Gembira sungguh hari ni.
Terima kasih Tuhan.
Alhamdullilah
Anugerah di hujung usia.
Bagi orang lain ini hanya biasa biasa.
Tapi bagi ku ini dah cukup membuatkan hati berbunga bunga
Di usia 60 ini.. Aku memberanikan diri ke alam 'Sayembara puisi'. (Walau hobi menulis puisi sebenarnya sejak dari bangku sekolah lagi) Bila nama tercatat dalam sebuah antalogi, hati puas. Sekurang kurangnya sebelum nafas berhenti, suara ku didengari....
Selama ni aku hanya meluahkan isi hati di blog sahaja..Puisi adalah nyanyian jiwa. Dendangan suka duka kehidupan. Berentakkan perjalanan hidup ku.Suka duka ku semuanya, salurkan ke sebuah daerah/blog yang ku namakan 'Aku kah itu' dan namapena penulis nya adalah Debumelukut...Debumelukut itu lah aku.
Sebenarnya aku.
3 comments:
Saya pun turut gembira.
Syukur sajak saya pun termasuk sekali. "Azrai Fazlisham"
Syukur sajak saya pun termasuk sekali. "Azrai Fazlisham"
Post a Comment