Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 5, 2021

Rindu kamu yang dahulu.

 Hari silih berganti.

Seminggu jadi sebulan

Sekejap jer cukup setahun.

Segalanya berubah mengikut masa.

Tempat, suasana,hati orang, wajah orang...

Semua dah tak sama selepas sekian waktu.

Terima saja lah perubahan itu dengan hati terbuka.

Patah tumbuh hilang berganti.

Ada yg tak tumbuh2

Ada yang berganti tapi tak serupa.

Semua tu episod kehidupan yang semua orang lalui.

Saya tak terkecuali.

Sekarang ni tengah benggang duk fikir...

Kenapa yer,

ada orang yang kita pernah rapat, yang kita rasa kita kenal hati budi nya,

tiba2 sekarang dia macam jadi orang lain?

Faktor masa dan hati lah tu.

Takper, bukan saya tak redha dengan perubahan itu.

Faham sangat.

Maka pergilah ke arah bahagia mu.

Biarkan aku di sini dengan cara ku.

Terima kasih atas segala nya.


1 comment:

Kakmim said...

betullah kak... kekadang mmg ada sesuatu yg menjarakkan kita dgn org yg kita pernah rapat... malas jugak nk fikir asalkan mereka bahagia dgn cara mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...