Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 21, 2019

Bila hati dijentik rindu

Sekali sekala teringat....
Pada yang pernah rapat
Tapi sekarang dah renggang.
Pada yang dekat di hati
Tapi sekarang dah pergi menjauh
Pada yang selalu bersama
Tapi sekarang tidak lagi bersua muka
Pada yang pernah kongsi bahagia
Tapi sekarang semua tu hanya kenangan sahaja.
Sayang sekali...
Dia sudah melupakan segalanya
Lupakan aku
Sememangnya kenangan itu tidak akan berulang lagi
Masa merubah segalanya
Tapi masa tidak pernah merubah hati ku
Menyayangi bukan bererti memiliki
Sekali sekala....
Tumpah juga rindu buat dia.

Bila hati dijentik rindu, saya hanya mampu doakan yg terbaik buat dia, semoga dia bahagia, semoga dia sihat sentiasa dan semoga Tuhan permudahkan urusan dia.
Kalau lah saya dpt bertemu dgn dia hanya satu saja yg nak saya tanya...
"Pernahkah sedetik dalam hidup mu, kau teringatkan ku?"

Kepada semua kawan, saing sahabat, sedara, worih warah dan semua yg pernah hadir dalam hidup saya dan sekarang ni telah menghilang, saya hanya dengan izin Tuhan kita boleh bertemu mata biar pun sekali sebelum kita menghela nafas terakhir nanti....




1 comment:

Warisan Petani said...

Doakanlah yang baik2 buat mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...