Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 18, 2019

Berlambak specis ni.

Bukan kenal sangat pun.
Baru sekali dua bersua muka.
Tiba tiba beria benar dia nak datang rumah.
Pelik jugak la kalau dah kita cakap kita keluar,
dia siap tanya kul brapa kita akan balik semula.
Macam penting sangat nih...
Dia datang terus hulur salam dan direct to the point.
Nak pinjam duit.
Dah agak dah....
Bermula kata dengan cerita pasal desakan hidup.
Pasal tak dapat gaji
Pasal suami tak bagi duit belanja.
Entah betul entah tidak.
Saya memang pantang kalau orang nak pinjam duit.
Bukan mereka susah tapi sikap.
Dan tak mustahil bila mintak nak pinjam duit,
Samaada kita bagi atau tidak,
itu lah penamat.
Dia tak akan berhubung lagi selepas itu.
Dia bukan sayangkan perhubungan dgn kita pun.
Dia hanya nak guna kita.
Tak apa lah kalau terputus hubungan dgn org mcm ni.
Tak rugi.
Saya tak bagi dia pinjam sebyk yg dia nak.
Tapi saya hulur juga sedikit wang buat dia belanja.
Tak mengharapkan dia bayar pun.
Dah sah2 dia x kan bayar.
Buat sakit hati kita aje duk nanti dia bayar.
Ambik lah, saya halalkan.
Dan keluarlah dari hidup saya.
Jangan muncul lagi.
Memang saya zalim pun.
Kerana dah acap sangat saya hadapi orang macam ni,
Kerana saya dah serik tertipu dgn janji manis nak bayar hutang cukup bulan,
Maka...
Saya serik.
Thats it, SERIK!
SERIK SANGAT SANGAT.

1 comment:

Umi Nazrah said...

setuju sangat, pengalaman mengajarkan kita untuk jadi serik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...