Dah nak raya?
Tahun lepas kita beraya dalam PKP.
Tahun ni pun sama.
Kita beraya sesama kita, tak ada tetamu.
Tahun ni pun serupa.
Kita seronok happy walau hanya kita
Tahun ni pun harap2 begitu juga
Pakai baju lama, cari yang lebih kurang serupa.
Tahun ni pun pakai guna stail gitu juga.
Lepas solat sunat di rumah kami posing sakan.Tahun ni pun rasa2 posing dalam rumah macam ni juga.
Selepas tu kita makan yg kita masak, kita yg kenyang.
Tahun ni pun sifir nya macam ni juga.
Redha saja lah walau sekali lagi bakal beraya tak cukup korum. Tak apa lah beraya sekali lagi tanpa bersalam salaman dengan sanak saudara. Dah cukup syukur dah kita sihat, panjang umur dan insyaAllah boleh sambut Aidilfitri sekali lagi. Rumah tertutup pun tak jadi masaalah. Janji di hati sarat bahagia.Alhamdullilah.Bila tengok kembali foto2 di Aidilfitri tahun lepas, hanya satu yang bermain dalam benak fikiran.
CEPAT NYA MASA BERLALU.
Footnote: lnsyaAllah, nanti kita share foto raya yg serupa. Yang berbeza hanya Adrian makin membesar dan saya makin tua.
No comments:
Post a Comment