Jika hari ini kau merasakan
Ada dugaan sebesar kapal merangkul mu
Dan kau merasakan sudah tidak mampu
dan tidak sanggup untuk kau urus..
Kau pandang sini
Lihat lah aku.
Cuba kau bilang byk nya dugaan bagi ku
Yang kau tahu sebanyak itu
Yang tersembunyi dari mu kekal tersembunyi.
Bilang lah dan untaikan di leher mu
Berat kah duka ku itu?
Sanggup kah kamu tukar tempat dgn ku?
Mahu kah? Mampu kah kamu?
Anak,
Bukan kah ujian mu hanya sedikit wahai anak?
Aku sudah lama bermahkotakan 'ujian'
Dan memakai busana bertemakan 'dugaan'
Dan aku masih boleh tersenyum dgn redha dan pasrah
Rebah sekali sekala itu hanya
untuk belajar bangun semula
Menangis sekali sekala untuk ubati luka
Tapi aku belum berderai,
masih seorang aku.
Dan kamu....
Mesti lebih kuat dari aku.!
Anak,
Jika segunung dugaan boleh ku pikul,
Kamu juga mampu menjunjung bakul duka mu
Mengilik dan mengheret segala payah
Sehingga menjadi mudah.
Bahagia itu ada.
Walau tidak se lebat ujian yg melanda,
Bahagia masih bersisa.
Kutiplah bahagia yg sedikit itu
Simpan dalam relung syukur.
Penawar hati hanyalah bila
kita yakin pada perancangan
dan percaturan hidup yg terbaik hanya dari Dia.
Rabbi yassir wala tuasir,
Rabbi thammin bil hairi.
Ya Allah engkau permudahkan
Jangan Kau susahkan
Ya Allah, Kau akhirkan dgn kebaikan.
Amiinn.
3 comments:
baik, kuatkan semangat! kita ada Allah Taala :)
sabar itu indah
Love this.. mekasih Kak ☺💕
Post a Comment