Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Wednesday, December 25, 2019
Kawan lama
Sebenarnya akhir2 ni saya terlalu teringatkan sebuah kenangan lama.
Satu episod bahagia dalam kehidupan saya .
Tak tau kenapa, wajah yg pernah saya kenal tu berligar dlm kepala.
Nak sangat2 jumpa dan nak luang masa bersama dia sekejap.
Sekejap pun cukup lah..
Hanya untuk bertanya khabar dan nak tau macam mana dia sekarang.
Kalau boleh nak kongsi yg baik baik saja.
Nak gelak ketawa bersama macam dulu.
Ingat tak dulu,
kita pernah ketawa pecah perut dgn kebodohan kita.
Sama2 mengejar pelangi dan membilang bintang di langit tinggi.
Sebenarnya...
Saya boleh saja hubungi dia kerana saya tau dia di mana.
Tapi harga diri saya membataskan niat.
Payahnya untuk saya hadapi kenyataan yang dia sudah
tidak seperti dulu lagi...
Soalan2 tanpa jawapan sgt banyak dlm fikiran.
Biarlah, tidak apa lah kalau pun kita bukan lagi seperti dulu.
Tak perlu seperti dulu.
Cukup lah jika nafas terakhir kita nanti bebas dendam.
Kita akhiri yg pernah bermula dengan kemaafan.
Kita bukan musuh.
Kita kekal kawan.
Saya sentiasa berdoa semoga ada lah tu masa dan ketika nya
Tuhan temukan saya dgn dia semula..
Saya masih sayang dia dan tak pernah ada benci.
Semoga dia pun serupa.
Saya masih ingat...
Awak tak suka pedas.
Awak rajin dan pekerja yg hebat.
Awak suka kucing jugak.
Awak beli lipstick warna merah menyala sbb awak suka merah.
Awak suka selipar yg bertali halus dan sweet gitu.
Saya tak lupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment