Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 12, 2013

Pewaris bidadari itu....

Anak siapa lah ni..
Mudah ketawa.
Membesar dlm dakapan nenda.
Tumpuan kasih sayang.
Belaian hati setiap yg memandang.
Anak siapa lh ini,
Putih bersih dan bundar matanya,
Jejari mulus geram setiap mata yang memandang.
Membesarlah tanpa apa pun kurang,
Kamu anak bertuah,
Mewah perhatian dan sokongan.
Ja,
Tenanglah di perbaringan,
Cahayamata kedua kamu,
Tak apa apa..
Kami sayangi dia,
Kami puja..
InsyaaAllah Tuhan berkati dia,
Murahkn rezeki dia,
Lindungi dia dari mara bahaya.
Iyaad,
Berbanggalah...
Ibu kamu seorang wanita
Yang kental semangat juang nya.
Ibu kamu..
Menyayangi kamu berdua sehingga
hujung nyawa..
Saya,
Berlapang ada lah,
Perancangan Tuhan ada hikmahnya,
Jadilah kuat,
Hanya untuk lmaad dan lyaad.

12 comments:

Linda said...

comelnye!!! sebijik mcm pija.. ;)

Marina Monroe @Nanie said...

Assalam Hani,

Sayu akak nengok gambar Iyaad.

t.a.t.a said...

teacher, itu Iffah kan?

kalau betul itu Iffah, tak pe la kalau dia tak mahir di dapur, tapi dia mahir dengan budak kecil. hehehe

Anonymous said...

Comei sgt..makin embamlah dia kak..sbiji cam daddy dia...mna imaad?rindu nk tgk wajah tbaru dia..msti sbiji muka mummy dia..dan ado meh muko mokwo dio..hehe..sori kak gurau jh boh nmo pggiln ni

Granny Hani said...

Linda,
yer, semua yg melihat Iyaad kata begitu..serupa mummy dia.

Granny Hani said...

Kak nanie, Kalau akak rasa sayu, saya ni laaaaagi lah runtuh hati bila tgok cucu berdua ni..

Granny Hani said...

t.a.t.a.,
yer iffah lah tu..Iffah boleh la main dgn budak an kadang2 tu dia lebih budak dari budak.

Granny Hani said...

Anom,
nyo nurun tok nenek dia lah, ke mana tumpah nya kuah kannn...

Qaseh Beauty said...

cutenya dia..rasa mcm nk gigit2x je lengan dia tu..tembam sungguh :P...Iyaad syg...awak sgt cute ..Iyaad ni dah pandai ape skrg?

che mid said...

Sihat dan ceria berkat perlindungan dan kasih sayang granny nya..

Anonymous said...

Sayu hati sy....air mata gugur jua...pija.....bidadari bertuah...-siti,kwn pja

Anonymous said...

Allahuakbar...
susuk tubuh, tangan, warna kulit, iras anak saya. ja, bangun. ada lebih indah menantimu, iyaad

-hannan ghazalli-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...