Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 5, 2019

IG siapa?

Sikitttt lagi..
Rasa nak join sekali kalau ikut hati.
Sabar...mokcik,sabar!
Kalau hujung jari saya tak dpt saya tambat,
Akan menangis la awak baca komen saya nanti..
Astaqfirullah hilazimmm....
Sabar, urut dada tu mokcik!

Terbaca di ig seorang makluk Allah ni.
Bukan terbaca tapi memang duk baca sokmo2.
Posting dia memang mencabar Tuhan.
Tanpa sedikit rasa bersalah
Bukan dia sorang, ramai yg sewaktu dengan nya pun.
Geram lah, menggelegak batu jemala patik.
Komen2 yg dia dpt berbahagi dua.
Ada yg cuba put some sense in that stupid head,
Ada juga yg sokong bawak rebah.
Tak pasal2 kita pun turut terkesan bila baca status ig dia
Lebih geram bila baca komen2 dari jari2 pengomen2 tu.
Mujur lah saya ni mokcik yg masih tebal kesabaran nya.
Hehe...Mokcik ni tak nak cari nahas jer.
Kang tak pasal2 kena saman kerana tak reti didik jari.
Baca sorang2 dan hadam sorang2 cukup lah
Tak payah masuk share/kongsi dosa orang lain.
Sekali sekala terbayang wajah worih warah sendiri, anak cucu sendiri..
Jangan lah ada yg perangai macam empunya2 IG tu..Please jangan!
Kalau rasa ada bodoh pun, simpan bodoh tu sorang2
Kalau rasa jahil sangat pun cuba jgn tayang kejahilan tu...
Ke dunia sekarang memang aib perlu dikongsi?
Rela jadi clown untuk jadi tersohor? Insta fmous?
Famous for the wrong reasons? Tak payah laa
Punah sangat dah mereka tu...kan?
Pemilik ig sebegitu dan pengomen2 nya semua satu kapal,
hanyut begitu saja.

Itu pasal la saya tak nak campur walau kadang tu geram sangat2.
Biarlah luncai terjun dengan labu nya..
Anak2 saya pesan...
Mummy kalau nyampah sgt, toksah follow lah!
Jangan baca komen, skip ke ig yg lain.
Laaa.....Habis tu kalau tak tgok ig yg byk kontrovesi mana best nya?
Hahahaha...Dah hobby mummy ni kalau free layan ig.
Pot pet pot pet menanah telinga anak2 dgr mummy komen cara langsung.
Macam pengulas perlawanan bola sepak..tak ada full stop!
Begini lah bila dah jadi mokcik2.
Tau nak bebel saja tak habis2...
Bebel depan anak2 takper, tak kena saman.
Jangan melarat terkomen di ig orang dah.
Jangan mokcik jangannnnnn!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...