Kadang kala
nak bergantung di tali harap,
biar sehalus rambut,
nak bergantung jugak.
Harap2 doa yg berterbangan ada yg
di sambut dan di makbulkan.
Mana tau rezeki masih ada,
buat Ja dan saya.
Masih menadah rahmat
mungkin tidak semua tiris di celah jari.
Kadang kala
sudah puas berharap.
Tidak mau bermimpi lagi.
Menerima saja seadanya.
Kita tamatkan usaha.
Kita noktahkan rayuan2,
mengadap Mu Tuhan hanya untuk meminta
dipermudahkan perjalanan dia.
Tidak apa lah, saya tak apa pun,
payah ini milik saya
Redha.
Kadang kadang saya menarik nafas panjang,
rentetan sejarah hidup dan masa depan
berbingkaikan tangisan.
Cukup cukup lah bahagian ini
Saya dah tak berdaya lagi
Kadang kadang
Saya terasa diri bagai di lupakan.
Kadang kadang bila dapat sokongan dari yg mengerti
saya merasa lebih aman dan tenang
Ruang untuk bahagia masih ada biarpun sempit.
Merekalah yg mengembaslikn senyuman
dan memimpin saya untuk melangkah
ke hadapan.
betul lah kata orang,
Hati sendiri lah yang paling payah untuk di jinakkan.
4 comments:
Makin dalam massud kata-kata mu ..payah utk ku komen..take care
che mid,
saya sendiri pun tak faham..Tq kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak.
jangan putus harap dari rahmat Allah
A bit of a hope may save a life. But it can be cruel.
Sometimes giving up the hope is the only way you make peace with yourself. Take care mummy :)
Post a Comment