Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 19, 2013

Pantai cahaya bulan...

Ya, saya ke pantai tadi.
Sorang sorang.
Solo....

Seorang lebih baik dari berdua bertiga..
Kereta ku parking di tepi batu2 besar penghadang ombak.
Turun dari kereta pipi di tampar bayu,
terkejut kerana ku andaikan nyaman rupanya keras tamparan itu.
Langkah terasa berat bila angin pantai memeluk betis
Seperti tugu aku tegak menahan sebak di gigi air.
Batu yg berselerak di sepanjang pantai bagai berbisik bisik sesama sendiri,
seakan mereka mentertawakan duka di bahu ku.
Jangan lah begitu wahai batu, wahai pasir, wahai ombak...
Marilah kita berkongsi rasa..
Biarkan aku hamparkan sedih pilu ku di dada mu..
Telan lah setiap payah ku ini wahai pantai ...
Lama juga aku membilas hati dengan tangisan di situ.
Puas rasanya dapat bertemankan sedu sedan
Ganas ombak cina selatan menelan raungan ku.
Pecah berderai lah segenap duka yg ku lepaskan ke batu
Ku hanyutkan rindu ke kuala mu wahai Pantai cahaya Bulan,
Ku saksikan bagaiman lautan menelan sengsara ku.
Agaknya hari ini lautan lebih masin dari semalam
kerana lebatnya tangisan sebagaimana lebat nya hujan yg mula gugur ke bumi
Aku deras bangun dan melangkah ke kereta.
berpaling sekali lagi dan aku pastikan derita ku telah ku
tinggalkan saja di sana.
Pintu kereta di tutup dan enjin ku hidupkan.
Penuh dalam kereta,sendat dengan muatan
Rupanya,
derita ku itu mengekori ku pulang.



2 comments:

mokja said...

masa lawat Kelantan bln lepas saya ada ke sana..berlainan sunggoh dari 2 dekad yang lalu.
saya juga suka kalau dapat ke pantai kalau tgh stress...tenang tgk ombak.

Anonymous said...

Kita serupa....kecewa menyelubungi jiwa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...