Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 24, 2013

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar...

Esuk 25hb Dec...
Esuk genap lah 28 tahun usia dia.
Tarikh yg menyaksikan saya menjadi ibu kepada seorang anak perempuan.
27 tahun tarikh itu membahagiakan.
Tapi tahun ni tarikh ini mengundang air mata.
Ja mummy sudah tidak mau ingat,
bagaimana kita pernah bahagia
menyambut ulang tahun kelahiran mu.
Bagaimana seronoknya kamu menerima hadiah
mengumpul kasih sayang..
Hari itu biasanya mummy
masak makanan kegemaran kamu.
Pulut kuning dan daging masak merah
Asam pedas lidah
Paprik ayam
Sambal mangga
atau
Tomyam pedas dan terlebih masam.
acar ikan tenggiri
Cheese cake dan triffle..
pengat pisang dan sagu
Terbayang kamu makan sambil riba pinggan di depan TV.
Makan tak pandang belakang, suap dan suap lagi.
Kalau kamu kerja, mummy hantarkan ke wad.
Boleh makan ramai2..
balik nanti kita makan lagi sama2..
kamu ketawa Ja, tawa yg tidak lagi kedengaran sekarang.
Senyum itu juga sudah lama hilang.
panggilan 'mummy' dari mulut mu tetap mummy nanti...
Tapi esuk 25/12,
Mummy nak tido saja.
Nak tutup mata dan telinga
Nak kunci kenangan dan simpan segala ingatan.
Mummy tak mampu untuk pandang kamu pun,
terlalu tidak mampu bila kamu hanya terbaring di situ,
sedangkan di hari ulang tahun kelahiran mu ini
kamu perlu bersedia untuk merayakan nya bersama kami
.
Amat berat dan sarat rasanya hati..
Melihat kau begini..
Hari apa, jam berapa dan bulan keberapa tidak kamu ketahui.
Segalanya kamu sudah tidak dapat rasa..
Allah hu akhbar, biarlah kamu tidak tau apa apa
Biar lah kamu tidak tau sewaktu aku memandang wajah mu,
tajam nya sedu sedan yg menghiris keronggong ku,
Biarlah kamu diam saja di perbaringan itu dlm tenang..
Diam lah anak...Diamlah...
Ja di ulang tahun kelahiran mu nanti,
Mummy hadiahkan  bacaan yasin 7 mubin.
Mummy panjatkan doa semoga Tuhan tidak lupakan mu.
meringankan beban sakit mu dan memudahkan segalanya buat mu.
Semua yg menyayangi mu tidak pernah melupakan mu.
Ja anakanda yg sentiasa mummy sayang,
Tak apa lah walau payah untuk jinakkan rindu kami ini
tapi dengan lidah yg kelu dan bibir yg ada getar tangis,
kami cuba untuk ucapkan jua di telinga mu..
"Ja, Selamat hari jadi yg ke 28...."
Hari ini, sehari sebelum esuk,
sehari awal mummy sudah berikan ucapan kerana
esuk,
Mummy tidak segagah hari ni.
Esuk mummy takut mummy tak mampu mencuim dahi mu
dan berpura pura mummy tidak apa apa...
Allah hu Akhbar....!




10 comments:

Nurul said...

Mummy, Allah Maha kuasa..DIA Maha mendengar..kite doakan yg terbaik ye..mane la tau esok sempena birthday ja DIA bg ja bgun kn..Semoga kebahagiaan jd milik mummy selamanya..in shaa ALLAH..amin ya rabbal 'alamin

Anonymous said...

Syahdunya n3 ini...

Nizam.Ariff said...

Kita pun nak sama sama ucapkan, cikgu.

Selamat Hari Lahir, Ja..

Kyla Pearlisha said...

hmmm tersentuh betol ;(

Anonymous said...

Selamat hari lahir KakJa. Kuatkan semangat Ja dan mummy. Semoga terus diberi kekuatan. Doa yang lain juga tidak putus untuk Ja bangkit dan pulih. Kuat ya Ja. Kuat juga ya mummy..Selamat hari lahir puteri kesayangan semua :)

Jun Cupcakekasih said...

Selamat harijadi Ja

Anonymous said...

Sedihnyer membaca entri mummy...menitik2 air mata saya..sedang sy sebak begini,betapa lg mummy dan keluarga yg melaluinya...ja xapa2 mummy,in sya allah..jannah tmpat utk ja spt apa yg mummy coretkn dlm entry sblm ni..sebak sgt2 sy hr ni mummy...tulisan mummy menyedarkn sy betapa hebatnya ksh syg seorg ibu...
Buat shbt lama ja...happy birthday ja..Dia sgt menyayangi ja dan bertuahlah ja dikelilingi insan2 hebat spt mummy n kue...sy doakn yg terbaik shja utk ja..tidak sehari pun sy trlps dr mengikuti prkmbgn ja melalui blog mummy ini...dan setiap kali itu jugakla doa ku kirim utk mu sahabat...

Anonymous said...

Hepi bday ja..bgnla ja utk org2 yg myayangi ja..nyayangi ja tanpa syarat..bgnla ja

makcu B said...

Allah Hu Akhbar, seperti ditusuk sembilu.... faham dan faham sangat gelodak jiwa apabila dihimpit kenangan. Selamat Hari lahir Ja.

Anonymous said...

Allahu Akbar!
Rabbi yassir wala tuassir. been ur daughter's silent blog reader (pja merah jamboo). auntie, saya tak lupa doakan jah and family agar senantiasa diberikan kekuatan dan jah sihat seperti sedia kala setiap kali usai solat.
auntie, jah, imaad & iyaad serta family yang lain insan terpilih dan semestinya Allah pilih orang yang kuat untuk harungi semua ni.
Allahuakbar...
Tuhan tidak pernah menzalimi hamba Nya dengan apa yang kita tak mampu.

p/s : imaad dan iyaad, bila besar nanti ketahuilah mummy mu insan yang kuat. jadi anak yang soleh ya :)

-hannan ghazalli-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...