Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 8, 2020

Ku ucapkan selamat malam

Selamat malam buat kamu.
Ku lihat kamu online
Tau kamu ada di situ
Aku menyapa kamu
Kerana tadi aku terlepas pandang,
rupanya ada missed call dari mu
Maaflah, tidak sengaja begitu.
Selamat malam
Cepat lah pejamkan mata.
Lupakan dunia buat sementara
Layanlah mimpi.
Dalam alam khayal ku sentiasa ada kamu.
Adakah aku pernah hadir dalam khayal mu?
Selamat malam sahabat.
Sekali sekala aku rindu kamu
Rindu kamu yang dahulu
Kamu yg boleh ku jumpa se mau ku.
Kamu yang boleh aku sentuh.
Kamu yang boleh ku dengar suara tertawa.
Masih terbau bau manis nya pewangi 
di badan mu.
Aduhai,
acapnya rindu itu menyapa.
Namun aku sudah kehilangan 
kamu yg dahulu.
Apa daya ku,
kelmarin mustahil berulang.
 

1 comment:

Anonymous said...

Aku masih seperti yng dulu
Menunggumu hingga akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hatipun masih berkorban
Demi keutuhan kau dan aku...

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apapun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...