Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 19, 2019

Sang katak ini



Katak yang terpenjara di bawah tempurung.
Jangan ada yang menghukum, menilai sesedap rasa.
Hanya Sang katak itu yang tahu segalanya.
Terpenjara bukan nya hukuman dera.
Penjara mungkin perisai
Menghalang dari bala bahaya dari luar.
Betul lah bila Sang katak bertapa
dalam gelap dan terasing,
Terpisah lah dari keharuman kembang di taman
Terhalang lah pandangan
Pelangi sudah tidak kelihatan
Mentari diselindungi bayang.
Dunia di bawah tempurung adalah dunia yg terhad.

Sekali sekala di bawah tempurung itu semut2 hitam mengucapkan salam
Hanya semut2 hitam datang bercerita tentang meriahnya siang
Dan indahnya malam.
Ternyata Semut2 hitam itu hanya kongsi yg indah2 saja.
Yang pahit ditelan, yang kelat di hadam..
Perit luka dan segala kecewa di luar sana cuba disembunyi.
Kesian semut2 hitam ini..
Semut2 hitam ramping patah tiga makan hati.
Kurus kering.

Biarkan aku di sini saja kata Sang katak.
Terpenjara tapi terlindung dari ceria yg sementara.
Kenapa perlu terdedah pada duka sedangkan di sini
bahagia seadanya..
Kepalsuan yg tebal di luar sana menakutkan Sang katak.
Luka jangan berulang.
Di sini ada realiti yg lebih mendamaikan.
Hati terpelihara dan jiwa tidak tersiksa.
Bawah tempurung ini ada singgahsana dan
aku lah raja,
aku lah yg mencorak suka duka ku,
mengikut cara ku
Tak perlu keluar menyeksa rasa lagi.

Semut2 hitam tidak tau
Sang katak ini jauh lebih bahagia dari katak2 yg bebas di luar sana.
Atau semut2 hitam juga mau cari tempurung untuk dihuni?
Maaf, tempurung ini hanya untuk yg terpilih saja .
Keluarlah kau semut2 hitam dan hadapi lah dunia luas mu.
Aku doakan kau baik baik baik sahaja.
Usah risau kan aku yg kau anggap terpenjara ini.
Aku lah Sang katak yang masih melompat lompat bahagia
Dunia sempit ku bukan penjara tapi ladang redha
Tempat mengubat hati yg pernah dizalimi di luar sana.




Sang katak dan tempurung nya.

2 comments:

Anonymous said...

Love this post. Rasa mcm katak bawah tempurung setepek kena muka. Malas betul nak tinggalkan tempurung walau kadangkala sesak nafas dalamnya. Dunia diluar rasa penuh pura pura,penuh tipu daya. Baik lari jauh jauh .

Umi Nazrah said...

mendalam kata2. penah jugak terpikir pasal katak bawah tempurung ni tapi last2 berenti macam tu ja, haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...