Akhir akhir ini ada sesuatu yang menggangu tenang damai fikiran. Otak jem memanjang. Saya perlu cari jalan untuk sibukkan diri supaya dapat elak dari duk dengar minda bertelagah dengan hati..Serabut tau.Tak apa lah, suka duka kehidupan memang begini.
Jadi saya perlu ubah tumpuan minda pada benda lain yang lebih memberikan ketenangan buat saya. Aktiviti ber'garden' ni kegemaran saya dari dulu lagi. Namun saya telah abaikan aktiviti ini hampir 2 tahun. Hari ni saya ambil keputusan untuk mula semula..pandai2 lah ubat hati sendiri.Pokok bunga kertas tu ada duri jugak. Tak pasal pasal dah tercucuk jari. Tapi ok jer. Duri hanya mencucuk jari tapi tidak mecucuk hati. Luka di jari nampak berdarah, luka di hati teriak nangis sorang sorang...Tu lah, cari pasal lagi!
No comments:
Post a Comment