Perkahwinan.
kenduri kendara
riuh suka hilai tamu
Saudara jauh dekat pulang kongsi bahagia
Pah, maaflah,
hari ni kamu menerima menantu.
Hari yg amat penting buat kamu.
sepatutnya aku dari kelmarin,
menghulurkan tenaga.
berkongsi kemeriahan,
Pah, kamu byk membantu ku dulu
Pantun pembuka bicara itu,
Nasihat2 dan pandangan iklas
meringankan minda dan bahu ku.
Pah maaflah,
Hari ini aku tidak dapat hadir,
bukan kerana kekangan masa,
atau kerana kaki ku di rantai
tapi sebenarnya
aku tidak mau di hujani 1001 soalan dan pertanyaan.
Penat nya untuk menjawap,
lelah aku menepis tomahan
Pandangan mata mereka mungkin menjadikan aku gelisah
dan aku tidak mau begitu, merosakkan majlis mu..
Nanti aku kekenyangan bukan dari pulut kuning yg kau hidang,
tapi dari lemak bisikan tamu lain yg mengenali ku dan
masin nya ulasan selari yg mereka hulurkan.
aku kuathir tangisan ku di situ akan mematikan bayu ceria.
Jadi nya Pah, aku terpaksa membayangkan bahagia mu melalui cerita teman2.
tersangat terkilan tapi apa daya ku Pah,
aku tidak kuat lagi sekarang.
Aku dihantui bayang2 semalam.
Maaf lah Pah,
Aku harap kau faham
Kirim kirimkan lah foto riang ria di hari bahgia itu.
Selamat Pengantin Baru Afiq..
Selamat menerima menantu Pan dan Din
Semoga bahagia hingga hujung nyawa..
1 comment:
Baru hari ini terjumpa , lalu dibaca dgn penuh tekun. Terima kasih kerana menjadikan setiap yang Pah sumbangkan untuk kak Nie bernyawa walaupun ia cuma sebesar hama.
Budi kak Nie jugak banyak buat kami. Apakan daya di hari bersejarah itu langkah kak Nie agak longlai dan kami amat mengerti. Malah faham benar.....
Pah pun bukan sihat sangat namun bahagia mendapat menantu perempuan dan In Sya Allah, kita kongsi gambar nanti. Terima kasih Kak Hani.
Post a Comment