Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 14, 2013

tinggal mimpi saja lah.

Terliur sungguh tengok orang buat pasu tembikar.
Dari dulu lagi saya berangan nak ada studio sendiri
nak buat pasu, nak hias dan nak hadiahkan pada kenalan.
Nak meja yang berpusing pusing tu, letak tanah liat jadi pasu.
Apa nak buat, hobby tinggal hobby..Tak kesampaian.

Teringin juga nak buat batik sendiri
Nak alirkan perasaan pada lukisan
Nak warnakan kain putih dengan corak dari hati
Nak sebuah bilik untuk lahirkan gubahan fikiran

Tengok cantik nya pengantin,
rasa nak buka butik pengantin.
Suka gubah bunga, gubah hantaran dan buat perhiasan.
Suka pada yg cantik dan nak orang lain nampak cantik.
Bestnya kalau jadi boss di kedai sendiri.

Tidak kurang juga rasa nak belajar masak
Nak ambil kursus berkaitan masakan
nak beli segala gadjet untuk memasak
Nak buka kelas memasak secara percuma
Nak bukukan ciptaan resipi
nak jadikan pusaka buat puteri2..

Hadoiii...macam macam
Segala nya angan angan
Sampai tua segala perancangan tak menjadi.
Sebenarnya bukan tidak berpeluang
tapi kerana kehendak diri sentiasa di letakkan ke tepi
Sentiasa tangguhkan permintaan hati
Lebih sibuk memuaskan hati orang lain
Menghargai untuk di hargai..
Tapi bukan begitu rupanya hukum alam
Ada kala kita seperti kalah judi.
Banyak yg di pertaruhkan,
tapi saya tak dapat apa apa.
Di akhir jalan,
saya sesat sendirian
.

.


5 comments:

mokja said...

Hani,
mimpi kita agak serupa... mimpi yg tak jadi kenyataan kerana sibuk menjadikan mimpi orang lain kenyataan...last last bangun tidur melepas semua.

Granny Hani said...

mokjadeandell,
Sungguh bagai di kata. Segala kehendak hati terpaksa di kuburkan demi untuk melihat orang lain bahagia..kalau di hargai takpe jugak ni pengorbanan yg sia sia...

t.a.t.a said...

Teacher, once dah ada studio sendiri, ada tak terliur nak buat scene Sam dengan Molly macam dalam Ghost tu?

Granny Hani said...

t.a.t.a.,
Hmm...jap nak fikir, best jugak scene tu..

LadyBird said...

Semua akk nk jadi ek.. hihi. Boleh jer kak.. asalkan kuat smgt.. kuat ush.. angn2tu akn jadi kenyataan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...