Dah separuh Ramadhan dah.
Kalau mendaki bukit dah ada di puncak.
Hari ni sedang turun bukit dah
Sedang menghala ke Syawal.
Alhamdullilah, tahun ni byk duk rumah dan
kurang aktiviti2 shopping sunat.
Banyak masa untuk memanafaatkan bulan mulia ni.
15 Ramadhan ni khatam quran masuk kali kedua.
InsyaAllah esuk mula bacaan semula dari Surah Albakarah/juz 1.
Anak2 belum khatam lagi Ramadhan kali ni..
Takper, no rush...janji baca quran sikit2 sehari.
Saya baru tau...
Kata ustaz,
Kalau khatam ramai2 dlm group wassup tu tak dikira khatam.
Terima kasih ustaz...saya dan kawan2 dah silap pasal tu.
Baru ni kat group wassup tu kami buat macam tu lah.
Sorang baca satu juz, 30 orang complete 30 juzuk.
Ingat ke boleh kira khatam berkumpulan rupanya tidak.
Tak apa lah...pahala baca quran insyaAllah dapat walau bukan pahala khatam.
Tu pasal la kena ngadap yg lebih tau kalau tak tau.
Sekarang dah tau.
Jadinya hari ni dah 15 Ramadhan.
Semoga semua nya baik baik saja..
Masak apa hari ni utk berbuka nanti?
Opssss...duk bersahur dah fikir pasal berbuka pulak!
Just asking ok....
No comments:
Post a Comment