Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 21, 2019

My KakMa.

Kawan lama.
1996 menemukan saya dgn dia.
Waktu tu saya sarat mengandungkan anak ke 4.
Dia hadir sebagai guru bahasa inggeris baru di sekolah saya.
Tuhan atur segalanya.
Saya (yg juga guru bahasa inggeris) terpaksa berkursus selama 3 hari.
Saya dah sarat preggy dan tak larat nak duduk di kerusi dari pagi sampai petang.
Dia faham keadaan saya waktu tu dan walau pun kami belum kenal, dia tawarkan diri untuk hadir bagi pihak saya.
Allah hu, leganya bila payah saya dipermudahkan.
Budi dia saya kenang keakhirnya.
Bermula di situ kami terus jadi rapat.
She is a very pleasant person to be with.
Dia pencen lebih awal dari saya kerana dia lebih senior.
Banyak saya belajar dari dia.
Dia tidak lokek untuk kongsi pengalaman, kongsi ilmu dan saya selesa dgn dia.
Sekarang kami dah sama2 pencen.
Sekali sekala saya masih hubungi dia, keluar spend some quality time with her.
Thank you sista, u r more a sista than a friend.
Your friendship means the world to me.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...