Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 30, 2021

Fucaccia

Italian flat bread.
Hampir sama dengan pizza base.
Bezanya hanya lah sedikit.
Dalam adunan tu saya olah, saya tambah italian herbs, garlic dan sausage cincang.
Kira nya tidak la hanya rasa masin sahaja.

       Hiasan kat atas roti ni tak penting pun.
Suka suka nak hias
Sunat
Bukan wajib
Makan panas2 sedap. 
Ranggup dan lembut belah dalam.
Nak?
Sorry dah habis dah.
(Ni semalam punya kerja ni)

Saturday, May 29, 2021

Tu kambing tu yang salah..

 Kannnn...Padan muka kita.

Suruh jaga SOP, tak nak jaga.

Suruh duk rumah diam2 nak juga ukur jalan.

Suruh jgn beraya sakan, kemain lagi sembunyi sembunyi balik jumpa mak bapak.

Dah tu salahkan polis keluarkan saman

Salahkan KKM tak sedia cukup kemudahan perubatan

Salahkan kerajaan

Salahkan semua orang lain kecuali diri sendiri.

Kalau boleh salahkan kucing, kucing pun jadi mangsa korang.

Yang betul hanya kita.

Maka padan muka kita

Dah kena total lockdown dah

Mula la tu menggelabah takut lapar konon

Panic buying lah tu..

Macam la lockdown 1 tahun.

Makcik ni serupa saja nak, lockdown ke tidak tetap macam ni

Dah lama tak keluar pun, duk berkulat dalam rumah saja.

Takut amat dgn penyakit ni maklum la dah tua kan, antibody pun dah lemah.

Selamat berlockdown sekali lagi ya rakyat malaysia semua.

Think positive. Sabar. Redha.

Tuhan uji sikit jer ni.

Uji sebab sayang.

Friday, May 28, 2021

Jame tokkong tonggek.

 Pkp ni dah membuatkan sel otak jadi tak berapa nak berhubung. Buntu. Bosan. Resah. Keliru.

Belek2 album lama2 seronok gak. Sejarah yang tak mungkin berulang. Kalau boleh ulang pun tak nak ulang. Tak naaaaaaaak!

Suka duka kehidupan terakam dalam foto. Yang suka lebih byk dari yg duka. Yang duka buat apa di rakam, kalau boleh nak lupakan terus. 

Sapa nak tgok, tgok. Sapa rasa x kuasa nak tgok foto zaman dinosour ni cepat2 scroll. No problem.

Masa ni anak baru sorang
.
Ni anak ketiga sewaktu pulang dari nursery di musim sejuk.

Ni dua ketul ni dah jadi dewasa dah. Sorang tu 'loyar buruk' dan yg bongsu tu sedang belajar bidang dental surgery.

Maaf sorang lagi tak ada dalam gambar. Tak sanggup nak share waktu2 bahagia saya dengan dia..Dia bidadari syurga ku yang masih tertangguh

Thursday, May 27, 2021

Rahsia

Cucu A: Imaad, Imaad tau tak grandmommy kita dah tau awak yg conteng langsir hari tu..
Cucu B: Yg tak flush toilet pun saya jugak, Arman jgn pulak gitau grandmommy tau.Rahsia.
Cucu C : Lisha dah bagi tau grandmommy dah..
Cucu A dan B : Ni kita tak leh caya orang perempuah nih..


 Foto ini mencetuskan idea saya untuk menghasilkan puisi yg disiarkan didalam laman group ''Pemuisi Berkarya'.

Wednesday, May 26, 2021

Rezeki

Loceng pagar berbunyi.
Pos laju bawak bungkusan
I love suprises
Kiriman dari anak dan menantu
Yes! 2 keping kanvas dan acrylic paint
Thank you, murah rezeki mummy hari ni.  
Di dapur semerbak bau cheese
Baked cream crackers
Untuk isi perut anak negeri.
Rezeki siapa saja yang sudi.
Rezeki datang tanpa diduga.Rezeki tak semesti nya duit.Kasih sayang itu rezeki Selera itu rezeki Kesihatan itu rezeki. Suasana persekitaran yang aman damai itu rezeki. Ketenteraman hati jugak rezeki. 
Tidak ada yang lebih membahagiakan dari dapat duk di rumah dengan selesa, dapat solat tanpa masaalah, dapat rehat badan dan minda. Dan lebih menyenangkan bila diselubungi kasih sayang.
Semoga Tuhan sentiasa murahkan rezeki kami anak beranak.Aaminn...

Monday, May 24, 2021

Rindu ombak

Serabut.
Itu yang saya rasa saat ini.
Nak mengadu tak bertempat.
Betul lah, mengadu hanya pada Allah.
Sekali sekala nak juga ada bahu buat disandarkan duka.
Tak apa lah, redha saja.
Selama ni pun sendiri mengubati hati.
No problem.
Dari duk ulang tayang segala problem yg tak tau bila nak settle, baik saya melukis.
Luahkan di dada kertas putih.
Calit warna ikut suka.
Bebaskan emosi yang terpenjara.
Jadilah ombak yang merindukan pantai..
Tuhan, hebatnya dugaan Mu..

Sunday, May 23, 2021

Geram wei lokkk!

 


Jangannnnn....!

Jangan sampai saya meletup.

Jangan nak test kesabaran saya

Sabar saya ada hadnya jugak.

Semua orang duk cakap saya ni penyabar.

Orang tak tau macam mana bila emosi saya mengatasi sabar saya.

Ni kepala dah berasap ni

Dah jadi dragon dah.

Yang masih dapat merantai emosi saya hanyalah usia.

Dah tua2 ni pikir panjang walau hati dah jadi gunung berapi.

Orang kelate kata 'Serabut perut'

(Tak pasal pasal salahkan perut)

Jadinya, seharusnya kah saya terus mengalah pada emosi?

Jap nak check tong gas yang berisi sabar saya.

Hmm..ringan dah tu, rasa2 tak byk dah gas sabar dalam tong simpanan..

"Sabar Hani sabarrrrrrrrrrrr!"

(Rasa nak hempuk jer orang yang duk ajar saya suruh sabar ni. Ambo soba lah nih! )


Saturday, May 22, 2021

Hina nya tanduk


 Bila gading bertuah sudah bermahkota

Tanduk terlucut dari jari.

Tanduk retak sendirian

Tak berguna.

Rupanya tanduk hanyalah

sekadar pelepas sepi

yang sementara.

Ada juga tanduk yang berguna tau.Bila dijadikn senduk, digilap, cantik juga akhirnya. Senduk tanduk ni dari negara jiran..Terima kasih yang memberi.Tengok tanduk teringat peribahasa gading tu..

Satu lagi kegunaan tanduk ialah untuk ketuk kepala orang. Nak rasa sakit ke tidak, meh dekat dekat.....



Friday, May 21, 2021

Terima kasih kerana bertanya.

 


Kenapa saya menulis di blog?

1. Seperti menulis diari kehidupan. Setiap yang saya lalui saya gambarkan dan jadikan kenangan di sini.

2. Meluahkan apa yang terbuku di hati tanpa prejudis. Saya luah, saya baca, saya hadam. Yang penting selepas dicurahkan di sini hati lebih tenteram.

3.Blog ini ibarat pusaka dalam pembikinan. Blog ini adalah saya. Buat anak cucu untuk lebih kenali siapa saya dan apa yang saya lalui sepanjang usia saya.

4. Mengumpul puisi2 saya. Saya bukan sasterawan negara, jadi puisi 5sen saya hanya layak dipenjarakan di blog ni saja. Dah cukup puas begitu.

5. Simpanan foto2 yang merakam waktu silam saya..koleksi foto2 yg penuh memori semua nya ada di blog ini.

6. Blog saya adalah penawar sepi saya. Saya terhibur dan kesunyian tidak sempat singgah diwaktu saya bersama blog.

Sudah terjawapkah persoalan nya? Sudah puas kah hati orang yang bertanya?

Akhir kalam ingin saya selit juga sedikit gambaran dari hati. Saya sebenarnya lebih suka meluahkan segala rasa hati saya di sini dari bercerita dan mengadu di bahu orang lain. Manusia suka menghukum dan saya takut dihukum dengan hukuman yang tidak adil. Hanya blog saya lah yang setia menadah setiap emosi saya, suka duka saya dan jatuh bangun saya . 

Saya bahagia berblog.

Sekian, terima kasih kerana bertanya.




Thursday, May 20, 2021

Tuhan sentiasa mendengar

 Batu tanpa nyawa

dalam genggaman dia.

Berat berisi semangat.

Anak kecil di sana

membaling batu

Tidak setepat peluru berpandu

Tidak selaju tembakan yg menembusi

dada ayah ibu.


Aku 'Sang Dewasa' di sini merasa malu

Hanya berani berteriak di mukabuku

Semangat hanya musim ikut ikutan

Di tangan ku secawan kopi manis bersira

Ku hirup perlahan

Di sana mereke menhirup pahitnya perang

lama berzaman.


Kalau pun kita tidak mampu berada di sana,

tadah lah

Doa lah

Pohon lah

Tuhan ada.

Semoga cepatlah berakhirnya

derita mereka.



Wednesday, May 19, 2021

Anak bulus.

Alolololooo...
Geram la wei
4 ekor yang lahirnya di akhir Ramadhan.
                          Nak letak nama apa?
Cute giler.
Harap2 membesar dgn sihat.

Tuesday, May 18, 2021

Takde kerja cari kerja

Alkisah tersebutlah sebuah kabinet panjang yg usia nya sebaya anak sulung saya.
Masih dalam keadaan baik.
Saya heret dan jadikan kabinet tu pemisah ruang dapur basah dan kering.
         Belakang kabinet tu plywood tidak bercat.
Hodoh.
Saya nak sangkut senjata memasak saya di situ tapi sangat menyakitkan mata.
Maka......
Saya conteng saja apa yang terlintas dlm kepala waktu itu.
Kebetulan kepala saya kosong dan tidak ada idea apa yg nak dilukis.
Akhirnya itu yg terhasil. Padang rumput berbunga menjadi latarbelakang dapur basah saya. Tu percubaan menggantung senjata masak saiz kecil.

Cantik? Tak jugak. Pelik? Sangat pelik. Hentam saja lah janji saya suka. Dapur adalah syurga dunia saya .Suka hati saya lah asal saya bahagia.

Bahagia itu mudah kan?

Monday, May 17, 2021

Duk rumah diam2

Aidilfitri tahun ni takleh kemana mana.
Jadi saya duk rumah diam diam
Ni kerja saya
Melukis si hari raya
Lukis pisang
Sepatutnya lukis ketupat rendang
Pisang pun pisang lah

 

Sunday, May 16, 2021

Dia panggil ku 'cikgu'



Siapa pun kamu di hari ini

Bila kamu menyapa ku dengan panggilan cikgu

Dan bercerita tentang ingatan mu tentang aku.

Tegas garang membentuk peribadi mu.

Aku rasa seperti lelah ku dihargai.

Apa yang lebih membahagiakan hati seorang guru

Selain dari ingatan dari bekas anak didik.

Tak kira lah hari ini kamu siapa 

dan kehidupan mu bagaimana.

Kerana satu waktu dahulu 

aku pernah memegang jari mu 

mengajar mu menulis abjad dan angka.

Aku pernah membetulkan tudung di kepala mu

Pernah ikat tali kasut mu.

Pernah marah kamu, pernah juga bersabar dengan kerenah mu.

Pernah dakap kamu kemas sewaktu kamu kalah

Juga mengangkat kamu sewaktu kamu rebah

Terima kasih siapa juga kamu hari ini.

Jangan serik untuk menyapa ku.

Cikgu ini sudah tua.

Acap lupa wajah lupa nama.

Sapaan2 kamu itu sebenarnya

adalah pingat penghargaan buat seorang guru

yang tua pencen seperti aku.





 












Saturday, May 15, 2021

Nasi berlauk gulai ikan aya.

 Ike aya bagi ku, ikan tongkol bagi mu

Dulu murah sekarang dah naik harga

Ku beli se ekor di pasar tadi

Ku potong, siang dan cuci.

Ikan menggelegak dalam periuk

Mesra asam dan garam

Dua bahan berlainan kufu

hanya bertemu didalam periuk ku

Santan lengkuas kunyit dan halia

Melengkapkan rasa

Gulai ikan aya semerbak bau nya

Merayap ke segenap ruang

Hinggap di deria anak cucu

Mimpi pagi mereka terpaksa bernoktah

kerana perut mula memaksa

selera menjadi raja

Cepatlah anak cucu

Sarapan sudah sedia

Marilah duduk di meja

Gulai ikan aya ku mendarat di nasi

Sambal jantan pelengkap rasa

Perut anak cucu sudah kenyang

Sedapnya ' Nasi berlauk gulai ikan aya'.

Masukkan ramuan kasih sayang,

itulah rahsia nya.



Friday, May 14, 2021

Makan, tido, makan, tido..


Pertama kali dalam sejarah hidup.
Beraya tanpa tetamu.
Tanpa saudara dan sahabat handai singgah jamu selera.
Sunyi sepi raya tahun ni.
Semua orang patuh pada arahan.
Tetamu takut rm5k melayang.
Tuan rumah lagi lah, takut rm25k kena sedut dari simpanan.
Redha saja lah.
Beraya secara tertutup.
Pintu pagar tertutup.
Pintu rumah tertutup.
Ikut arahan sebab kita diberi akal fikiran.
Jangan cari pasal.

 Semoga Tuhan cepat2 hapuskan covid ni.

Semoga kita dapat bersalaman semula.

Semoga kita dapat ziarah menziarahi, rapatkan ukhwah seperti dulu

Semoga kita meriah senyum tawa di hari raya bagai biasa

Semoga rindu rupa, rindu suara  dan rindu sosok tubuh itu ada penawarnya...


Thursday, May 13, 2021

Puisi2 raya ku.

 1. Ya mak, saya faham.


Assalamualaikum mak.

Mak masak juadah apa untuk esuk?

Ketupat mak sedap.

Lemang mak lemak.


Mak..

Esukmak pakai lah baju baru tu.

Baju kita warna serupa

Walau berpisah jarak,

Kita sedondon juga


Mak o mak,

Selamat hari raya

Maaf zahir batin

Cucu2 mak kirim rindu

Mak jaga diri tau

Jangan lupa makan ubat

Jangan makan manis2 banyak sangat.

InsyaAllah mak,

tahun depan kita beraya bersama

Macam biasa


Makk ooo makk..

Mak bisu dalam talian.

Senyap yang panjang

Diam

Lama.

Sayup sayup suara mak memanah telinga

"Entah tahun depan mak dah tiada"


Tiba tiba aku hilang suara.


2. Aidilfitri kali ni


Maaf,

Esuk aku tak dapat menziarahi mu

Macam selalu.

Telah ku bungkus sepi rindu seorang balu

Mau ku usung ke pusara mu

Mau ku kongsi cerita anak cucu 

di tepi nisan beku itu

Kongsi sepi hati dan air mata ku.

Seperti selalu.

Seperti selalu.

Tapi langkah terhenti

Redha dengan arahan

Sabar menahan kemahuan

Langkah ke pusara mu terhalang.

Aku akur walau terkilan.

Wahai yang sentiasa dekat di hati 

esuk jangan kamu tunggu hadir ku

Tenang lah kau di situ

Doa ku di sejadah ini

Tidak pernah bernoktah.

Esuk pun doa buat mu tetap begini.

Selama nya begini

Maaf suami ku

Esuk tiasa Aidilfitri di pusara mu.


Wednesday, May 12, 2021

Benggang

Betul lah manusia ni macam macam peel.
Macam macam hal

Hari tu saya share kat group hasil kerja jari saya ni.
Menconteng dinding bahagian dapur rumah saya.
Ramai lah yang share semula ke lain2 group.
Agak viral lah satu Malaya.
Happy tu happy lah sebab beribu yg like dan sokong kerja saya tu.
Alhamdullilah.
Tapi ada juga manusia yg otak tak serupa orang lain.
Kerja mereka hanya cari salah orang.
Jeles ke hapa tak tau lah.
Saya sebenarnya x terjejas pun dgn komen2 negatif mereka tu.
Cuma saya kesiankan mereka.
Agaknya kehidupan mereka mesti ada byk kepincangan tu pasal lah jadi macam tu.
Kesian kan?

 Di sini saya kongsi foto saya tercegat di sebelah hasil lukisan/tulisan saya tu.

Ini bukti.

Khas buat suka duk yang komen negatif.

Ya, ni memang rumah saya dan bukan nya seperti kata awak, saya pandai2 ambik foto dari google dan mengaku rumah sendiri. Tak apa lah jika ini pondok buruk bagi orang lain tapi bagi saya ini lah istana saya. Syukur sgt dah.

Ya, tulisan tu saya tulis sendiri bukan tampal kertas yang dah di print. Kebas2 jari saya nak siapkan tulisan tu..

Tak, saya tak edit apa apa..Saya tak reti nak ambil foto lain dan edit biar nampak macam benda tu berada di ruang rumah saya. Tak ada masa saya nak buat semua tu.

Tak, saya tak rasa ada apa2 isu pun bila guna dialek kelantan sbb saya tulis di rumah saya yg menggunakan dialek ni sebagai bahasa pertuturan. Saya masih faham yg bahasa malaysia tu bahasa kebangsaan, terima kasih kerana ingatkan.

Ya betul, asal nya dari bahasa inggeris, saya memang ambil idea tu.Berlambak kat google poster tu. Saya hanya nak buat kelainan dgn alih bahasa dan ubah keperluan ayatnya..Salah ke? Owh, boleh masuk mahkamah ya, tak tau pulak saya.

Ya betul, saya memang cerewet. Itu cara saya sebagai menteri dalam negeri di rumah saya. Perdana menteri pun saya. Yg di pertuan agong pun saya. Suka hati saya lah nak conteng apa dan di mana. Awak x suka cara saya tak apa, janji anak menantu dan cucu memahami saya.

Betul. Sumpah. Rumah saya memang selalu macam tu. Bukan nya kerana nak share foto baru nampak kemas. Siapa yg kenal saya dan biasa ke rumah saya tau. Saya pantang rumah tak terurus. Maaf, bukan nak cakap besar tapi frankly speaking awak tak akan jumpa ruang bersepah di rumah saya. InsyaAllah akan kekal begitu sehingga akhir nyawa saya.

Akhir sekali terima kasih kepada mereka yg berusaha gigih cari kesilapan dan kelemahan saya.

Tahniah, awak dah berjaya buat saya benggang seketika tapi tak lama..Hati kembali ceria bila saya bandingkan ramai nya yg menyokong saya dan memahami saya..Sian awak kannn, kurang kasih sayang kot, nakkan perhatian kot...

Kalau awak perlukan kawan, saya ada..dekati lah saya, kenali saya supaya tidak menilai saya sewenang wenang nya..

Tuesday, May 11, 2021

Esuk kalau raya.

 Kamu raya di rumah kamu

Aku beraya si rumah aku

Kamu jamah juadah di meja kamu

Aku jamah yang terhidang di meja ku

Kamu sarung kasut baru

Jalan pusing2 rumah mu

Aku sarung selipar baru ku beli tadi

Turun naik tangga depan berkali kali


Rumah kita walau pintu nya terbuka

Kedatangan tidak di alu alukan

Tidak ada salam kanak2 datang beraya

Sampul duit beku begitu sahaja


Esuk bila raya

Kamu sukat lah rindu kamu yang sarat

Aku timbang ukur sepi ku yang berjela.

Monday, May 10, 2021

Bulan baru dah mendekati.

 Esuk lusa daah nak raya. Mulut cakap tak nak raya.Tak de mood bila tak dapat berkumpul.Tapi hati.....Nak raya, nak raya, nak raya! Ngalahkan budak2. Raya meaning celebration. Merayakan kemenangan menahan lapar dahaga Ramadhan. Ramadhan dah nak berangkat. Selamat tinggal tarawih, selamat tinggal malam2 lailatul kadar yang berkat.

Selamat datang Syawal.

Semoga kedatangan membawa sinar baharu.

Pelita dah mula dipasang.

Bunga api dah keluar dari simpanan.

Bau biskut dah menusuk hidung.

Suasana raya tu PKP ke tidak, tetap meriah walau seadanya. Semoga kita semua dapat jinakkan rindu anak cucu dan beraya dengan yang ada. Semoga tidak ada tetamu itu lebih baik dari tetamu datang bawa virus tanpa sedar.

Demi kebaikan bersama marilah kita beraya cara baru.

Mu raya rumah mu

Aku raya rumah aku.

Meriah tetap meriah.

Sunday, May 9, 2021

Kawan selamanya

Dia
Seorang teman lama.
Kawan baik saya dan arwah suami.
Kelmarin dia datang.
Macam biasa, bising dan kelakar.
Menghiburkan
               Dia tunjuk foto cucu perempuan dia.
Cute sangat.
Lepas dia balik, saya lukis potret cucu dia ni.
Wassup kat dia dan tunjuk hasilnya.
Suka nya dia.
Ni ikan merah sebesar betis. Masak 'Gulai nasi belauk'. Sedap makan dgn sambal belacan. Terima kasih kawan, macam dulu kamu masih ingat kegemaran arwah suami ku. Kamu bawa ikan merah untuk ku masak dan nanti kita bahagi dua. Separuh untuk keluarga kamu ya.

Kadang kadang orang yg tak ada pertalian darah pun boleh jadi macam ahli keluarga. Keikhlasan dan sikap jujur tu penting. Jangan ada agenda tersembunyi. Jangan nak ambil kesempatan. Terima kasih Tuhan, hadirkan mereka sekeluarga dalam hidup saya.


Terima kasih Kama dan Yah.



Saturday, May 8, 2021

Lepas sahur

Dah lama duk tenung dinding tu.
Nampak kosong.
Lepas saja sahur tadi saya pegang berus cat.
Conteng menconteng bermula.
Azan subuh projek siap.
Taraaaaa....!
Pesanan penaja buat rakyat jelata.



 

Friday, May 7, 2021

Awak beraya tak?


Awak beraya tak?

Raya, raya jugak.

Selamat tinggal Ramadhan.

Syawal menghulur salam.

Rumah bagai mengerti

Tingkap tak rindukan langsir baru

Balang biskut sepi dlm lemari.

Daun kunyit lebat dirumpun.

Kelapa parut tidak bertukar kerisik.

Bau raya tidak harum lagi.

Awak beraya tak?

Raya, raya jugak.

Rumah senyap sunyi.

Laman beku.

Kamu beraya di rumah kamu

Aku beraya di rumah aku.

Kita pakat jamah rindu anak cucu.

Hirup sepi hati Sang ibu.

Tadi kedengaran lagu raya.

Sepatutnya hati riang ria 

Tapi lagu 'Balik kampung' itu tadi 

seperti menikam hati.

Awak beraya tak?

Saya beraya dengan air mata.


Thursday, May 6, 2021

Setia Sang Kucing.

Apa yang kamu menungkan Owk?
Dari tadi kau duk sini.

Kau risaukan pasal pencen tak masuk lagi? Dah masuk la Owk....

Ke kau duk pikir nak berbuka dgn menu apa petang nanti kan? Alah, makan saja lah, jgn ngada ngada. Syukur kau tidak duk di Sudan, Syria dan kawasan miskin dunia tu..

Yes! Baru aku tau kenapa kau duk tepi pintu ni hari2.. Rasa2 kau nak praktis jadi jaga ek? Raya nanti senang la kalu polis singgah nak bilang kasut, bilang kereta kau saja lah yg jelaskan.

.

Puisi spontan yg bertajuk 'Pesanan penaja buat Si Owk'.

Owk.....

Jaga pintu depan tu. 

Awasi setiap resah ku yang mengalir keluar,

agar ia tidak masuk semula. 

Alu alukan kedatangan rezeki,

 ajak segera ke dalam.

 Tengoklah rindu yang rimbun di tangga..

Rindu itu mengintai senyum anak cucu yang tak pulang beraya. 

Owk, duduk lah lama2 di situ.

Sekali sekala kamu lebih setia menadah duka ku

dan lebih pandai menyimpan seribu rahsia..





Wednesday, May 5, 2021

Tahun lepas begini, tahun ni pun begini.

Dah nak raya?
Tahun lepas kita beraya dalam PKP.
Tahun ni pun sama.
Kita beraya sesama kita, tak ada tetamu.
Tahun ni pun serupa.
Kita seronok happy walau hanya kita
Tahun ni pun harap2 begitu juga 
Pakai baju lama, cari yang lebih kurang serupa.
Tahun ni pun pakai guna stail gitu juga.
Lepas solat sunat di rumah kami posing sakan.
Tahun ni pun rasa2 posing dalam rumah macam ni juga.
Selepas tu kita makan yg kita masak, kita yg kenyang.
Tahun ni pun sifir nya macam ni juga.
Redha saja lah walau sekali lagi bakal beraya tak cukup korum. Tak apa lah beraya sekali lagi tanpa bersalam salaman dengan sanak saudara. Dah cukup syukur dah kita sihat, panjang umur dan insyaAllah boleh sambut Aidilfitri sekali lagi. Rumah tertutup pun tak jadi masaalah. Janji di hati sarat bahagia.Alhamdullilah.
Bila tengok kembali foto2 di Aidilfitri tahun lepas, hanya satu yang bermain dalam benak fikiran.
CEPAT NYA MASA BERLALU.

Footnote: lnsyaAllah, nanti kita share foto raya yg serupa. Yang berbeza hanya Adrian makin membesar dan saya makin tua.

Tuesday, May 4, 2021

Kerusi biru.

Alahai cucu ku,
Kerusi pun boleh jadi kereta.
Heret ke hulu hilir.
Mudahnya bahagia bagi seorang kanak kanak.
Sebenarnya cucu,
kerusi rotan buruk itu sudah tak ada harga.
Kalau dibuang pun tak ada siapa pun nak kutip semula.
Tapi bagi nenek kerusi rotan itu nilai nya tak terkata.
Kerusi itu menyimpan byk kenangan.
Kerusi itulah yg menampung duduk setiap cucu..
Nenek cat biru dan ada kusyen kecil juga.
Abang Imaad lah yang merasmikan nya dulu.
Silih berganti tuan kecil.
Makan minum di kerusi tu.
Sekarang ni giliran kamu Adrian.
Menjadi raja di singgahsana itu.
Nenek berdoa semoga esuk2
kerusi itu mampu menjadi takhta bagi
lebih ramai lagi raja2 baharu.
Walau kerusi dah hampir rosak,
Kenangan bersama cucu2 kekal melekat di situ.


 


Monday, May 3, 2021

Undur.

 Tidak ada tempat buat ku di dalam ruang itu.

Meskipun hanya sebelah kaki tetap tidak muat.

Seharusnya aku undur saja dari situ

Kehadiran ku hanya mengeruhkan udara

dan melemaskan saja.

Aku masih berdiri di luar 

mengintai intai bahagia mu yang sarat.

Gigih kamu gilap rasa yang pernah berkarat.

Bahagia sudah di riba, mimpi sudah menjadi nyata.

Cinta bersinar semula

Tidak apa lah, biarkan aku pulang dahulu.

 Aku perlu memaksa kaki untuk melangkah dari sini

Kau hulurkan serpihan hati ku  dan kau pulangkan janji.

Terima kasih saja lah. 

Ku lemparkan senyuman yg di buat buat.

Rindu itu masih melekat kuat.

Selamat tinggal yang pernah berkongsi isi hati.

Semoga kamu terus bahagia semula.

Aku baik baik sahaja cuma sedikit terasa.

Aku ini rupanya

Hanya pelepas sepi cuma.




Sunday, May 2, 2021

Pohon dan pinta

 Setiap tahun pun sama.

Masih pinta yg serupa.

Telapak tangan ku hadap ke gelap langit 

Ku memohon yang itu itu juga.

Adakah kali ini seperti sekian kali nya,

doa ku kan akan tiris di celah jari jua?

Bersimpuh di sejadah yang lenjun menyerap tangi.,

Menadah harap yang acap gugur semula.

Tuhan,

Sekiranya doa ku masih perlu Kau genggam dulu,

genggam lah, jeruk lah...

Kamu lebih tahu segalanya.

Aku ini ya Rabbi..

Masih menadah belas Mu..

Semoga kali ini doa ku didengari..

Sepuluh malam2 terakhir Ramadhan kali ini..

Aku panjatkan doa ku yang sama,

yg tak pernah basi dan

tak pernah tamat tempoh pinta nya.

Hanya pada Mu pohon ku.

Allah hu Akhbar.


 


Saja nak cerita....

Tak pasal pasal rasa nak ulas pasal foto ni.
(Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa di blog hari ni.)
Terima kasih kakak kerana kumpulkan wajah kami begini.
Ini lah kami yg dah jadi warga emas semua nya.
Walau kongsi darah, baka yg sama,
namun personaliti berbeza.
Saya lah yang paling tak serupa.
Mungkin kerana saya membesar dalam persekitaran berbeza.
(Jangan tak tau, saya ada 2 lagi kakak yang  saya amat sanjungi dan akan saya ceritakan di lain posting)

Meh sini nak kenalkan..
Di sebelah saya, kakak sulong saya.
Sentiasa mewah nasihat dan tunjuk ajar.
Peramah dan mudah didekati.
Tak macam saya, payah nak mula bicara,tak reti nak sapa orang.

Wanita dalam foto sebelah kiri di atas,
juga kakak saya.
Dalam lembut dia ada tegas.
Sentiasa senyum dan kelakar.
Tak macam saya, wajah mencuka sepanjang masa.

Sebelah kakak saya tu satu2 nya adik saya.
Pencinta seni, seorang pelukis yg saya kagumi
Mesra dan penyayang.
Tak macam saya, degil dan tak pandai amik hati orang.

Saya? Tak payah cerita lah.
Dah terang dan nyata kann..

Wahai yg rajin membaca posting merapu saya kali ni...
Terima kasih kerana sabar baca sampai habis.

Akhir kalam.
Awak sebenarnya kenal saya ke tak ni?

 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...