Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 30, 2020

Tanda

Ni tanda tanda nyata.
Acap dah macam ni.
Bila merebus sesuatu,
nak tunggu depan dapur rasa lama sangat.
Bazir masa tercegat saja begitu.
Sambil tunggu apa salahnya pergi angkat kain di jemuran sekejap.
Takpun kalau belum solat, tunaikan solat dulu.
Atau pun keluar kunci pintu depan..
Sekejap saja, sebentar cuma.
Apa salah nya kannnnn?
SALAH!
Sangat2 salah.
Dah keluar jauh sikit dari 'periuk atas dapur' mula lah..
Acara 'terlupa', adengan 'tak ingat'
Dari nak solat 5 minit jadi berjangkit ke baring2 dan berakhir dgn terlelap.
Dari nak angkat kain di jemuran jadi terus duduk lipat kain dan kemas almari baju.
Dari nak keluar kunci pintu, terpandang pasu bunga kering terus siram pokok.
Yang niat sekejap jadi banyak kejap.
Yang sebentar jadi banyak bentar.
Tu tak kira lagi kalau tiba2 ada org call.
Borak, sembang di talipon gelak2, membawang 14 tajuk bagai.
Last last......
Jadilah macam dalam foto yg saya kongsi tu..
Satu rumah bau hangit baru perasan.
Berasap kelam satu ruang dapur baru tau.
Rebus pisang ke, sira pisang ke....
Dah jadi arang.
Pisang dan periuk jadi penghuni tong sampah.
Tanda apa kah ini?
Jawapan tepatnya ialah tanda si tukang masak dah TUA.
TANDA PENUAAN.
Tau tak apa!


Jap jap Mokcikk, ya ke lupa...?
Ke sebab tengok periuk enamel warna warni kat kedai bebas cukai hari tu..?
Ke memang nak hapus kira periuk lama tu..
Taktik basi ni mokcikkkk.
Pesanan penaja : Siapa nak join gi Rantau Panjang lepas raya nanti sila call.
Sabik kata.........

1 comment:

Syazni Rahim said...

3 hari lepas saya pun lupa tengah tumis kari, elok je gi merata2 dari asalnya nak gi tutup kipas kat ruang tamu..nasib tak jadi apa2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...