Kalau kita beli barang dalam bentuk borong,
harga lebih murah berbanding dengan beli hanya satu barang sahaja.
Sama juga kalau kita acap beli di tempat yang sama, ada kemungkinan untuk tuan kedai beri potongan harga.
Kira macam regular customer ni dapat 'discount card' gitu
Nak tanya sikit laaarr....
Saya ni banyak sungguh dugaan hidup.
Tuhan acap uji saya dengan pelbagai corak ujian.
Tertimpa timpa.
Kalau ujian dugaan itu diibaratkan shopping di supermarket,
Dah penuh troli dah.
Dua tiga troli, tak larat nak heret dah.
Nak tanya jer....
Dah banyak ni takkan tak ada potongan.
Takleh diskaun sikit ke?
20% diskaun pun tak apa.
Kalau ada ganjaran mata/points,
dah byk terkumpul rasanya.
Dah boleh ditebus dah..
Tebus dapat apa?
Dapat set penjagaan hati.
Atau
Dapat tuala buat mengelap air mata pun ok.
Tak ada lah, tanya saja....
Bukan habis sabar, jauh sekali tak redha.
Tau, ujian itu penghapus dosa.
Ujian dugaan2 itu tanda Allah ingat kita dan
Allah nak kita dekat pada Nya, Dia nak dgr rayuan kita di ribaan Nya...
Astaqfirullahilazimm.....Entah hapa hapa jer la saya pagi2 buta ni..
Otak sekali sekala masuk air.
No comments:
Post a Comment