Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 9, 2020

Sikit tak marah, sedar diri.

Langkah pertama
Ke HUSM pagi pagi lagi
Kalau lambat, payah nak parking.
Dah siap parking kereta, jalan ke kawasan pesakit luar.
Nurse yg jaga depan klinik pesakit luar cakap kena pergi ke bahagian pendaftaran dulu.
Tak ada masaalah, saya ke bahagian pendaftaran la pulak.
Dekat saja, tak sampai 5 minit.
Masuk tercegat depan kerani pendaftaran.
Dia kata tak payah daftar di sini.
Terus ke klinik KRK saja.
Kat mana tuh?
Kat tempat saya mula mula pergi tadi lah.
Ok ok...sabar hani sabar...
Kita di tempat orang ni kena sabar.
Macam bola pun macam bola lah.
Saya pergi semula kat tempat mula2 saya beratur tadi.
Saya beritau nurse tu apa yg kerani pendaftaran tu cakap.
Mana lah tau kan, kot nurse tu baru 5 minit duduk di meja tu dan dia tak tau apa benda yg perlu di buat.kannnnn?
Dengan muka selamba nurse tu benarkan saya masuk.
Terima kasih nurse comel, kan senang kalau tadi dah bagi masuk.
Tak marahhh...takut nak marah, takut kena jual pulak.
Dapat lah tarikh untuk datang berjumpa doktor.
Appoitment gitu.
Owh macam tu ya...tak leh jumpa doktor sekarang?
Takper...ikut jer.
Ok, saya balik dulu lah, tarikh jumpa doktor 3 bulan lagi.
Sabar...
Kalau pendek umur, tak sempat la jumpa doktor gamak nya.
Langkah pertama ini buat saya rasa tak nak ke langkah seterusnya.
Tapi terpaksa juga melangkah kerana tak ada pilihan dah.
Kalau kaya raya boleh la ke hospital swasta.
Tau tak apa.

1 comment:

Syazni Rahim said...

Semoga dipermudahkan urusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...