Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 7, 2019

Dunia saya

Anggapan saya saja rupa nya.
Saya ingatkan hidup saya ni perlu semua ni....
Perlu tau perkembangan semasa ekonomi dunia.
Perlu tau pergolakan politik negara..
Kena peka dengan berita2 terkini
Kena tengok perubahan dunia fesyen dan gaya hidup
Hari2 bukak media sosial dan berinteraksi dgn warga dunia
Rapatkan perhubungan antara semua yg mengenali
Berkasih sayang dan bergembira riang ria sentiasa
Be human.
Be one of them!

Rupanya tidak
Rupanya hidup saya ni tak perlu semua tu.
Dunia saya kecik sangat.
Apa yang penting buat saya tak sama dgn kepentingan orang lain.
Sangat tak serupa.
Dunia saya hanya lah....
Seluas bumbung rumah saya saja.
Yang saya perlu ambik tau hanya lah...
Adakah anak saya yg sakit dpt penjagaan yg baik?
Adakah kebajikan dia terjaga?
Cukupkah segala keperluan dia?
Selesa kah dia?
Tenang kan dia?
Dan selain itu saya hanya perlu pastikan
rakyat negeri saya yg lain, yg masih memerlukan saya terurus sepenuhnya.
Sentiasa cuba untuk memberi apa yg termampu
dah sentiasa berdoa semoga Tuhan permudahkan masa depan kami.
Dunia saya hanya mereka.
Yang penting hanya mereka.
Malah diri saya sendiri sudah tidak mendapat tempat di hati saya.
Tidak ada peruntukkan untuk diri sendiri.
Tak apa, cukuplah bila Tuhan berikan saya kesihatan yg baik untuk saya
terus mengurus mereka.

Dunia saya
Susah senang saya
Hanya saya yg pikul dan yg telan.
Dunia luar hanya untuk saya tonton..
Seperti menonton tv..
Tukar channel berkali kali
Tengok kelebihan orang, diri rasa kekurangan.
Tengok kekurangan orang, diri rasa bersyukur dah.
Allah hu...
Allah hu Akhbar.


1 comment:

Warisan Petani said...

Dunia kita berbeza rupa2nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...