Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 15, 2013

Mummy x reti.

Tiba tiba nafas dia deras.
Saya test nadi, memang laju.
133
Saya ambik bacaan tekanan darah dia,
Haah...155/114
Apasal tinggi nih?
Suhu badan biasa tanda x ada demam pun,
Kenapa ni, tak tau nak buat apa rasa nya.
Check seluruh tubuh dia,
Kot dia stress kes tak selesa ke hapa.
Ok semua nya,
May be saya kena continue bagi dia amlodipine.
Nak bagi metoprolol sekali takut darah turun mendadak pulak.
Tapi metoprolol boleh bantu slow down jantung yg laju tu.
Badan dia mulalah merah2 berbingkai mcm allergic.
Yakin bukan allergic, sbb cepat hilang.
Bila dia kurang stress,terus hilang, eluk jer kulit tu.
Nasib baik mata dia ok bukan pandang ke atas.
Risau gak takut sawan.
Saya dah stop phenytoin baru ni.
Dah lama sgt makan ubat tu sedangkan dia x pernah fitting pun.
Bisolvan pun saya dah x bagi.
Dia dah tak ada problem dgn paru paru.
Tak perlu dah ubat tu
In facts tak perlu buat suction acap sgt dah.
Sekadar cuci DB Tracie jer.
Satu lgi yg membimbangkan saya ialah tiub gastro dia tu.
Tak tau lh saya tahan selama mana.
Ke kena ganti baru?
Aduhhh....Bukan senang nak jadi ' Misi Segera' ni.
Misi bertahun kursus baru lulus.
Saya sekadar naluri seorg ibu.
Ubat yg saya bagi hari2 hanyalah
Kasih sayang.
Ja, maafkn mummy kerana mummy sgt takut.
Takut mummy tak dapat buat yg terbaik buat Ja.
Takut orang lain salahkan mummy kalau apa2 berlaku pada Ja.
Takut Ja tidak mendapat rawatan yg sepatutnya,
Tapi mummy nak buat mcm mana,
Mummy hanyalah cikgu sekolah yg hanya kenal whiteboard dan marker,
Mummy hanya seorg ibu yg seboleh bolehnya tak nak Ja makin sakit.
Please tell me what to do.......Please!

6 comments:

Ann Ishak said...

semoga anak mommy cepat sembuh

Unknown said...

salam kak..tak tahu ida nak kata apa..berat mata memandang..berat lagi akak yg menanggungnya..

ieda said...

saya doakan keadaan ja baik2 shj..

Anonymous said...

As Salam. Semoga doa Puan dan kami semua agar Ja segera sembuh dimakbulkan oleh Allah swt. Aminn..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam Hani,

Sebagai seorang guru bukannya misi atau doktor, Hani sudahkan menjaga Ja dengan baik, ditambah pula dengan penuh kasih sayang.

Bersabar yea Hani, Allah Maha Mengetahui akan ujian ini terhadap Hani sekeluarga.

Apa2 pun akak harap, moga Ja akan pulih suatu hari nanti.



Granny Hani said...

terima kasih kerana berdoa bersama saya...Kita doakan tuhan permudahkan segalanya buat Ja. keinginan mummy tak semestinya yg terbaik buat dia maka mummy pasrah dan redha saja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...