Saya bukan virus pun
Tak payah nak mengelak..
Tak payah nak mengelak..
Saya bukan nak tambat awak pun
Tak payah nak lari
Saya tak berniat nak kejar awak pun
Tak payah nak sembunyi sembunyi
Saya tak berminat nak cari pun..
Jangan perasan sangat lar, pleaseee...
Saya datang pun sebab dijemput.
Saya andaikan kedatangan saya dialu2kan.
Rupanya tidak, saya silap faham.
Saya ingat kita sedang baca buku yang sama
Rupanya kita di helaian dan bab yang berbeza
Dulu waktu perlukan saya, saya sentiasa ada.
Sekarang awak dah berpaut di dahan kukuh,
Saya tak berguna apa lagi dah.
Tu pasal la kan?
Elok la awak dah bahagia begitu,
doa saya makbul rupanya.
Tapi tak perlu tolak saya, hina saya pula.
Saya tau cara untuk berundur
Dengan rela saya boleh saja pergi.
Berterus terang saja lah.
Nak pesan sikit,
Awak berhentilah berpura pura
Jangan amalkan mengambil sesempatan.
Tak elok begitu, tak berkat.
Saya tahu apa yang awak anggap saya tak tahu.
Saya nak tengok kesudahan nya.
Asal jangan libatkan saya dah.
Biarkan saya duduk di kerusi penonton.
Bertepuk tangan bila drama selesai.
Bangun dan pulang tanpa kesan apa apa.
Boleh kan begitu?
Ok sekali lagi nak pesan..
Jangan perasan sangat boleh tak?
No comments:
Post a Comment