Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 31, 2019

New year, old me.


Nothing new, years come n go.
Being a little bit older
and hoping to be a little bit wiser too.
Getting old is a blessing.
Not everybody deserves it.
Well at least you live long enough to see how time makes things change.
I changed and I hope for the better.
You changed too.
Time changes my hair colour, turning grey each n everyday.
Time changes the texture of my skin, more n more wrinkles already.
Time changes my priorities in life.
Some things that I used to enjoy before are not in my list anymore.
Some things that I used to hate turns out to be not so bad after all.
Life is soooooo confusing sometimes.
But...
Time doesnt effect the rhythm of my heart.
My love for my love ones is as it is.
Hoping and wishing God will keep us together and happily ever after.

Time waits for no one.
So hurry up, make up your mind..
What resolutions are you trying to achieve next year?
Is it the same old one?
The one you make every end of the year and
come every new year, you did nothing about it.

Last but not least, happy new year all of you.
Thank you for being in my life.
God bless everybody reading this.
Let us step forward with a step at a time and go on living until the last breath with dignity.
Will you still be with me, bear with me and tolarate my nonsense here?
Will you still be visiting my blog like you used to?
Thank you.


Sunday, December 29, 2019

Bye bye my Pattah...


Rasa nak nangis guling gulinggg..
Nak tiok...
Pattttttahhhhh....!
Hilang yg tidak akan ada yang boleh ganti
Pattah tak akan tumbuh lagi
Pattah kesayangan kami semua dah tak ada.

Perkara yg paling menyedihkan bagi seorang pencinta kucing ialah....
Bila kucing kena langgar.
Mati
Huhuhuhuhuuuu....!
Pecah hati saya semalam.
Kucing kesayangan saya Si Pattah tu dah mati.
Kena langgar kereta waktu melintas jalan depan rumah.
Kereta tu laju, dah gilis tu tak berhenti tengok..
Usahkan minta maaf...
Mungkin drebar kereta tu tak tau,
kucing ni ada tuan yang sangat sayangkan dia.
Mujur lah saya dalam rumah dan tak menyaksikan peristiwa tu
Tau tau jiran picit loceng pagar beritau.
Tak sanggup nak tengok.
Jiran2 ramai keluar sbb ramai yang sayang Si Pattah ni.
Mereka tolong masukkan Pattah dalam plastik hitam.
Tinggal nanti nak kebumikan saja.
Tamat lah riwayat Si Pattah...
Mata bundar Pattah depan pintu dapur pagi2 dah tak ada.
Katil kakak dah tak siapa nak singgah tidor.
Kerusi depan tu masih ada bulu Pattah.
Tu kerusi kegemaran dia.
Saya bela Pattah dari kecik.
Kucing yg orang buang depan kedai.
Semua orang suka keletah dia.
Cuma satu tabiat buruk Pattah.
Suka lintas jalan.
Dah acap dah dia nyaris kena gilis.
Tapi semalam dah sampai masa dia.
Ajal dia.
Pattahhh....I will miss u.

Pattah...Sakit itu sudah tidak ada
Aman damai lah kamu di syurga
Selamat tinggal kucing ku...

Saturday, December 28, 2019

Pasar terapung Peng Datu

Selepa saya ke Kg Pelangi, saya singgah dipasar terapung Peng Datu
 Ada boat cruise tapi ramai sgt orang duk tunggu turn so kiv dulu la niat nak board tuh.
 Beli lokam bakar yg sgt sedap, fresh!
 Posing saja2 sebelum balik

Kg Pelangi

Segan sebenarnya nak posing depan rumah orang ni..
Buat2 tak segan..
Posing tepi sungai tak apa, tak ada org tgok pun
Cantik kan pemandangan ni
Warna pelangi....

Friday, December 27, 2019

Bulan terakhir



Dua tiga hari lagi dah nak masuk tahun baru.
Bertambah usia, tambah tua. Purba.
Niat di hati nak berubah ke arah lebih baik.
Entah jadi ke tidak....

Tahun berganti
Orang datang dan pergi
Suka duka silih berganti
Saya macam ni jugak.
Pencarian belum berakhir
Penantian belum tamat
Persoalan belum ditemui jawapan.
Resah payah masih merantai jejak kehidupan
Dan saya masih terus memohon, berdoa dan berharap
Selagi mampu cuba untuk kuat, cuba bersabar.
Mana tau dgn izin Tuhan tahun depan segalanya akan lebih baik
Mana tau sebelum nafas saya berakhir mimpi saya menjadi realiti.
Entah ya ke tidak...

Kita sama2 berdoa ya.
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Yakin begitu


Thursday, December 26, 2019

Ring of fire

Subhanallah.
First time tengok.
Bila gerhana penuh, pancaran matahari keluar dari sekeliling nya.
Cantik. Kagum.
Hebat nya, agung nya ciptaan Nya.
Kun fayakun.
Bila Dia berkata..Jadilah!
Maka jadi lah.
Allah hu Akhbar.

I know what you did .....











Sudu

Macam dah tak der toys lain.
Kasut selipar jugak yg ko suka.
Dah berapa pasang dah yg jadi mangsa kamu.
Hari ni kau kerjakan selipar milik tetamu pulak.
Satu hari nanti takde sapa dah nak dtg sini.
Bimbang rosak selipar kalu dibiar kat luar.
Ko ni Sudu, memang tak berapa betul ke hapa?
Kalau tak selipar, kaktus ku kau kerjakan.
Ada saja yg buat hati aku nyala lu lu...
Sudu!
Dah la.


Wednesday, December 25, 2019

Kawan lama


Sebenarnya akhir2 ni saya terlalu teringatkan sebuah kenangan lama.
Satu episod bahagia dalam kehidupan saya .
Tak tau kenapa, wajah yg pernah saya kenal tu berligar dlm kepala.
Nak sangat2 jumpa dan nak luang masa bersama dia sekejap.
Sekejap pun cukup lah..
Hanya untuk bertanya khabar dan nak tau macam mana dia sekarang.
Kalau boleh nak kongsi yg baik baik saja.
Nak gelak ketawa bersama macam dulu.
Ingat tak dulu,
kita pernah ketawa pecah perut dgn kebodohan kita.
Sama2 mengejar pelangi dan membilang bintang di langit tinggi.
Sebenarnya...
Saya boleh saja hubungi dia kerana saya tau dia di mana.
Tapi harga diri saya membataskan niat.
Payahnya untuk saya hadapi kenyataan yang dia sudah
tidak seperti dulu lagi...
Soalan2 tanpa jawapan sgt banyak dlm fikiran.
Biarlah, tidak apa lah kalau pun kita bukan lagi seperti dulu.
Tak perlu seperti dulu.
Cukup lah jika nafas terakhir kita nanti bebas dendam.
Kita akhiri yg pernah bermula dengan kemaafan.
Kita bukan musuh.
Kita kekal kawan.
Saya sentiasa berdoa semoga ada lah tu masa dan ketika nya
Tuhan temukan saya dgn dia semula..
Saya masih sayang dia dan tak pernah ada benci.
Semoga dia pun serupa.

Saya masih ingat...
Awak tak suka pedas.
Awak rajin dan pekerja yg hebat.
Awak suka kucing jugak.
Awak beli lipstick warna merah menyala sbb awak suka merah.
Awak suka selipar yg bertali halus dan sweet gitu.
Saya tak lupa

Tuesday, December 24, 2019

Sikit saja tu, sabar lah anak.

Anak,
Jika hari ini kau merasakan
Ada dugaan sebesar kapal merangkul mu
Dan kau merasakan sudah tidak mampu
dan tidak sanggup untuk kau urus..
Kau pandang sini
Lihat lah aku.
Cuba kau bilang byk nya dugaan bagi ku
Yang kau tahu sebanyak itu
Yang tersembunyi dari mu kekal tersembunyi.
Bilang lah dan untaikan di leher mu
Berat kah duka ku itu?
Sanggup kah kamu tukar tempat dgn ku?
Mahu kah? Mampu kah kamu?

Anak,
Bukan kah ujian mu hanya sedikit wahai anak?
Aku sudah lama bermahkotakan 'ujian'
Dan memakai busana bertemakan 'dugaan'
Dan aku masih boleh tersenyum dgn redha dan pasrah
Rebah sekali sekala itu hanya
untuk belajar bangun semula
Menangis sekali sekala untuk ubati luka
Tapi aku belum berderai,
masih seorang aku.
Dan kamu....
Mesti lebih kuat dari aku.!

Anak,
Jika segunung dugaan boleh ku pikul,
Kamu juga mampu menjunjung bakul duka mu
Mengilik dan mengheret segala payah
Sehingga menjadi mudah.
Bahagia itu ada.
Walau tidak se lebat ujian yg melanda,
Bahagia masih bersisa.
Kutiplah bahagia yg sedikit itu
Simpan dalam relung syukur.
Penawar hati hanyalah bila
kita yakin pada perancangan
dan percaturan hidup yg terbaik hanya dari Dia.
Rabbi yassir wala tuasir,
Rabbi thammin bil hairi.
Ya Allah engkau permudahkan
Jangan Kau susahkan
Ya Allah, Kau akhirkan dgn kebaikan.
Amiinn.










Monday, December 23, 2019

Siapa tahu cerita sebenar rumah ni?

Saya perlahankan kereta.
Berhenti betul betul tepi jalan dan di sebelah kiri saya, dalam semak ada rumah ni.
Separa siap dan ditinggalkan.
Seperti sudah lama terbiar begitu.
Besar jugak rumah tu dan agak menyeramkan
Saya ambil gambar dan berlalu pergi.
Ada sebab saya ambil gambar rumah ni.
Nanti nak cerita....

Bila pertama kali saya baca pasal rumah ni di media sosial saya terkejut jugak.
Acap benar lalu lalang di jalan tu tapi kenapa selama ni saya tak tau pun kewujudan rumah tu.
Tak pernah tau ada rumah dalam semak tu walau kedudukan dekat dengan jalan besar.
Bila perlahankan kereta dan fokus betul2 baru terpandang satu pandangan yg agak menyeramkan.
Mengikut kata yg menulis pasal rumah ni...
Rumah ni keras, ada penunggu.
Lain perkataan, berhantu.
Penampakan susuk tubuh di tingkap dah acap jadi bualan.
Kadang2 katanya ada suara perempuan menangis
dan nampak kanak2 di situ.
Walhal nak masuk pun kena redah semak.
Sewaktu pekerja binaan sedang menyiapkan rumah ni macam2 kejadian tak disenangi berlaku.
Acap lah berganti kontraktor bila kontraktor asal tak nak teruskan.
Bila dpt kontraktor baru masaalah sama jugak, tak siapa berani untuk siapkan.
Tuan rumah sudah habis daya.
Malah tuan rumah pun dah tak sanggup untuk singgah, meninjau dan memantau rumah tu.
Lama kelamaan tuan rumah cuba untuk jual saja rumah separa siap tu.
Tak ada pembeli, tak siapa berani nak beli walau harga bawah pasaran.
Maka sekarang tuan rumah biarkan rumah itu menjadi misteri.
Yang mengherankan, tak siapa berani usik pun.
Mat2 gian tak berani nak buat port seperti rumah2 kosong lain.
Bahan binaan yg belum di guna tidak terusik, masih ada.
Dengat khabar baru2 ni sekumpulan penyiasat ghost hunters telah ke sana.
Buat pengambaran dalam rumah dan sekitar rumah..
Bila balik untuk edit gambar2 dan video tu tiba2 semua bahan dari kamera telah hilang, ghaib.
Ada berani pergi sekali lagi untuk ambik gambar? No no no!
Sudahnya hanya foto seperti foto yg saya ambil ni saja yang mereka ada.
Foto rumah dari tepi jalan.
Boleh percaya ke tidak cerita ni?
Saya payah nak percaya tapi saya ni penakut.
Takut tetap takut.
Takoooooot!
Rasa berdiri bulu roma sewaktu intai dalam kegelapan tingkap rumah tu.
Ke ada yg sedang perhatikan saya dari dalam?
Ke ada yg ikut saya pulang?
Tak nakkkkkkkk......!
Ampun Tokk.....
Sian saya Tok, jangan ganggu saya.
Saya ganggu atok ke?
Taklah, saya nak buat atok famous jer..
Opss,atok rasa tak lucu ya?
Not funny eh? Sorryyyyyy!
 Ok, bai bai atok, duk diam2 di situ k.

Rasa2 kena delete dah foto ni dari hset, seram la pulak.

Sunday, December 22, 2019

Pesan mak.

Tau.
Tapi buat jugak.
Peduli hapa, blog kita kannnn..
Suka hati kita lah.
Lagi pun mak tak bukak blog, mana mak tau kita engkar.
Sorry mak yer.
Mak tau tak, bukan orang ramai yg muntah, kadang2 diri sendiri pun nak termuntah jugak.
Tapi dah hobby nak buat macam mana.
Awak tak nak muntah, cepat2 skip entri ni.
Biar saya sorang yg muntah...
Ok bai.





Sebenarnya di blog ni lah tempat saya simpan foto2 saya.
Macam album gitu, abadikan di sini.
Nanti kalau saya dah tak ada, boleh la anak cucu jengok saya di sini.
Album pengganti diri.

Saturday, December 21, 2019

Masjid Pulau Gajah

Bila berada si sini
Hati sangat lapang
Keindahan seni bina masjid ni
Sangat mendamaikan.
Duduk duduk di sini
Tenangkan fikiran
Jalan jalan di sekeliling nya
Tengok tasik yg tenang
Setenang fikiran.
Kalau tadi aku datang mengheret duka yg sarat.
Kini ku lemparkan semua payah itu
Lontar jauh jauh.
Bersujud di sini
Memohon dan meminta
keampunan dari Nya.
Aku lah insan pendosa
Cepat kalah pada bisikan hati
Keluh kesah ku hanyutkan ke tasik dalam.
Aku mau pulang tanpa belenggu dendam..


Bila hati dijentik rindu

Sekali sekala teringat....
Pada yang pernah rapat
Tapi sekarang dah renggang.
Pada yang dekat di hati
Tapi sekarang dah pergi menjauh
Pada yang selalu bersama
Tapi sekarang tidak lagi bersua muka
Pada yang pernah kongsi bahagia
Tapi sekarang semua tu hanya kenangan sahaja.
Sayang sekali...
Dia sudah melupakan segalanya
Lupakan aku
Sememangnya kenangan itu tidak akan berulang lagi
Masa merubah segalanya
Tapi masa tidak pernah merubah hati ku
Menyayangi bukan bererti memiliki
Sekali sekala....
Tumpah juga rindu buat dia.

Bila hati dijentik rindu, saya hanya mampu doakan yg terbaik buat dia, semoga dia bahagia, semoga dia sihat sentiasa dan semoga Tuhan permudahkan urusan dia.
Kalau lah saya dpt bertemu dgn dia hanya satu saja yg nak saya tanya...
"Pernahkah sedetik dalam hidup mu, kau teringatkan ku?"

Kepada semua kawan, saing sahabat, sedara, worih warah dan semua yg pernah hadir dalam hidup saya dan sekarang ni telah menghilang, saya hanya dengan izin Tuhan kita boleh bertemu mata biar pun sekali sebelum kita menghela nafas terakhir nanti....




Friday, December 20, 2019

Cerita 'unknown number'

Terima panggilan dari nombor yg tak dikenali.
Berkali kali
Jawap ke tidak
Fikir. Timbang betul2.
Jawap kang, kena yg nak menipu cakap dari mahkamah.
Tuntut bayaran pinjaman lah, apa lah.
Menakutkan.
Tak jawap kang panggilan mustahak.
Entah2 BSN call sbb dapat cabutan 1 juta SSP tuh.
Haishhhh!
Setiap kali bunyi panggilan dari hset, jadi serba salah.
Saya ni jenis tak reti nak tepis kalau orang nak tanya itu ini.
Anak2 bising duk pesan supaya berhati hati.
(Tanda penuaan tu bila anak yg pesan kat kita bukan kita yg pesan kat anak)
Selalu juga dengar kawan bercerita.
Dalam media sosial pun ramai duk share pasal penipuan cara tu.
Jahat betul lah orang zaman sekarang.
Cari duit cara senang.
Makcik yg jual kerepek depan bank tu punya lah gigih cari rezeki
Sedangkan mereka yg penipu ni tak yah keluar peluh, senang2 dpt duit.
Tak adil sungguh.
Tu hset berteriak lagi sekali...
Cuba nasib kali ni, jangan la terkena ...
" Hello....."
Pasang telinga.
" Hello puan hani, dah byk kali saya call...Saya dari klinik *** ni"
Aik, knapa pulak ni...
" Puan, puan tertinggal ic ni, dtg ambik sebelum kul 5 ya, esuk klinik tutup"
Intai dalam wallet betul lah ic saya tak ada dalam tu.
Nasib baik jawap panggilan.
Ya tau, dah tua nyanyok.
Case closed!

Thursday, December 19, 2019

Sang katak ini



Katak yang terpenjara di bawah tempurung.
Jangan ada yang menghukum, menilai sesedap rasa.
Hanya Sang katak itu yang tahu segalanya.
Terpenjara bukan nya hukuman dera.
Penjara mungkin perisai
Menghalang dari bala bahaya dari luar.
Betul lah bila Sang katak bertapa
dalam gelap dan terasing,
Terpisah lah dari keharuman kembang di taman
Terhalang lah pandangan
Pelangi sudah tidak kelihatan
Mentari diselindungi bayang.
Dunia di bawah tempurung adalah dunia yg terhad.

Sekali sekala di bawah tempurung itu semut2 hitam mengucapkan salam
Hanya semut2 hitam datang bercerita tentang meriahnya siang
Dan indahnya malam.
Ternyata Semut2 hitam itu hanya kongsi yg indah2 saja.
Yang pahit ditelan, yang kelat di hadam..
Perit luka dan segala kecewa di luar sana cuba disembunyi.
Kesian semut2 hitam ini..
Semut2 hitam ramping patah tiga makan hati.
Kurus kering.

Biarkan aku di sini saja kata Sang katak.
Terpenjara tapi terlindung dari ceria yg sementara.
Kenapa perlu terdedah pada duka sedangkan di sini
bahagia seadanya..
Kepalsuan yg tebal di luar sana menakutkan Sang katak.
Luka jangan berulang.
Di sini ada realiti yg lebih mendamaikan.
Hati terpelihara dan jiwa tidak tersiksa.
Bawah tempurung ini ada singgahsana dan
aku lah raja,
aku lah yg mencorak suka duka ku,
mengikut cara ku
Tak perlu keluar menyeksa rasa lagi.

Semut2 hitam tidak tau
Sang katak ini jauh lebih bahagia dari katak2 yg bebas di luar sana.
Atau semut2 hitam juga mau cari tempurung untuk dihuni?
Maaf, tempurung ini hanya untuk yg terpilih saja .
Keluarlah kau semut2 hitam dan hadapi lah dunia luas mu.
Aku doakan kau baik baik baik sahaja.
Usah risau kan aku yg kau anggap terpenjara ini.
Aku lah Sang katak yang masih melompat lompat bahagia
Dunia sempit ku bukan penjara tapi ladang redha
Tempat mengubat hati yg pernah dizalimi di luar sana.




Sang katak dan tempurung nya.

Wednesday, December 18, 2019

Berlambak specis ni.

Bukan kenal sangat pun.
Baru sekali dua bersua muka.
Tiba tiba beria benar dia nak datang rumah.
Pelik jugak la kalau dah kita cakap kita keluar,
dia siap tanya kul brapa kita akan balik semula.
Macam penting sangat nih...
Dia datang terus hulur salam dan direct to the point.
Nak pinjam duit.
Dah agak dah....
Bermula kata dengan cerita pasal desakan hidup.
Pasal tak dapat gaji
Pasal suami tak bagi duit belanja.
Entah betul entah tidak.
Saya memang pantang kalau orang nak pinjam duit.
Bukan mereka susah tapi sikap.
Dan tak mustahil bila mintak nak pinjam duit,
Samaada kita bagi atau tidak,
itu lah penamat.
Dia tak akan berhubung lagi selepas itu.
Dia bukan sayangkan perhubungan dgn kita pun.
Dia hanya nak guna kita.
Tak apa lah kalau terputus hubungan dgn org mcm ni.
Tak rugi.
Saya tak bagi dia pinjam sebyk yg dia nak.
Tapi saya hulur juga sedikit wang buat dia belanja.
Tak mengharapkan dia bayar pun.
Dah sah2 dia x kan bayar.
Buat sakit hati kita aje duk nanti dia bayar.
Ambik lah, saya halalkan.
Dan keluarlah dari hidup saya.
Jangan muncul lagi.
Memang saya zalim pun.
Kerana dah acap sangat saya hadapi orang macam ni,
Kerana saya dah serik tertipu dgn janji manis nak bayar hutang cukup bulan,
Maka...
Saya serik.
Thats it, SERIK!
SERIK SANGAT SANGAT.

Tuesday, December 17, 2019

Neneks day out

We the 'neneks' went shopping.
We bought some toys.
Our kind of toys.
We love gadgets.
Those that makes life in the kitchen easier.
Wow! So many new gadgets on the rack.
We were fascinated by almost everything.
"I want to buy that mini chopper!"
Said me.
But I know I got more than enough choppers already.
Just that I still need to buy this new upgrade type.
Well, you can guess what happens next.
I bought one.
My friends bought one too.
We all bought that chopper

Then we moved to another part of the shop.
We picked up that cute thing.
Need to buy this too.
We examined almost everything on display.
We thought that we need everything.
And the worst part was, we ended buying ridicules gadgets.
We called them 'toys for grandmas'.
Kitchen toys.


Come on grandmas....
Lets go home..
After stuffing ourselves with what they called 'oden'
(Which they say is a kind of Korean food)
We managed to squeezed ourselves in the car n drove off.
Today we are the happy neneks going home with new toys.






Monday, December 16, 2019

Bukan saya nih.

Ni bukan foto saya.
Ni foto yg telah di edit.
Saya pun terkejut tengok diri sendiri.
Hampir tak kenal.
Dunia sekarang kuasa edit boleh buat yg mustahil jadi tak mustahil.
Yangkulit hitam jadi cerah
Yang huduh jadi cantik
Yang tua jadi muda.
Edit selagi buleh edit, hentam saja lah labu..
Jangan nanti terlalu edit,
Kalau hilang payah nak cari.
Dah orang tak kenal nak cari macam mana.
Hari2 tgok foto yg di edit saja, yg ori jauh langit dari bumi.
Tu pasal la, nak edit boleh jer cuma edit sikit2 cukup lah.
Nak tergelak pulak lah bila saya perhatikan foto ni sekali lagi.
Hamboiii...muda sakan, perasan muda sekejap lah!
Nak tgok foto asal?
Takper, tak malu pun nak tunjuk realiti siapa HANI ni.
Nak komen apa pun x kisah, dah memang menerima hadirnya tua itu.
Grow old gracefully.
Hahahahahaaa......
Alohla mokcik......!

Sunday, December 15, 2019

Suara sunyi

Alam membisu
Senyap
Yang kedengaran hanya suara sunyi
Tik tok tik tok...
Jarum jam mencucuk telinga
Menggangu minda yang baru nak mengembara
Dalam alunan suara sunyi aku pejam mata
Cuba untuk nikmati
indahnya senyap tanpa suara.
Bersunyi sunyi sendiri
Layan hati.

Tidak perlu teriak bising kumpul suara
bila kata2 tidak ada harga.
Rela diam bisu menelan setiap rasa
sambil bertemankan sunyi.

Suara sunyi itu suara jiwa ku
Nyanyian hati ku
Dendangan sepi ku.
Suara tangis yg tersembunyi.
Suara seorang aku.

Saturday, December 14, 2019

Nenek2 just want to have fun.

Terima kasih daun keladi
Lain kali kita berkumpul lagi.
Seronok sungguh pagi tadi
Kami ni rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah dulu .
Berkumpul di pondok saya untuk makan pagi.
Potluck gitu.
 Bukan apa, lama tak duk semeja.
Dah duk semeja tu byk pulak tajuk2 berita prime time yg keluar.
Membawang? Tak lah
Keeping up with the zainabians jer.

 Alhamdullilah kami masih diberi peluang untuk luang masa bersama.
Time is limited might as well make the best of it.
 Look at us, jgn tak caya, dulu lawa2 belaka nih.
Gaya ratu malaya gitu.
Sekarang ni yg penting sihat.
Tu jer. Tak lawa pun x apa
Akhir kalam saya susun jari sepuluh pohon kemaafan jika ada terkurang tadi.
Jangan serik tau. Datang lagi k.
Luv u all always.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...