Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 31, 2021

Sesal tak sudah.

 


Pertembungan empat budaya.

Gabungan yang sedap.

Sangat sedap.

Tak caya cubalah

Roti paratha budaya dari India

Baked beans budaya dari bumi cowboys

Debu cili udang(tabur atas telur) dari Thailand

Dan sambal jawa seperti namanya, dari Indon.

Breakfast yang melampau.

Kenyang sampai ke zohor.

Sekali sekala boleh, jangan acap2.

Tambah2 PKP ni, kalau hari2 makan begini mau tak muat pintu nak keluar rumah nanti.

Saya makan ni untuk breakfast tadi.

Lepas makan rasa menyesal la pulak.

Ya menyesal.

Kenapalah saya goreng satu keping saja roti canai tu...

Patutnya dua.

Alahai mokcik Hani.....

(Abaikan mug berisi milo tabur tuh..Tu pun satu wabak jugak tuh. Wabak yg membiakkan lemak! Hai la body....)

Friday, January 29, 2021

Pandangan 5 sen dari mokcik.

 Pkp dah nak ditamatkan.

Elok la macam tu.

Pkp ni berjaya hanya bila rakyat masing2 jaga dan patuh sop.

Ini tidak, saya perhatikan kebanyakan dari kita lebih takutkan kena saman dari takutkan jangkitan.

Macam menipu diri sendiri begitu.

Payah sangat ke nak ikut arahan ni, bukan lama pun..

Dah tu duk gesa kerajaan batalkan pkp, bebaskan rakyat.

Saya pun sokong juga kerajaan tamatkan pkp nih

Biarkan rakyat nak buat apa pun, hentam saja lah labu.

Kalau sakit sendiri tanggung

Jangan nyusahkan kerajaan atau lebih tepat jgn susahkan frontliners.

Bergerak lah sebebas dulu, x payah pakai mask, tak payah risau pasal covid.

Kurang sikit kerja polis tak payah kawal daerah.

Hospital2 elok letak bayaran pada semua yg di sahkan dpt jangkitan.

Bukan rawatan free.

Dah kena bayar tu baru la rasa takut kan.?

Bukan takut penyakit tapi takut nak keluarkan duit.

Benda free semua orang tak pandang.

Keringat frontliners semua ambil ringan.

Pelik betul la mentaliti rakyat negara ku ini.

Kata orang tua2 di kampung saya, perangai macam ni di panggil..

CERDIK TOKLEH TUPE, BODO TOKLEH AJAR.

Hmmmm....fikir fikirkan lah.

Tuesday, January 26, 2021

Rajin, baca. Berjela nih.


 Saya tilik foto ni berkali kali..This is us. Sama tapi tak serupa. Sangat2 tak serupa.

Aliran darah yg sama tapi nasib dan percaturan hidup kami berbeza.Saya lah yg paling berbeza di antara mereka.

Mereka berjaya mendapat pendidikan yg tinggi, masters lagi..Saya pula yang paling malas belajar oleh itu tahap pendidikan saya lah yg paling minima. Pernah dapat peluang sambung belajar tapi saya abaikan kerana malas lah..Tak bagus kan?

Saya paling degil dan paling byk menimbulkan masaalah. Saya dibesarkan dengan sentiasa menang, sentiasa dapat apa saya nak, maka saya menjadi lebih ' annoying' and 'irritating'. Mereka pula lebih berdisiplin, pengawas sekolah, ketua kumpulan dan ada bakat kepimpinan. Tak pernah timbulkan masaalah seperti saya.'Peel huduh' adalah perkataan yg tepat. Mat Salleh cakap 'spoiled rotten'.

Saya paling dianggap sombong kerana saya tak peramah seperti mereka. Saya payah nak mulakan persahabatan. Tak reti nak break the ice..Dah la muka saya ni stail muka masam, payah nak senyum, campur dgn rasa rendah diri bila jumpa orang, berbanding dengan mereka murah senyum, manis wajah dan manis kata. When in crowd I choose to hide behind their shadows.

Mungkin penyebab utama saya lain dari adik beradik saya ialah kerana saya dibesarkan dibawah bumbung yang berbeza.Mungkin kerana itulah karektur dan pembawakan diri saya tak serupa mereka.

Nasib dan perjalanan hidup saya pun jauh berbeza dari mereka. Saya selalu merasakan mereka lebih bernasib baik dari saya, lebih bertuah dari saya.Mereka tenang2 saja hadapi hidup tanpa liku2 yang tajam dan melukakan seperti mana liku2 hidup saya ni. Saya harungi bermacam dugaan hidup, mewah dugaan hidup. Mereka pula sentiasa aman damai, seronok saya lihat mereka ni..Tapi Alhamdullilah, kerana mereka lebih damai maka mereka sentiasa ada untuk saya sandarkan duka..Thats what sisters are for.

Although the way I handle life is much more different, deep inside I am still part of them and they are to me. No regrets. 



Sweet cinnamon rolls.

 




Yessss!
This is the second entry for today.
Two entries today.
Why?
Because yesterday  I was too tired from all sorts of activities and I choose to rest when I have the opportunity rather than updating my entries.
Another reason?
I simply forgot.
Much easier to admit my forgetfulness.
Age matters. Blame it to the age.
By the way there is one more entry to be shared..haha. 
3 entries for my blog today. World record!

Skyline

 Hasil contengan terkini.

Cat yang ada terhad.

Habis tu nak buat camna?

Adun, campur, olah..reka warna dengan teknik try an error.

Dapat hijau dari gabungan primary colours biru dan kuning..mudah jer tu.

Dapat brown dari gabungan blue and orange.

Whatever.

Jadinya kali ini lah hasil contengan nya

Di dinding store aka dapur basah di luar rumah.

Dinding kecil saja.



Sunday, January 24, 2021

Milik ku sepi ini.

 Di sini ada daerah paling sunyi

Paling sepi

Ku melangkah masuk dan

duka lara berebut rebut menyambut ku.

Di sini dingin rasa membekukan ketawa

 Di minda ulang siar cerita lama

Berkali kali, lagi dan lagi

Luka di hati tumpah semula.

Teman bicara hanya lah airmata.

Sedu menjadi teriak.

Teriak bertukar raung.

Diam lah, sabarlah jiwa yg terseksa.

Kita keluar saja dari sini.

Teraba raba dan tercari cari 

Mana pintu utk ku bebaskan diri dari sini?

Tak ku temui dan kunci terlucut dari jari.

Rupanya aku akan terperangkap di sini lebih lama.

Daerah sunyi ini

Daerah sepi ini

Daerah aku.

Dari luar aku mendengar suara 

Bertanya apa khabar ku...

Mau saja aku karang cerita duka yang panjang tapi

Cukup lah aku khabarkan..

Aku baik baik sahaja.

Redha.

Saturday, January 23, 2021

Kesian pulak laa

 Hati berbelah bagi

Sayang sangat, bukan tak sayang.

Tapi kekangan masa dan tenaga buat saya terpaksa pilih plan B.

Plan A - Pelihara macam kucing2 lain sebelum nya.

Plan B - Bagi orang lain pelihara.

Haduh. Berat rasa hati. 

Usia mereka dah 2 bulan lebih, dah pandai makan

Sihat dan aktif, cantik pulak tu.Bolat2, geram.

Ikut hati tak nak lepaskan tapi saya dah tak mampu nak bela lebih kucing.

Tak larat nak urus sendiri, tua2 ni penat nak melayan kerenah kucing.

Bab nak buat main memang la x ada masaalah, anak negeri semua suka kucing.

Cuma bab urus dan jaga tu mereka bukan boleh diharap pun.

Saya rasa baik saya cari orang lain yg boleh jaga mereka dengan lebih baik.

Bukan nak jual,


nak bagi free saja lah.

Ada orang nak tak?



Friday, January 22, 2021

Jumaat dan covid

 Masa makin laju

Baru saja Jumaat, dah Jumaat pulak.

Kes covid makin menjadi jadi

Entah macam mana la kesudahan nya.

Hari ni jiran sekeluarga dah di angkut dgn ambulance ke pusat kurantin.

Mau tak risau.

Allah hu Akhbar.

Hanya Allah tempat kita memohon simpati, belas kasihan..

Lindungi lah kami insan2 pendosa ini.

Aaminn....


Thursday, January 21, 2021

Taman mini ku

 

Di sini segala duka ku bebaskan.

Wangi kuntum penawar hati

Susunan pasu2 mendamaikan

Lelah ku himpun dan ku bawa berayun.

Sekali sekala ku hirup kopi ais sambil mata mengintai kupu kupu.

Di sini, di satu sudut kecil rumah ku ini aku temui senyum yg tertinggal.




Wednesday, January 20, 2021

Kaktus

 

Projek ke 2 PKP tahun 2021.

Tanam semula kaktus yang terpinggir sekian lama.

Susun semula

Bela semula.

Done.

Tadi ada saki baki cat dari projek 1 PKP tu saya guna utk cat rak lama ni.

Tak cukup untuk keseluruhan rak pun tapi much better dari sebelum ni.

Ok puas hati. Nexttttt.......

Tuesday, January 19, 2021

Cat dah habis.

 Dah kena cari hobby lain dah.Dah takleh melukis sebab dah tak cukup warna yg ada.Hari ni mural tepi tangga.Ni pun main campur2 warna apa yg ada saja.

Lukis sikit makan minum nya banyak.Alah, rehat sambil pikir nak lukis apa lagi kat situ.Saya x ada plan asal, lukis main hentam saja lah.
Lukis daun dulu, lepas ni baru fikir nak lukis bunga apa..Daun yg universal, boleh ngam dgn bunga apa pun..lagi pun lukisan saya, suka hati saya lah nak lukis bunga apa pun.
Dah siap daun. Mokcik posing jap. Tudung herot pun tak apa janji hati munga munga..opss! Bunga belum lukis tu..Lukis jap.
Dah siap dah. Kalau nak baiki lagi boleh tapi saya x larat dah..lukis sambil duduk macam tu buat saya rasa sakit2 urat pinggang saya ni. Cukup lah, bukan nak di pamerkan di galeri ke hapa, janji puas.

Esuk nak cari hobby apa pulak? PKP ni bahaya kalau tak ada hobby yg boleh isi masa. Saya kalau x ada kerja nak buat mula la keluar masuk dapur. Masak makan masak makan...menternak body pulak la...Bahaya tul.

Monday, January 18, 2021

Mencari harga diri

 Akhir akhir ni otak tersumbat.

Tu pasal lah saya asyik melukis.

Mencari damai, merawat rasa.

Payah nak saya kongsi apa yg menyumbat otak saya ni.

Saya sendiri pun keliru.

Betul lah kata orang, hidup ini penuh dgn keputusan yang perlu di ambil.

Sama ada rela atau tidak itu tak penting.

Kalau yang membabitkan hati ni payah sangat sangat.

Tak apalah, saya simpan sendiri dulu, amuk perasaan ni saya kurung dulu.

Sementara tu saya harus terus pamerkan senyum.

Tunjukkan yang saya tak apa apa.

Semoga diri ini kuat.

You can do it Hani.


Sunday, January 17, 2021

Matahari dah keluar

 Lama dah saya duk tunggu matahari.

Hari ni tercapai hasrat nak lukis mural di luar rumah.

Matahari cantik memancar.

Boleh la mula melukis.

Ada satu sudut ni, dulu dah lukis mural tapi dah luntur.

Jadi hari ni saya repaint mural tu.

Lukis yg simple2 untuk tutup cacat cela sudut tu.

Sepagi jugak nak siapkan.

At last...taraaaa.....Siap jugak.


Perasan tak akhir2 ni saya duk cerita pasal conteng menconteng saja?

Bukan apa, saya hanya nak sibukkan diri dan cuba alih minda dari duk fikirkan satu hal yg buat saya sangat terkilan. Sangat terhina. Kesal. Marah.

So sorry, please bear with me.

Saturday, January 16, 2021

Tau x reti tapi buat jugak

 Hahaha...

Saya kalu bab potret memang fail.

Memang x pandai nak lukis potret sejak dulu sampai sekarang.

Dah acap cuba tapi tak pernah siapkan sebab sakit hati bila x menjadi.

Kalau org yg comel akan jadi hantu la bila saya potretkan...

Menakutkan.

Tak caya meh nak share..

Ni potret2 yg tak siap2...

Tuan punya badan tak lah seburuk ni tau.

Sian mereka kannn

.tak pasal2 jadi mcm katun pun ada.

Ok, sila gelak berjemaah.

Kesian cucu ku jadi mangsa jari nenek yg gatal nak melukis potret. Sabar jer la cucu.


Ni seorang yang pernah saya kenali dulu.kebetulan terpandang wajah dia di fbook..Tuan nya kemain handsome lagi tapi bila saya potretkan, hai la belalang, nasib kau la belalang...gitu jadi nya. Nasib baik tuan diri tak tau saya rosakkan wajah dia.

Ada lagi beberapa contoh tapi kena cari dulu sbb dah lama sgt saya lukis wajah mereka tu..lain siaran lah.

Friday, January 15, 2021

Ubah wajah

Potongan balak lama ni dah lama duk terpinggir

Nak buang sayang.

Dulu pernah saya jadikan benda ni sebagai hiasan taman. Saya warnakan dan gantung di satu sudut.

Kelmarin kebetulan ada masa luang, saya ambil dan cat semula..Guna saja mana2 warna yang masih bersisa dari aktiviti menconteng saya tempoh hari.

Seperti diberikan nafas baru, cantik semula potongan balak ni.

Esuk nak gantung semula lah. Puas hati dapat selamatkan dia dari masuk tong sampah.


Thursday, January 14, 2021

Bila orang dah tak sudi...

 


Orang kata....

Kalau kita nak, kita ikhtiar beribu cara...

Kalau kita tak nak, kita cipta beribu alasan.

Betul

Tepat

Kelmarin sembang dengan awak.

Bila saya ajukan satu soalan, itu jawapan awak.

Terima kasih saja lah, tak perlu awak susah susah cipta banyak alasan.

Cukup saja lah awak terus terang saja.

Saya faham dan saya terima kenyataan.

Kalau awak mahu, awak akan berikhtiar.

Saya kenal sangat awak yg cukup bersemangat kalau nak kan apa apa.

Dah tak nak, macam tu lah, biasa lah tu...

Bila ingatkan balik saya tersenyum sendiri.

Saya ni dah tua dan sarat dengan pengalaman.

Kerana matang dan tidak mau nampak bodoh saya tidak menolak alasan2 awak.

Sekurang kurangnya tidak di depan awak.

Hanya mampu senyum.

Tapi ikhlas cakap, hati saya dah mula berbisik sesuatu.

Hati bercakap dengan otak yang sentiasa menangkan awak, sentiasa dulukan awak.

Hati berkata....

"Dah la, cukup la......."

Awak pernah dengar ayat ni tak?

- Awak buat saya rasa seperti saya ini hanya satu pilihan jadi kenapa perlu saya anggap awak satu keutamaan?

Fikir fikirkan lah....



Wednesday, January 13, 2021

Cubaan ketiga

 Cubaan ketiga dan yang terakhir bagi musim ni.Percubaan melukis batik.Menggunakan teknik hentam saja lah.Ini yang 70% siap.Rehat utk solat sekejap.

Sambung semula.
Penat lah lukis batik ni
Nak kena outline supaya nampak macam kesan lilin.
Kebas jari2 saya nak siapkan yang ni.

Jadi batik tak?

Boleh kerja part time melukis batik tak?
Apa apa pun happy sangat sangat bila dapat melukis.
Tapi cukup lah..kemas dulu semua peralatan melukis.
Lain tahun kalau panjang umur nak juga melukis lagi.
Cukup lah 3 lukisan buat kali ini..


Tuesday, January 12, 2021

Cubaan kedua tahun 2021.

 Ini akibat nak cepat siap.Lukis cincai cincai sudahnya ada major problem. Scale lari. Kalau pelukis pro tengok sah kena kecam. Tapi jangan la kecam ya, saya ni amator saja.

Dah lama tak melukis, baru sehari dua ni pegang berus semula. Dah masuk usia warga emas baru datang balik semangat nak melukis.
Tak apa lah, no problem. Tak ikut scale ke, silap lighting ke does not matter at all. I don't care. Janji hati puas boleh main dgn warna.
Esuk nak lukis apa pulak...wait n see.PKPB ni dari duk merayau dan kena saman tak pasal2 baik duk rumah dan melukis. Ada siapa2 nak join tak? Yang hebat dan pro melukis gi main jauh jauh. Ni untuk orang seperti saya saja, specis gatal tangan nak melukis walau tau tak pandai mana.
Esuk lukis batik nak? InsyaAllah.

Monday, January 11, 2021

Tak ada masaalah

 Memang pun.

Pkp ke pkpb ke tak jadi masaalah bagi saya.

Ikut jer arahan. Akur.

Untuk kebaikan kita apa salahnya.

Yang salah ialah orang yang tak reti nak patuh sop.

Mereka yang sebarkan virus tu dengan sikap tak bertanggung jawap mereka tu.

Sekarang bila di kuatkuasakan pkp semula mereka gak yang bising.

Itu laa... Bila boleh rentas sempadan negeri, berebut rebut balik kampung.

Berebut rebut beli tiket murah pergi melancong dalam negeri.

Bersesak sesak, berhimpit himpit.. SOP ke laut.

Kan dah padan muka...

Kita ni pkpk ke, pkpb ke, tak ada apa2 pkp ke, memang tak kemana pun.

Duk rumah saja. Kalau keluar pun sekali sekala di persekitaran ni saja.

Tempat orang ramai memang tidak la, memang takut. 

Tu pasal la saya cakap saya tak kisah pkp ke tidak, sama saja.

Rutin hidup yang tak byk beza.

Dunia saya hanya dalam pagar saya. Keluar rumah bila perlu.

Ok lah...malas nak bebel panjang panjang.

Selamat berpkp buat semua anak negeri.

Kita doakan cepat lah hapus wabak ni dari muka bumi ni.

Semoga segala urusan dipermudahkan.


Saturday, January 9, 2021

Perlu jawapan segera.

 Saya tak pernah terlibat secara langsung dengan banjir maka saya tak dapat bayangkan suasana sebenar jika rumah ditenggelami air. Tambah2 kalau berhari hari air tak surut2. Persoalan2 ini sering kali terlintas dalam kepala.

1. Bila kawasan rumah dah dinaiki air, kemana perginya segala haiwan yg tidak dipelihara seperti ular, lipan, anjing liar dan sebagainya..Tak masuk tumpang berteduh dalam rumah ke? Tu belum lagi yg kecik2 seperti pacat, lintah, ulat dan lain2 nya..Tak takut ke?

2. Kalau air dah masuk rumah dan penghuni pilih utk tidak berpindah, macam mana nak guna toilet? Masih boleh flush ke sedangkan air dalam perigi kumbahan mesti dah penuh.

3. Air yang bertakung tu tak kotor dan berbau ke? Air tu mesti lah segala jenis air bercampur aduk. 

4. Peralatan letrik boleh guna ke tidak? Air adalah pembawa arus letrik, takut la pulak. Suis2 yg ditenggelami air tu tak bahaya ke? Letrik ada ke tidak?

5. Bila persekitaran dah dipenuhi air, kalau berlaku kematian, macam mana cara nak kebumikan..? Tanah kubur penuh air kan.

6. Soalan yg paling bodoh. Kenapa tak pindah? Dah tiap2 tahun rumah ditenggelami banjir kenapa tak pindah duk kawasan lebih tinggi? Atau pun kenapa tak bina rumah yg lebih tinggi dari paras air?

Maaf, soalan bodoh saya ni tak pernah ada sesiapa yg jawap..Sampai ke tua saya duk konfius sorang2...Sebenarnya nak tanya orang yg terlibat dgn banjir, tak berani la pulak, takut awal2 dia dah cop saya bodoh. Memang bodoh pun sbb tak pernah mengalami nya sendiri. Tak pasal2 duk tolong fikir. 

Dah, dah...tak payah duk risau sangat. Mereka yg mengalami situasi tu lebih arif, pengalaman mengajar mereka cari jalan keluar dari masalah. No problem pun bagi mereka. Mungkin juga banjir di tunggu tunggu macam pesta. Penat tapi seronok asal jangan sampai melibatkan kerugian harta benda atau lebih teruk kehilangan nyawa orang2 yg tersayang.

Saya doakan semua yang terlibat dengan banjir supaya sentiasa diberi kesabaran. Tabah hadapi dugaan ini. Jangan main air tau. Nanti kena saman.

Akhir kalam, maaf sekali lagi kalau2 soalan saya tu mengguris perasaan mereka yg terlibat. Kalau dapat jawapan, sumpah tak tanya lagi tau. Ampunnnnnn!


Friday, January 8, 2021

Bicara dengan diri.

 Tak nak cerita pasal banjir

Tak nak cerita pasal covid

Tak nak cerita pasal kemelut politik

Tak perlu ulas semua tu sebab bersepah ulasan di media sosial, 

Rajin - baca, 

Malas - jangan baca.

Senak otak saja duk baca benda sama ulang ulang.

Kita hanya pemerhati ni boleh cakap apa saja sebab cakap itu mudah, melaksanakan itu payah.

Dari duk komen, ulas dan tunjuk pandai baik kita buat kerja kita yang tak siap siap. 

Apa yang tak siap lagi mokcik wei....?

Banyak. Ni nak senaraikan.

1. Temujanji dgn klinik asyik kiv saja..tertangguh tangguh sebab rasa diri sihat walau pun hakikatnya x berapa nak sihat.

2. Nak kemas stor asyik tak jadi jadi. Hujan hujan ni entah dah menetas berapa specis makluk Allah dah dalam stor tu..Stor di luar rumah ni nak masuk pun menakutkan. Segala mak nenek ada dalam tu

3. Nak tebas pokok markisa yang dah merayap di luar kawalan tu. Tak tau nak mula bila. Salahkan hujan walau sebenarnya kuman malas duk menyerang hati. Buah lebat, sayang pulak tapi menyakitkan mata tgok pokok tu bertakhta di sekeliling pagar rumah.

4. Nak jadi lebih baik. 'Jurus' gitu. Dah lama niat tapi tak jadi jadi..Tua2 ni kena pandai bawa diri jangan sampai orang menyampah. Payah ni..entah mampu ke tidak...

Yes. Itu baru 4 yg sempat di senaraikan. Sebenarnya byk lagi. Duk bilang dalam kepala saja, buat nya tidak.

Mana tak nya, ada masa free ngadap hset, tab, laptop...wassup,facebook, ig dan berblog. Tak pun layan neflix.Ni penyakit jugak ni...Tapi benda2 ni sajalah sumber berita terkini..

Seperti burung dalam sangkar emas, badan terkurung tapi mata bebas.

REDHA. PASRAH. 


Thursday, January 7, 2021

Air naik lagi

 Banjir gelombang ke 3 kalau tak silap saya.

Lebih teruk dari yg dah lepas.

Bertabahlah kepada mereka yang terjejas

Sabar.

Sabar banyak banyak.

Kerosakan harta benda memang tak leh dielakkan.

Tapi syukur sangat kalau tak ada jiwa yg terkorban.

Cepat2 lah pindah kalau perlu

Ikut arahan pihak berwajib

Kami yang melihat ni tau yang bahu kamu lebih berat memikul.

Kita sama2 doakan yang terbaik.

Di luar hujan dah berhenti.

Petanda baik tuh, insyaAllah.

Semoga esuk lebih baik dari hari ni.

Aaminn.....

Tuesday, January 5, 2021

Rindu kamu yang dahulu.

 Hari silih berganti.

Seminggu jadi sebulan

Sekejap jer cukup setahun.

Segalanya berubah mengikut masa.

Tempat, suasana,hati orang, wajah orang...

Semua dah tak sama selepas sekian waktu.

Terima saja lah perubahan itu dengan hati terbuka.

Patah tumbuh hilang berganti.

Ada yg tak tumbuh2

Ada yang berganti tapi tak serupa.

Semua tu episod kehidupan yang semua orang lalui.

Saya tak terkecuali.

Sekarang ni tengah benggang duk fikir...

Kenapa yer,

ada orang yang kita pernah rapat, yang kita rasa kita kenal hati budi nya,

tiba2 sekarang dia macam jadi orang lain?

Faktor masa dan hati lah tu.

Takper, bukan saya tak redha dengan perubahan itu.

Faham sangat.

Maka pergilah ke arah bahagia mu.

Biarkan aku di sini dengan cara ku.

Terima kasih atas segala nya.


Sunday, January 3, 2021

Janji happy kann.

Ni kes duk sorang2 kat rumah lah ni.
(Rakyat jelata dah gi kerja semua nya)
Tak ada kerja duk kutip foto2 lama, kumpul dan simpan di sini.
Ulangtayang saja ni.
Ada yang sempat nak posing, sempat senyum.
Ada yg senyum tapi nampak masam.
Pulak dohhh....
Tak kisah lah kan, tua2 ni asal kita happy cara kita cukup lah.



















"Kuk mung lar..."
Kata ore kelate.
Janji kita tak kacau orang.
Blog kita suka hati kita.
Last but not least, nak share foto yang saya paling suka paling sayang dan paling mahal bagi saya.
Ni wajah seorang kanak2 yang tidak pernah tau bagaimana rasanya hati terluka..
Ok, nak komen apa?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...