Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 29, 2019

Duit

Tak pernah cukup.
Banyak keperluan yg memaksa duit dicairkan.
Yang masuk tak sebanyak yg perlu dikeluarkan.
Nak menabung tu jadi mimpi sahaja.
Usahkan nak menabung, tiap2 bulan kikis baki2 lama.
Haduhh...beginilah kalau tidak kaya raya.
Alangkah best nya orang yg dilahirkan di istana
Tak payah pikir pasal belanja
Tak ada had nak pakai duit byk mana pun.
Tak perlu tolak campur bahagi kali dalam otak berkali kali.
Itu yg baka raja2, yg bukan raja tapi baka kaya pun ada
Lahir dalam kemewahan harta benda.
Tak pernah rasa susah di akhir bulan.
Tak pernah cari syiling bawah almari dan
korek tabung berkali kali...
Tak pernah pikir 14 kali hanya untuk beli McD.
Itu lah yg Sang miskin selalu hadapi
dan Sang kaya tak perlu tangani
DUIT.
Jangan kata tak penting.
Jangan ingat boleh hidup hanya dengan baik hati dan sentiasa senyum
Baik macam mana pun kena beli beras, beli keperluan perut dan keperluan hidup.
Setakat senyum menawan saja belum tentu cashier di kedai bagi free barang jualan.
Tak hidup wei!
Usah hipokrit laaa...
Toksah duk cakap duit tak penting, bukan mata duitan.
Semua orang pun mata duitan.
Ngaku jer laa!

1 comment:

Umi Nazrah said...

betoi la zaman bujang dulu rm600 sebulan boleh hidup lagi sebab masa tu ekonomoi tak tinggi macam sekarang kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...