Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 7, 2019

Weekend

Seronok.
Macam tertunggu tunggu.
Saya suka bila tiba hari Khamis.
Dah hujung minggu bagi negeri saya.
Hujung minggu is the best!
Rumah saya full house.
Anak cucu menantu
Sanak sedara
Turun naik.
Riuh.
Meriah.
Meja penuh
Sinki sentiasa basah
Dapur kerja lebih masa.
Ruang tidak ada yg kosong.
Tak apa lah...
walau penggunaan letrik berganda ganda.
Walau tandas kena ikut turn.
Walau telekung lembab bahagian dahi sbb bergilir guna.
Walau depan tv penuh gelas, pinggan mangkuk dan botol jajan
Walau tercari cari remote..Remote mana remote? Hilang!
Walau sampah cepat membiak, pagi petang kena gi buang 2 kali sehari
Tak apa....
Tak apa apa..
Redha...
Ini lah bahagia buat saya.

1 comment:

Umi Nazrah said...

faham sangat kak. tapi tu lah, pasti akan merindui hujung minggu yg riuh rendah kan. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...