Kalau pendek fikir,
Mau saja saya masukkan kucing2 tu dlm sangkar.
Dulu memang saya kurung mereka tu.
Senang urus bila mereka terkurung
Tapi sekarang saya dah bebaskan mereka.
Atas dasar kesian.
Semenjak bebas ni mereka nampak lebih happy.
Kita pun seronok tengok mereka bermain main berkejaran di laman rumah.
Sekali sekala kalau dia orang hilang di mata rasa bimbang jugak.
Mana lah tau kot di ambil orang.
Jiran2 dah kenal kucing2 tu, mereka tau itu kucing2 saya.
Selamat kot, insyaAllah setakat hari ni selamat.
Ni ada masaalah baru.
Kes hujan seharian dan kucing2 tu tak dapat melawat kawasan.
Semua duk terperap di bawah porch dan di balkoni.
Awak tau, berasap hati saya pagi tadi.
Apa tidak nya, bila saya buka pintu depan ini yg saya lihat.
Dua pasu kaktus yg saya letak di balkoni tumbang dari rak.
Tanah berterabur atas tikar balkoni dan kaktus kecik tu patah.
Tu baru intro.
Bila saya dekati tanah tu untuk dimasukkan balik dlm pasu,
awak tau apa kejutan seterusnya?
Entah kucing mana satu yg melepas hajat di situ!
Sungguh kurang asem!
Siapa punya kerja nih?
Mungkin sbb sekeliling basah, hujan, maka dia malas nak gi cari pasir.
Nak redah hujan tu sejuk sgt kot, takut basah lah tu.
Nak tak nak saya bersihkan juga
Kucing2 tu tgok jer, sedap duk atas kerusi laman sambil jilat2 bulu.
Eh, saya tuan ke kucing2 tu jadi tuan nih?
Hentam jer lah ...
Sekali lagi menggelegak darah saya.
Geram nyerrrrr.....
Dah la mereka rosakkan kaktus saya dan jadikan tanah tu toilet,
Ada ke patut mereka jemur hujan kasut sukan saya pulak.
Ni dah lebih ni.
Saya rasa mereka jadikan kasut sukan saya mainan, di tolak2 di gomol2,
sudahnya tercampak ke tepi sana..direct bawah saluran air hujan.
Alamakkk..kasut sukan ku jadi pekasam dahhhh.....
Wahai pembaca...
Apa hukuman patut saya berikan kepada 3 ekor budak nakal nih?
Penjara seumur hidup ?
Buang daerah?
Tu ketiga nya dah masuk dalam rumah, menanti dijatuhkan hukuman.
Sekor duk tido atas katil.
Sekor duk depan tv, atas kabinet tv, betul2 depan tv, tgok tv.
Sekor lagi ada ni atas riba...kongsi makan.
Habis tu camna?
Payah nak saman wei, mahkamah pun tolak kes nih.
No comments:
Post a Comment