Saya keluar hari ni.
Sekadar untuk menghantar menantu saya balik ke rumah mak dia
Suami dia, anak saya terpaksa menyusul kemudian kerana hal yg tak dapat dielakkan.
Bukan jauh pun rumah besan saya tu, cuma terpisah kerana PKP saja.
Sepanjang pkp ni dia ada di rumah saya.
Sekali pun belum boleh bersahur, berpuasa, berbuka dan
berterawikh bersama mereka.
Saya faham kerinduan dia.
Tapi nak buat macam mana kan..
Hari ni bila kerajaan bagi kelonggaran,
dapatlah dia balik berbuka puasa dengan keluarga dia.
Happy sungguh dia dapat balik.
Mak Ayah dia pun happy bila tengok dia ada depan tangga.
Dia satu2 nya anak perempuan bagi mak ayah dia.
Mesti manja sangat tu..
Sunyi lah rumah saya petang nanti.
Tak ada lah keriuhan suara dia di dapur.
Tak ada lah gelak tawa dia sembang dgn adik2 ipar.
Menantu ni sebenarnya serupa dgn anak.
Kita sayang sama saja.
Kita terima saja kelemahan dia dan
Sentiasa bersyukur dgn kelebihan dia.
Mujurlah menantu2 saya membahagiakan saya.
Mereka tempat saya kongsi duka, kongsi sepi di hati.
Terima kasih Tuhan kerana hadirkan mereka dlm hidup saya.
Maka hari ni di meja makan nanti kosong lah 2 kerusi.
Tak apa, sabar saja lah, bukan lama pun,
nanti mereka balik semula ke sini riuh lah semula.
Selamat berbuka dan berterawikh.
No comments:
Post a Comment