeping kueh.
Lepas solat niat nak tidur kejap tapi Pegawai fisio datang.
Dia jalankan urusan fisio buat anak saya dalam sejam lebih.
Masa saya duk borak dgn dia sambil dia kerja tu otak saya dah ke laut.
Mengantuk sangat sangat..penat sangat sangat.
Sekali terlelap sambil bercakap.
Sedar2 bila dengar suara dia cakap..
" Mummy gi baring eluk2 la dulu, takper saya urus Ja sorang2.."
Alahai la anak, sorry la..ngantuk sungguh ni.
Bila saya imbas balik, padan la mengantuk sangat pun.
Malam tadi saya tidur sejam saja.
Hai la badan, hai la nyawa....
Kesian badan tua saya yg saya dera hari ni.
Mujur nyawa ada berbaki lagi.