Dia ni..
Masa dia kecik dulu,
mak saya, nenek dia selalu cakap..
"Iffah ni loyar buruk laa.."
Sebab nya dia kalau bab bukak cerita,
kalah hikayat 1001 malam.
Kalau bawak dia kemana mana pun,
ada saja benda dia nak ulas.
Adik beradik saya, mak2 sedara dia memang suka sakat dia.
Dia akan jawap segala soalan tanpa selindung.
Kalau rahsia jangan cerita kat dia
Kalau cerita, sekejap jer senegeri tahu.
Loyar Buruk!
Gelaran dia..hehehehe..!
Wartawan kampung gelaran kedua.
Tapi
Jangan tak tau.
Dia berjiwa kental walau hati tisu.
Dia
Walau dia anak perempuan, dia cekap urus apa saja
Saya banyak bergantung pada dia.Bila dia ada saya rasa lebih kuat.
Moral support dari dia memang terbaik.
Siang malam saya doakan semoga dia dapat kerja dekat dgn rumah.
Balik sini dan temani saya.
Tapi oleh kerana negeri saya ni seorang magistret perempuan tak dibenarkan jatuhkan hukum,( ikut undang2 islam),
maka kecik lah peluang dia untuk memohon kerja di mahkamah dalam negeri ni.
Tak apa lah Iffah, mummy doakan yg terbaik saja buat Iffah.
Iffah, kalau kerja pandai2 lah bawak diri.
Iffah bukan kanak2 yg loyar buruk lagi.
Bila bergelar Pn. Laywer kena lebih bijak.
Masin mulut nenek ya, akhir nya bidang perundangan juga milik kamu.
Mak, loyar buruk mak ni dah besar panjang.
Terima kasih mak, gelaran yg mak bagi tu adalah doa mak rupanya.
Terbaik la mak!
Pn Loyar Buruk!
No comments:
Post a Comment