Tengok jam kul 3.00pagi. Layan otak jap.
Hidup ni penuh dengan pelbagai pilihan yang perlukan keputusan dari hati. Ada kala nya pilihan kita tidak menepati. Sekali sekala kita berhadapan dengan kehilangan, kegagalan dan kecewa.Life is like that. REDHA.
Kita hanya perlu think positive. Untuk alihkan perhatian saya dari duk tangisi kehilangan, fikir benda yang dah lepas baik saya halakan hati ke arah sesuatu yang boleh merawat hati saya..Kalau tak sembuh sepenuhnya pun tak apa, masa akan sembuhkan. Harap2 begitu lah.
Musim wabak begini nak keluar janji temu dengan kawan2 atau sedara2 memang out of question lah..Duk rumah. Stay safe. Paling tidak sambung semula projek2 yang terbengkalai. Banyak yang boleh di buat sebenarnya, nak buat atau tak nak buat saja..Kalau projek yang memerlukan kos besar, saya KIV dulu. Contohnya projek saya nak memperbaharui murals di dinding sebelah belakang tu..Cat mahal wei, biar dulu lah..
Projek pertama saya melibatkan tenaga. Membaikpulih taman saya. Baru 30% siap. Slow2 buat sebab tenaga dah tak berapa nak selari dengan kehendak.. Ada yang nak bantu tak? Tak yah lah, saya ni suka alih pasu bunga sorang2, susun atur sorang2..nanti cari ubat sakit urat sorang2 jugak
Projek kedua lebih ke arah kesejahteraan mental dan tumpuan. Saya nak menulis. Dah berkurun niat nak menulis dan nak kumpul semula puisi2 lama dan bukukan untuk dijadikan pusaka buat anak negeri saya. Saya nak sangat menulis walau saya bukan orang sastera, belajar dulu pun aliran sains, tak ada asas penulisan langsung. Habis tu kenapa pulak nak menulis? Entah. Hai la belalang, cari pasal sungguh ko ya...
Projek seterusnya ialah nak belajar berdikari. Ni paling payah. Taknak bergantung pada simpati orang. Taknak nyusahkan orang. Nak cuba jalani kehidupan sendirian dengan tenang tanpa perlu bergantung sangat pada orang lain..Lagipun nak bergantung pada siapa? Tau tak per.
Hujan2 begini macam macam terlintas dalam hati. Tambah2 bila mata terkebil kebil sewaktu orang lain nyenyak di ulit mimpi..Layan saja lah permainan emosi ni..Bukan kena beli tiket pun untuk mengelamun, free of charge..Dingin malam sekali sekala membuatkan otak tayang cerita dari album kenangan....Sedih la pulak. Dah. Stop it. Astaqfirullahilazim... Jom, Tahajjud.
No comments:
Post a Comment