Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 25, 2020

Kenapa tak beritau awal2?

Duk baca cerita raya kat facebook.
Semuanya ceria dan bahagia.
Alhamdullilah.
Tapi tiba2 melintas depan mata cerita ni
Allah hu...

Ni dah hampir tengah malam.
Kalau awal2 tau dah saya selesaikan masaalah mereka ni.
Kalau setakat biskut raya, kek raya, juadah raya tak jadi masaalah pun.
Boleh jer kami share. Kongsi rezeki.
Takper, jap lagi makcik gi hantar ya anak2..
Kesian sungguh.
Saya rasa lah jiran2 semua tak tau ni..
Laahai, rasa bersalah pulak la bila tengok hidangan kami di atas meja.
Bukak peti ais penuh sendat dengan makanan..
Sedih pulak laa.....
Alangkah leka nya kita dengan bahagia kita.
Di waktu kita beraya, meriah makan minum rupanya
mereka tidak ada sekeping biskut raya pun.
Usahkan nak makan juadah raya,
nak tanak nasi pun tak berlauk.
Sabar ya.....jap lagi makcik sampai.
Bukan jauh pun tempat mereka berteduh tu.
Cuma selama ni saya tak tau.
Tak terfikir pasal dia orang.
Mujur la Si Ady ni ketengahkan masaalah mereka di facebook.
Jom la, belum terlambat untuk kita bantu mereka merayakan aidilfitri ni.
Miskin kaya semua ada hak untuk bergembira kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...