Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 11, 2019

Sepatutnya beli dua.

Beli specs harga rm10.
Ya, rm10.
Saja saja beli.
Tua tua ni pakai specs rm10 ke, specs branded ratus2 ke, sama jer.
Tak penting mana dah tentang harga
Tak merubah apa apa
Anak saya komen
Tak malu ke pakai specs beli tepi jalan?
Malu apa nya...
Macam mummy ni kalau pakai specs branded asli pun,
Orang anggap pakai yg fake, yg rm10.
Baik terus pakai yg fake.
Lagipun pakai specs apa pun,
Kalau muka 10sen, tetap 10 sen.
Kalau hidung senget tetap senget.
Kalau pipi melayut tetap melayut.
No difference at all.
Kan?
Ok, bagi saya cantik jugak specs ni...
Kejap pakai, kejap tgok cermin..
Cantik tak specs? Sesuai tak dgn muka?
Hentam saja laaaar
Jom, kita gi jalan jalan dgn specs rm10.
Opsss....apasal longgar dah sebelah kiri ni..
Tercabut screw?
Takper, rosak pun tak kisah.
Pakai sekali cukup.
Padan dgn harga, tak rugi apa apa pun.
Menang membeli alah memakai.
Biasa lah.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Orang cantik, pakai apa pun tetap cantik... :)

Masa saya menunaikan umrah dulu, saya ke sana ke sini dengan cermin mata hitam yang saya beli di Mydin dengan harga RM7.90 sahaja... hahaha

mokja said...

Setuju .Saya naik pentas pakai baju kain beli bazar. Bila pakai pi kerja, ada org tegur kata depa nampak kain tu tergantung dlm bazar.Whats wrong with bazar? Selamat saya pakai naik pentas terima anugerah melintang...hihi.

muhaini said...

Betul Betul Betul. Laa ni dah xkisah sgt jenama. Pakai apa yg sendiri fikir cantik, selesa dan berkenaan dihati.

Warisan Petani said...

Wak pun selalu beli pakaian bundle aje.
Kita orang biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...