Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 31, 2013

N3 demi N3 sepanjang 2013

Saya nak imbas balik isi kandungan blog saya.
Sepanjang tahun ni atau lebih tepat selepas separuh tahun,
N3 blog berkisar pasal Anakanda Ja.
Lebih tepat berkisar pasal emosi saya dan reality kehidupan saya.
Ramai yg tak pernah singgah di sini mula singgah hanya kerana Ja.
Kawan2 Ja, orang2 yg pernah bekerja dgn Ja dan yg mengenali Ja termasuk pesakit Ja.
Kawan2 lama dan baru, kawan cyber dan sedara saya rajin juga singgah,
Yang bencikan saya pun singgah..Ada ke yg bencikan saya?
Jangan begitu..Jangan benci saya tanpa sebab.
Saya ni baik lah awakkk...
Kalau benci bersebab tak apa, go ahead..
Blog saya muram saja tahun ni
Tak seceria selalu..Maaflah.
Ramai yg komplen kerana di sini air mata mereka tumpah.
Yer ke, terima kasih kerana banjir bersama.
Tahun depan saya harap segalanya akan lebih baik,
maka blog pun akan kembali seperti tahun dulu dulu.
Kita kongsi ketawa pula....
Kalau panjang usia saya dan sihat tubuh badan saya,
saya akan terus berblog, bukan kerana nama.
Tapi kerana satu satu nya tempat saya mengabadikan kenangan adalah di sini.
Annak cucu nak tau pengalaman hidup saya nanti bukalah blog saya.
Blog saya mewakili diri saya.
Kalau awak kenal blog saya, awak kenal saya.
Terima kasih, suka sangat bila dapat ramai kenalan.
Insyaa Allah, tahun depan@esuk kita berjumpa di blog lagi....



2 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Assalamualaikum..Salam Ja dan Selamat Tahun Baru 2014.

Moga ALLAH senantiasa meletakkan Ja di pangkuanNYA..aminn.

Anonymous said...

Sejak kak ja sakit,hari-hari sy jenguk blog mummy ni tau.mcm da jd kemestian.sy pun tak tau kenapa.huhu..tp suka jenguk kesini mendengar celoteh mummy.semoga tahun baru 2014 membuka tirai kebahagiaan buat mummy sekeluarga.Aminnnn..mira (junior naimian kak ja) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...