Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 4, 2019

Lalang lebih mengerti.

Di sini seperti pagi2 Jumaat lain nya.
Di sini membawa doa buat dia.
Semoga tenang damai di sana.
Ku heret bersama selautan duka
Ombak resah yg membalut hati ku persembahkan.
Duhai yg terpisah dunia,
Duhai yang tidak mampu membantu,
Duhai yang telah meninggalkan ku..
Aku tersimpuh di sisi mu kerana aku hanya ada kamu.
Biarpun kamu bisu, bungkam dan tidak lagi berpaling kearah ku,
Aku rintihkan jua seribu rasa 
Dengar lah..
Lihat lah...
Sungguh tidak adil kehidupan ini
Sungguh aku yg seringkali dizalimi
Sungguh aku lelah dan tak mampu lagi
Aku juga mau lucutkan setiap duka seperti kamu
Aku juga mau lurutkan setiap sakit dunia seperti kamu
Aku mau pulang seperti kamu.
Tak sanggup lagi rasanya cuba berenang untuk tidak tenggelam.
Kapal yang kamu tinggalkan ini tidak mampu lagi aku selamatkan.
Makin tenggelam.
Kata mu dulu, aku kuat dan aku mampu.
Aku tidak apa apa tanpa mu.
Sampai hati mu!
Pagi ini lihat lah aku.
Lalang panjang di keliling pusara mu melindungi tangisan ku.
Kemuncup menggigit betis tapi sakit nya hanya sedikit.
Tak sesakit menahan isak sedu dari terlepas bebas.
Matahari menyapa pipi dan air mata tersejat.
Sudah lama di sini, aku perlu beredar.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal ?
Kamu yg meninggalkan ku, bukan aku yg meninggalkan mu.
Tak pernah tinggalkan mu.
Tidak akan meninggalkan mu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...