Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 30, 2020

Masa mengemas datang lagi...

'Mengemas rumah.'
Perkataan yg paling di geruni oleh rakyat negeri ambo.
Apa tidak nya,
Mengemas rumah bukan saja bermaksud sapu sawang, lap kabinet dan mop lantai.
Tu kerja rutin tu, sebahagian kecil dari pakej mengemas rumah saja tu.
Maksud sebenar mengemas rumah mengikut kamus mummy ni ialah...
Heret perabut, tukar susun atur.
Keluarkan isi perut dari dalam semua kabinet dan almari
Asingkan mana yg nak di buang, nak di sedekahkan dan mana nak simpan.
Susun balik pakaian atau barang2 mengikut warna dan jenis.
Cuci semua peralatan memasak yg jarang diguna, termasuk hiasan2 jugak..
Susun atur semua mengikut susunan baru.
Jemur dan libas karpet2 dari semua ruang.
Sental daki2 di kawasan2 yg tersorok.
Label semula semua bekas2 penyimpanan.
Dan yg paling rakyat tak gemar ialah jangka masa mengemas.
Kena bangun awal pagi.
( ni masaalah besar bagi anak negeri kerana
pagi mereka bermula hanya bila azan zohor berkumandang)
Mengemas bermula selepas subuh
Waktu tamat bergantung pada situasi.
Kalau rakyat asyik duk buang masa belek album, duk testing baju2 lama,
lambat la siren tamat berbunyi.
Bergantung juga pada urat saraf mummy.
Kalu urat saraf dah bagi signal suruh tamatkan, maka terpaksa tamatkan.
Tapi selalunya selagi tak siap berkilat,
jgn harap la nak kiv ke, nak bersambung di lain masa ke..
No No No!
Anak2 cakap mummy ni ada penyakit OCD
OBSESIVE COMPULSIVE DISODER.
Semua benda nak teratur, nak tip top.
Ya ke mummy macam tu?
Ke kamu yg ada penyakit MDB
MALAS DAN BERTANGGUH?
Dah..dah...
Masa mengemas bermula 10 minit dari sekarang.
Cepattttt......





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...