Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 29, 2020

Jiran

Ni cerita dulu dulu.
Dulu dulu...
Jiran2 saya semuanya bangsa cina.
Kiri kanan bunyi anjing menyalak.
Jiran yg kat belakang pulak suka masak.
Klung klang klung klang bunyi kuali kalau dia masak.
Dia masak di luar rumah, bahagian dapur yg dia extend rapat ke pagar.
Dapur kami terpisah dgn pagar tu saja.
(Saya pun extend dapur basah di luar rumah juga)
Kalau waktu masak tu rasa macam kami masak bersama.
Bunyi dan bau memang bercampur aduk.
Cina2 di kawasan saya ni jenis yg tak reti cakap melayu.
Jadi kalau saya membebel atau marahkan anak2, mereka tak faham.
Bebas saya nak cakap apa, nak tunjuk perasaan apa pun.
Sama la saya pun x leh cakap cina maka
saya tak tau hujung pangkal apa yg bising di sebalik pagar belakang tu.
Kami jarang bertemu tapi selalu gak cakap di talipon dengan dia.
Kami simpan nombor untuk kegunaan di masa perlu.
Contohnya ada sekali tu seorg pencuri masuk dalam kawasan saya.
Kalau tidak jiran yg call, saya x tau.
Mujur jiran yg panggil polis dan dtg tanya khabar selepas tu.
Jiran yg belah kiri rumah saya pula seorang cina yg sebaya mak saya.
Macam mak mak gitu.
Sewaktu saya dlm pantang dia siap hadiahkan stokin utk saya.
Larang saya pijak lantai tanpa stokin.
Byk la petua dlm pantang yg dia share.
Kami sama2 suka tanam pokok bunga
Kalau saya siram pokok dia akan jenguk melaui celah jeriji pagar.
Peramah dan murah senyum
Kami berinteraksi dalam bahasa inggeris saja.
Pokok bunga dia pun byk.
Kalau saya x ada di rumah, rajin dia siram pokok bunga saya.
Dia pancut saja air dari hose melalui atas pagar.
Jiran cina belah kanan seorang dato yg terkenal.
Tapi petang2 dia brisk walking depan rumah pakai singlet saja.
Kalau dia melintas depan rumah saya. dia angguk kepala isyarat menyapa saya atau suami saya.
Kalau ada coklat dalam saku dia akan hulur kat anak2 saya yg masih kecil masa tu.
Memang seronok dan selesa saya tinggal di sana.

Ni cerita sekarang.
Sekarang saya duk di kejiranan melayu.
Saya rindukan suasana saya di tempat lama.
Saya lebih rasa di terima di sana dari di sini.
Lain benar cara orang melayu di sini berjiran.
Jiran2 kat sini mesra juga
Tapi kadang2 saya rasa terasing walau saling kenal
Walau cakap guna satu bahasa, kami jarang menyapa.
Di sini saya rasa rendah diri.
Maklumlah jiran2 di sini orang hebat hebat.
Tapi mungkin juga kerana saya dibesarkan di kejiranan lama,
maka rindu itu sentiasa ada.

Ah Hiang a, I really miss you and your jokes.
Mrs Chia, your voice when you were cooking still can make me smile.
Mr Teo, u remember saying that we come from the same roots?
You said " Hani are a muslim but the chinese blood is there, dont forget that"
No lah Mr Teo, me melayu already..Melayu or cina no difference what?
And orang kaya Dato Tan, u r such a fine neighbour.
Do you know that your family still recognise me.
They still call out my name whenever they see me around.
" Hani aa, u still shop at our Billoin supermarkett ah? Come aa, I have something to give you."
Terkejut pekerja supermarket tu tengok boss dia orang heret tangan saya.
How I miss those old times....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...